18 February 2013

Mi kuah udang lagi.

Hari ni, kena hari malas nak masak, jadi masak cincai2 saja. kaknab masak mi kuah udang dengan bubur kanji (bubur lambuk) Mula2 memang pun keluarkan udang, ikan dari peti ais, tiba2 mood memasak tak datang, tekak pula nak makan mi kuah dan bubur kanji, kalau dah masak mi dan bubur kanji, sapa pula nak makan nasi. Jadi simpan semula ikan dan udang dalam peti ais. kaknab cuma siangkan udang sekilo, kulit dan kepala kaknab tak buang, tetapi kaknab buat kuah mi.
resepi mi kuah udang ada dalam label resepi mi bihun koayteow dll, Baru je buat minggu sudah, minggu ni buat lagi.

09 February 2013

MI KUAH UDANG

Assalamualaikum semua, selamat beristirehat dihari cuti bersama keluarga, best noooo cuti panjang minggu ni, boleh balik kampung kalau kampung dekat, kaknab yang dah tak bekerja lagi, mana ada cuti memanjang je tak ada cuti, sebab hari2 nak makan, kalau tukang masak cuti, alamat tak berasaplah dapur.

petang ni kaknab buat mi kuah udang, kaknab dok rebus kepala udang atas dapur, suruh anak tutup api, sebab udang dah lama mendidih, dok ralit online suami tanya, kepala udang tu nab nak buat apa. oh ya baru teringat, kaknab cakap nak masak mi la.

lalu kaknab terus masuk dapur pulun buat mi. kepala udang kaknab blender, sot set sot set kat dapur tak sampai sejam siap lah mi kuah udang, hidang kat suami, aih dah siap ke mi mak engkau. amboi cepatnya, tu lah kaknab kalau nak masak cepat yang lambat tu tak mau masak hahahaha.
bahan2nya: 

600 gm mikuning 
50 sen taugeh 
3 pokok sawi 
sedikit daun sup 
4 camca besar tomato sup kimball 
1 camca besar cili mesin 
1 camca besar sos tiram 
1 camca makan otak udang (bancuh sedikit dengan air panas) 
200 gm udang 
1 labu bawang besar 
2 ulas bawang putih sedikit minyak garam,kicap air rebusan kepala udang (toskan ambil airnya, kemudian blender kepala udang hingga halus, tapiskan ambil air nya) caranya: tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kuning, masukkan cili mesin, biar sekejap hingga garing. masukkan sos tiram, otak udang, tomato sup, kicap, masak sekejap hingga naik bau, kemudian masukkan air udang dari rebusan dan air udang dari kepala udang, masak sampai mendidih, masukkan taugeh, sawi dan daun sup. biar sekejap lalu masukkan mi, biar mi masak, masukkan garam secukupnya. apabila mi sudah masak boleh lah dihidang panas2.

05 February 2013

KUEH SERABAI - AMBOI AMBOI AMBOI

petang ni buat kueh serabai. Lama dah kaknab teringin nak buat, tapi tak tau nak buat, so, kaknab telepon kawan kaknab yang buat kueh serabai untuk dijual. Dia pun bagi resepi, tapi dia pesan jangan bagi kat orang tau, kaknab kata kalau hang tak mau bagi kat orang aku tak mau lah, sebab aku nak masuk dalam blog aku, hang jangan lah kedekut sangat bukan nak bawa mati, kalau aku masuk blog orang lain pun buat hang dapat pahala aku pun tumpang sekali. dia kata oklah, jadi baru kaknab masuk dalam blog.

memang sedap serabai ni, lembut dan bersarang, selalu kaknab dok beli pun tak sesedap macam ni, terima kasih kawan kaknab yang bagi resepi tu. jasamu dikenang. sepatut nya kena bubuh air kelapa tapi kaknab tak dak air kelapa, kaknab guna air masak panas untuk matikan santan, kalau perap lama sikit pun tak lah basi.


jum kita tengok resepinya.

400 gm tepung beras
200 gm tapai nasi
1 camca teh baking powder
250 gm santan campur dengan air masak jadikan 750 ml (seeloknya air kelapa, sebab kaknab tak dak air kelapa, kaknab guna air panas sahaja).
sedikit garam

 kuahnya:
250 gm santan\ campurkan dengan 1 cawan air
100 gm gula merah (kaknab guna gula melaka)
1 camca besar gula pasir
2 camca besar tepung gandum atau tepung jagung

< caranya: ayak tepung beras bersama baking powder. tapai nasi di blender dengan santan. hingga halus. campurkan tepung beras dan garam kacau hingga semua hancur atau boleh diblender semua sekali untuk mendapat batter yang halus. perap lebih kurang 2 jam atau 3 jam, kaknab perab 3 jam. Bila sudah cukup 3 jam, boleh lah di masak dalam acuannya, jangan bubuh penuh sangat. tutup acuan dengan tudung periuk bila sudah jernih maknanya dah masak. tang nak keluarkan kueh ni payah sikit, kaknab baru beli acuannya, dia melekat walaupun sapu minyak lebih, kena cungkil perlahan2 supaya ia tak pecah. 


 kuahnya: 

masak semua bahan2 kuah kecuali tepung gandum, hingga hancur gulanya, kacau selalu supaya tidak meruap, akhir sekali baru masukkan tepung untuk memekat kuahnya. 

Perhatian: 

untuk membuat tapai nasi. 600 gm nasi 3/4 ragi (dari 1 biji yang bulat tu, tinggal sedikit). kalau boh sebiji habis, nanti banyak sangat air tapai bila dah jadi. peram 1 hari atau 2 hari. kaknab peram 1 hari dah jadi manis tapi nasi ni.

buat live di tik tok