27 November 2023

apom gebu

hari ni maknab buat apom, guna acuan twister. memang menjadi apom ni gebu sangat. so maknab kongsi resepi. resepi ni pun maknab ambil tik tok.cuma tik tok xbubuh baking powder tapi maknab bubuh sikit.  terima kasih kepada puan empunya account tik tok yang baikhati kongsi resepi ni.




1 cawan nasi sejuk)
1 cawan air )
1 sudu teh yeast)
3/4 cawan gula)
Blend sampai halus.
Pastu tambah lagi 1/2 air suam blend lagi hingga adunan betul2 halus
Perap selama 15 bagi ia berbuih tanda yeast active 

1 1/2 cawan tepung beras))
1/2 cawan tepung gandum))
1 sudu teh baking powder))
Campur. Kacau2 biar rata.
2 sudu mkn minyak masak ( optional tak letak pun xmengapa) hari buat tak letak bukan tak nak letak tapi maknab terlupa๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„ apom gebu juga.

 Selepas 15 minit. Baru lah campurkan adunan yeast yang berbuih tu ke dalam  tepung. Kacau adunan hingga sebati. Agak lambat juga. Maknab blender semua ni bagi sebati dan rata.
Kemudian maknab bahagi dua sebab maknab nak apom yang berwarna warni. Lepas tu perap selama sejam. Tapi maknab cuma perap 30 minit tengok adunan naik lalu maknab tuang. Ke dalam acuan dan kukus selama 10 minit.
Selepas 10 minit angkat dan letak kelapa yang sudah dicampur dengan garam. 

No comments:

Post a Comment

buat live di tik tok