Memang dia ingat kerana kebetulan masa dia dari rumah maknab kat balai central, carnavon street, nk balik alor setar. Masa tu bas pun tak jalan, sebab rata rata jam, orang ramai berpusu2 ke penang kerana ada perayaan berarak tokong, dekat padang kota lama pula ada perarakan kereta berhias.
Dikatakan orang cina dari merata tempat mai tengok tokong berarak. Mau tak ramai atas jeti tu
Mak dengan bapa maknab terpaksa jalan kaki dari rumah maknab ke jeti nak naik ferry. Rumah maknab kat balai central memang pun tak jauh nak ke jeti, tapi kalau ada bas memang la tak jalan kaki pun. Disebabkan jam sana sini bas pun tak jalan.
Maknab di rumah tak tahu juga kisah jeti runtuh pun. Pukul 7 malam maknab pun bawa anak maknab yang 3 orang pi tengok kereta berhias yang lalu kat chulia street. Dari rumah maknab ke chulia street tak jauh sangat.
Balik dari tengok kereta berhias bila tengok berita pukul 8.00 ada hebahkan jeti runtuh. Maknab dengan husband dok fikir mak dengan bapa macam mana naik ferry. masa tu tak ada guna handphone lagi. nak talipon mak pun rumah mak kat kampung tak ada talepon. So tunggu cuti hujung minggu baru balik aloq setaq baru tanya mak. Mak cerita ramai la orang kat jeti, nak lalu pun kena berhimpit himpit, pastu dia cerita dia dengar riuh rendah orang cakap jeti runtuh. kebetulan bas pun nak jalan. Jadi dia tak tahu lepas tu, maknab balik kampong baru tahu bila mak maknab cerita segalanya..
No comments:
Post a Comment