petang ni buat kueh serabai. Lama dah kaknab teringin nak buat, tapi tak tau nak buat, so, kaknab telepon kawan kaknab yang buat kueh serabai untuk dijual. Dia pun bagi resepi, tapi dia pesan jangan bagi kat orang tau, kaknab kata kalau hang tak mau bagi kat orang aku tak mau lah, sebab aku nak masuk dalam blog aku, hang jangan lah kedekut sangat bukan nak bawa mati, kalau aku masuk blog orang lain pun buat hang dapat pahala aku pun tumpang sekali. dia kata oklah, jadi baru kaknab masuk dalam blog.
memang sedap serabai ni, lembut dan bersarang, selalu kaknab dok beli pun tak sesedap macam ni, terima kasih kawan kaknab yang bagi resepi tu. jasamu dikenang. sepatut nya kena bubuh air kelapa tapi kaknab tak dak air kelapa, kaknab guna air masak panas untuk matikan santan, kalau perap lama sikit pun tak lah basi.
jum kita tengok resepinya.
400 gm tepung beras
200 gm tapai nasi
1 camca teh baking powder
250 gm santan campur dengan air masak jadikan 750 ml (seeloknya air kelapa, sebab kaknab tak dak air kelapa, kaknab guna air panas sahaja).
sedikit garam
kuahnya:
250 gm santan\ campurkan dengan 1 cawan air
100 gm gula merah (kaknab guna gula melaka)
1 camca besar gula pasir
2 camca besar tepung gandum atau tepung jagung
< caranya:
ayak tepung beras bersama baking powder. tapai nasi di blender dengan santan. hingga halus.
campurkan tepung beras dan garam kacau hingga semua hancur atau boleh diblender semua sekali untuk mendapat batter yang halus. perap lebih kurang 2 jam atau 3 jam, kaknab perab 3 jam.
Bila sudah cukup 3 jam, boleh lah di masak dalam acuannya, jangan bubuh penuh sangat. tutup acuan dengan tudung periuk bila sudah jernih maknanya dah masak. tang nak keluarkan kueh ni payah sikit, kaknab baru beli acuannya, dia melekat walaupun sapu minyak lebih, kena cungkil perlahan2 supaya ia tak pecah.
kuahnya:
masak semua bahan2 kuah kecuali tepung gandum, hingga hancur gulanya, kacau selalu supaya tidak meruap, akhir sekali baru masukkan tepung untuk memekat kuahnya.
Perhatian:
untuk membuat tapai nasi.
600 gm nasi
3/4 ragi (dari 1 biji yang bulat tu, tinggal sedikit). kalau boh sebiji habis, nanti banyak sangat air tapai bila dah jadi. peram 1 hari atau 2 hari. kaknab peram 1 hari dah jadi manis tapi nasi ni.
salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
Assakamualaikum semua, dah pergi pasar ke? Masak lauk apa hari ni. Kaknab dah p market, beli ikan baji, 3 ekor 2 kilo rege rm15/- dah ada...
alahai komplikatednyer kuih ni yer... patut rasa sedap.
ReplyDeleteBanyak resepi serabai kat internet nie..tapi akak punya diff twist..ada tapai nasi lagi..kena try nie....nk Cari Yang Sama Macam Kt Penang Tue......
ReplyDelete