Ni maknab goreng untuk 2 orang saja.
Bahan A
1 camca besar sos ikan
1 camca besar kicap pekat (maknab guna kicap mahsuri yang rasa pedas2 tu)
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 camca besar cabai
( cabai ni maknab dah masak, ini ialah sambal mee curry, yg mak nab masak dengan udang kering dan bawang kecil dan bawang putih. Maknab saja masak lebih dan simpan senang nk masak mee koayteow atau bihun
Kena simpan dlm freezer supaya tahan lama.
2 camca besar air, maknab guna air udang.
Bancuh semua bahan di atas.
++++++++
Bahan B
Koayteow
Taugeh
Bawang putih ( tumbuk lumat)
Kucai
Udang
Minyak untuk memasak
Telur
Cara masaknya.
Tumis bawang putih hingga garing, kemudian masukkan udang, masukkan koayteow, kacau sekejap, masukkan sos koayteow yang dibancuh tadi, kacau kacau biar semua adun dengan sos masukkan telur, kacau hingga telur masak kemudian baru masukkan taugeh dan kucai kacau sekejap. Siap dan bolehlah dihidang
No comments:
Post a Comment