ads

23 September 2022

kasaq ka orang kedah cakap

nak tanya saja, awat oghang kedah cakap kasaq ka. dak dak sebenaqnya oghang kedah bukan cakap kasaq nada depa saja macam seghengiang 不不不不不 tapi tu besa saja. oghang tak besa dengaq mesti tekejut, kasaq naaa cakap macam nak marah marah saja. bukan depa marah saja memang depa cakap macam tu. kadang perkataan kughang ajaq bukan maki pun. memang depa suka kata kughang ajaq. kata lah depa makan habis maknab pi tengok tak dak lagi, maknab kata laaa hangpa ni kughang ajaq makan habih aku xdan nak makan. hahaha. bukan marah pun tak marah aih. tapi kadang kughang ajaq pun boleh jadi kasaq juga masa gaduh mesti sebut kughang ajaq. tak paham aih sat marah sat tak marah, cakap betui betui lah. jadi kughang ajaq ni boleh guna masa melawak atau bergurau , masa marah, atau masa geram. kira kata semua boleh lah,

lagi satu kalau dengaq orang kedah kata gatai pungkuq tu jangan tekejut, kalau takat kata gatai pungkuq tu orang kedah besa saja. depa nanti kata hang gatai pungkuq pi teguq baju dia kolor sebam sebam tak elok buat apa kan dia dah buat muka com. hahaha macam tu lah contohnya. lain tempat memang la nada cakap pun tak sama, macam orang belah muar johor, maknab tau sebab selalu balik muar, cakap depa lanjut macam orang melaka juga. 

lagi satu orang luaq kalau jumpa orang kedah terus depa cakap bahasa hang hang, sebenaqnya  oghang kedah kalau jumpa orang yang baru kenai depa xkan cakap hang hang sebab tu kasaq bahkan dekat budak pun kami tak cakap hang, kalau kita baru jumpa dia. mak cik mak cik macam maknab nanti tanya, ceq nama apa, ceq orang mana. macam tu, bukan tanya hang nama apa. kasaq tu.  yang cakap hang hang tu orang yang rapat dengan kita sebaya kita, kawan yang kenai dari kecik. orang tua dari kita pun tak bahasakan hang hang. harap orang luaq kalau baru jumpa jangan tanya hang dok mana, tekejut kami. 不不不不不不

No comments:

Post a Comment