salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
15 July 2022
Mesjid di muar, johor
Ni maknab ambil gambar semasa datang kat muar. Mesjid jamek sultan ibrahim terletak kat tanjung emas, seberang sana bertentangan dengan mesjid ialah mesjid sultan ismail tanjung agas.
Balik muo
Sekarang maknab ada di muar, tengah sarapan roti bakar 434. Kalau mai muo memang tak miss roti bakar 434.
13 July 2022
Peristiwa jeti sultan abdul halim pulau pinang1988
Tadi mak maknab yang berumur 91 sembang dengan maknab, dia tanya 'Nab jeti yang runtuh masa tu pasai apa orang ramai, mai dari mana manusia.'' . Dia ingat lagi wpun dah 90 lebih. Masa peristiwa tu, tahun 1988, mak dengan bapa naik ferry nak balik alor setar. Tapi mak/bapa terlepas dari jeti runtuh tu. Depa dah sampai dekat bus stand tunggu bas kat station bas butterworth. nak naik bas ke alor setar apabila depa dengar riuh rendah jeti runtuh.
Memang dia ingat kerana kebetulan masa dia dari rumah maknab kat balai central, carnavon street, nk balik alor setar. Masa tu bas pun tak jalan, sebab rata rata jam, orang ramai berpusu2 ke penang kerana ada perayaan berarak tokong, dekat padang kota lama pula ada perarakan kereta berhias.
Dikatakan orang cina dari merata tempat mai tengok tokong berarak. Mau tak ramai atas jeti tu
Mak dengan bapa maknab terpaksa jalan kaki dari rumah maknab ke jeti nak naik ferry. Rumah maknab kat balai central memang pun tak jauh nak ke jeti, tapi kalau ada bas memang la tak jalan kaki pun. Disebabkan jam sana sini bas pun tak jalan.
Maknab di rumah tak tahu juga kisah jeti runtuh pun. Pukul 7 malam maknab pun bawa anak maknab yang 3 orang pi tengok kereta berhias yang lalu kat chulia street. Dari rumah maknab ke chulia street tak jauh sangat.
Balik dari tengok kereta berhias bila tengok berita pukul 8.00 ada hebahkan jeti runtuh. Maknab dengan husband dok fikir mak dengan bapa macam mana naik ferry. masa tu tak ada guna handphone lagi. nak talipon mak pun rumah mak kat kampung tak ada talepon. So tunggu cuti hujung minggu baru balik aloq setaq baru tanya mak. Mak cerita ramai la orang kat jeti, nak lalu pun kena berhimpit himpit, pastu dia cerita dia dengar riuh rendah orang cakap jeti runtuh. kebetulan bas pun nak jalan. Jadi dia tak tahu lepas tu, maknab balik kampong baru tahu bila mak maknab cerita segalanya..
07 July 2022
kucing maknab
Ini ialah 3 ekor anak kucing yang ibunya maknab dok bagi makan, maknya hanya kucing jalanan, dah bagi makan dia selalu dok di luar rumah maknab, lama juga dia menghilangkan diri, kadang kadang saja ibunya balik. bila termengandung, pandai pula mai beranak rumah maknab.
dah sebulan umur anak kucing kucing ni. dah pandai berak, so berak kencing merata2. jenuh lah suami maknab cuci hari2. berak pula rata2. Nak buang kesian, nasib baik kawan maknab ambil. Dia bagi dekat satu group yang bela kucing dan bagi dekat orang yang ingin membela kucing. Alhamdulillah sekurangnya kalau ada orang ambil bela tidaklah menjadi kucing gelandangan.
maknab simpan gambar depa di sini untuk kenangan
laptop
Order laptop fujitsu kat shoppee on 2/7/22, rm755 incl postage. Received laptop 3/7/22. Start guna 4/7/22.
Kedua maknab memang suka menaip. maknab dulu bekerja sebagai telex operator, kerja maknab menaip seharian. berpuluh2 message yang maknab taip dan hantar melalui lease line dengan menggunakan telex tape. Orang yang biasa buat kerja menggunakan teleprinter atau telex tau kerja ni. typing speed maknab 80 perkataan satu minit. Jadi tangan maknab macam ketagih nak menaip hahaha.
![]() |
| ni la telex tape code |
![]() |
| kaknab guna tape ni la untuk menghantar message. |
kalau nak tau boleh goole telex tape. macam macam nanti keluar. teleprinter, lease line dan sebagainya.
Bila office dah fully guna computer masing2 staff boleh hantar email melalui pc masing2, maknab tak buat telex lagi maknab bekerja di account department. Jadi bila dapat semula keyboard macam orang mengantuk disurungkan bantal. apa lagi menaip la
Tidur yang cukup untuk kesihatan
Kita perlukan tidur yang cukup supaya bangun pagi esok sihat sejahtera. Sekurang2 6-7 jam untuk orang dewasa. Dalam 6-7 tu kita perlukan tidur yang betul2 nyenyak atau deep sleep.
04 July 2022
Keyboard fujitsu
Maknab baru beli laptop fujitsu brand. Murah ja 755.00 kata husband recon. Xkisah recon ka apa janji maknab blh transfer photo yang ambik dengan camera. Laptop yg ada dua dua rosak. Bila dah order kat shoppee awat order yg ada boleh pi hantaq repair. Baru nak cakap nak repair. Bertahun2 kat situ tak hantaq pi repair pun.
Keyboard laptop fujitsu ni pula written in japanese. Jenuh nak paham. So google ja.
Simpan sini. Kut kut lupa pula.
Keyboard fujitsu laptop
RUPANYA NAK DAPATKAN @ SIGN KENA PRESS SHIFT+2.
Baru tau jenuh dok pening mau xpening email mesti ada @. 😆😆😆😆😆😆
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...















