07 July 2022

laptop

Order laptop fujitsu kat shoppee on 2/7/22, rm755 incl postage. Received laptop 3/7/22. Start guna 4/7/22. 




Orang mesti hairan kenapa maknab baru beli laptop sedangkan maknab dah tua, umur maknab 66 tahun. Tetapi masih suka menggunakan laptop. Pertama, maknab nak transfer gambar dalam camera ke laptop. kalau ambil gambar banyak pun kalau tak ada pc atau laptop tak boleh simpan kecuali kita cuci gambar dan simpan dalam album,

Kedua maknab memang suka menaip. maknab dulu bekerja sebagai telex operator, kerja maknab menaip seharian. berpuluh2 message yang maknab taip dan hantar melalui lease line dengan menggunakan telex tape. Orang yang biasa buat kerja menggunakan teleprinter atau telex tau kerja ni. typing speed maknab 80 perkataan satu minit. Jadi tangan maknab macam ketagih nak menaip hahaha.


ni la telex tape code

kaknab guna tape ni la untuk menghantar message.

kalau nak tau boleh goole telex tape. macam macam nanti keluar. teleprinter, lease line dan sebagainya.

Bila office dah fully guna computer masing2 staff boleh hantar email melalui pc masing2, maknab tak buat telex lagi maknab bekerja di account department. Jadi bila dapat semula keyboard macam orang mengantuk disurungkan bantal. apa lagi menaip la


.
Seronok kan. jari jemari begitu laju walaupun maknab tinggal teleprinter lama. bahkan maknab boleh baca telex tape  yang berlubang2 tu. telex tape macam braile juga tiap2 lubang adalah huruf abjad. Maknab belajar baca tape tu bukan apa, kalau kita nak repair atau delete kesalahan dalam message yang panjang berjela, kalau nak rerun tape tu mengambil masa yang panjang, merugikan masa kita.

 Bila dah tau baca maknab hanya potong tape yang mana maknab nak buang atau tambah taip semula, sambung tape tu dengan uhu gum. senang kan. Itu ada lah teknik maknab sendiri untuk memudahkan kerja maknab.  Semua hanya tinggal kenangan.

Ketiga ialah kerana kalau surf website kat laptop screennya besar puas tengok. handphone kan kecik ja, maknab buka youtube  belajar mengaji tajweed dan macam macam lagi pun puas sebab besar kan.

ni la labtop yang maknab baru beli. bestkan


No comments:

Post a Comment

Ada beza tak