23 January 2024

Pulut seri muka





Bahagian A
1 1/2 cawan beras rendam sejam
1 1/2 cawan santan dari sebiji kelapa perahan pertama sahaja  sedikit garam
Kukus pulut selama 20 minit. Angkat. Tuangkan santan kevatas pulut kacau2 rata, kukus semula selama 20 minit hingga santan kering. Angkat pulut Tekan tekan tekan bagi rata. Ketepikan.

Bahagian B
Masukkan semua yg dibawah ke dalam blender
1 cawan air daun pandan
1 cawan santan pekat. 
4 biji telur
1 cawan gula klu xnak manis kurangkan,(maknab guna xsampai secawan elok ja manisnya(
1/3 cawan tepung gandum)
1/3 cawan tepung jagung)
1/3 cawan tepung kastad. )
Yg braket tu klu campur semua hampir secawan tapi tak penuh cawan
Blend semua hingga sebati.  Tapis

Pulut tadi letak semua dalam pengukus, tuang adunan bahagian B ke atas pulut Kukus hingga bahagian atas masak. Selama 30 ke 45 minit. 

Ada orang kacau dulu adunan blender ni. (Bahagian B) bagi berwap atau sedikit pekat tapi xberketul dan senang nak tuang ke atas pulut. 

Tadi maknab terus tuang agak lambat masak bahagian atas.

Dan tadi maknab nak bagi mudah, maknab kisar sekali daun pandan dan kelapa parut dengan 2 cawan air.  Sebab maknab guna kelapa biji. Yang guna santan kotak ke santan segar ka lagi mudah. Ikut ja resepi di atas. 

Pulut seri muka yg maknab buat resepi diatas jadi elok dan sangat sedap senang potong bila sejuk dan lembut bahagian atas 


No comments:

Post a Comment

Ada beza tak