26 January 2024

Apom gebu

Hari ni maknab buat lagi apom gebu. Kali ni maknab guna 1 cawan tepung beras dan tepung gandum sama banyak iaitu satu cawan tiap tiap satu. dan resepi ni tak masuk baking powder.  Apom jadi  gebu juga tapi tak merekah. Saja maknab nak test tengok.





1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan nasi sejuk. 
3/4 cawan gula
1/2 sudu besar yeast
1 1/2 air suam

Mula kisar nasi sejuk gula dan yeast hingg halus dengan separuh dari 1 1/2 air. Blend hingga halus sebab kalau tuang semua air 1 1/2 cawan nasi sejuk payah nak halus. Bila dah halus baru tambah separuh lagi air blend lagi. Bila nasi sejuk, gula dan yeast dah hancur baru masukkan tepung beras dan tepung gandum. Blend lagi hingga semua sebati. Kemudian perap selama sejam. Tuang ke dalam acuan yang sudah disapu minyak. Boleh lah dikukus selama 10 minit atau hingga masak. Bila dah masak makan dengan kelapa parut yang sudah digaul sedikit garam. 

No comments:

Post a Comment

Ada beza tak