10 September 2022

Nasi daging style maknab

Hari ni maknab masak nasi daging style maknab. Maknab beli daging batang pinang supaya cepat empuk. Jom kita tengok resepi maknab

Daging batang pinang (xtau beratnya berapa main ambik ja kat kedai) tapi maknab potong dapat 8 ketul anggaran 3 inci size tiap tiap satu.

Nasi daging ni maknab masak style macam nasi pilaf. boleh click di sini https://kaknab-jomjahit.blogspot.com/2022/08/nasi-pilaf.html
cuma maknab tak bubuh kismis dan kacang kuda sebab masak kat cucu, satni depa pelik pula apa bubuh kacang pula hehehehe. kismis pula kebetulan tak dak kat rumah anak maknab. so skip ja la.

carrot maknab bubuh tapi sebiji ja. bahan bahan rempah, maknab masukkan serba sedikit saja. iaitu jintan manis dan serbuk ketumbar. pastu jintan putih maknab tak masuk yang serbuk maknab masukkan yang fresh berbiji2 punya. (sorry maknab tulis blog ni ikut orang utara bercakap. macam mana maknab cakap macam tu maknab taip hahaha)




beras pula maknab rajin sikit, rendam dengan air panas, 15 minit sekali, air sejuk maknab tukar lagi, sebanyak 4 kali so kira sejam la ya. sebenarnya boleh ja rebus dengan air dulu beras tu macam masak nasi briani. tapi sebab kalau rendam maknab tukar air panas. last sekali nasi daging ni memag lembut gila kali ni. sedap aih hangpa tau.

bila sudah masak maknab asingkan nasi dengan daging. nak buat air asam kerisik makan dengan daging, cucu mesti tak berapa pandai. so daging tu maknab potong nipis nipis  masak pula ala ala masak daging kurma, kuah pun ada. boleh lah makan dengan nasi. 

No comments:

Post a Comment

buat live di tik tok