salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
31 January 2024
Anugerah kecemerlangan cucu cucu maktok
Dua orang cucu maktok dua beradik damia dan fatin mendapat anugerah cemerlang dalam pelajaran. Maktok post di sini video dan gambar depa untuk kenangan
30 January 2024
Nasi impit buat sendiri
Nasi himpit hari ni. Jom kongsi bersama mcm mn nak buat nasi himpit sendiri. Lembut dan sedap.
1 cawan beras = 3 cawan air.
2 camca minyak masak.
Kalau nk buat banyak kali ja formula di atas.
Guna beras biasa tau jangan guna beras basmati. Beras basmati xdak kanji. Xjadi nanti
Hari ni maknab buat 2 cawan dapat banyak juga boleh makan pagi petang dan malamππππ.
Masak dengan menggunakan pressure cooker guna menu congee. Biar ia masak dah masak jangan buka tombol wap, biar dia dah habis wap dan boleh buka tudung periuk, Tekan tekan dengan senduk bagi ia mampat dan rata. Biar ia dalam pressure cooker hingga sejuk. Boleh ja potong.
27 January 2024
mesin jahit singer 5523
hari ni pi ambil masin jahit portable singer 5523 yang hantar pi repair kat sungai petani kedai soon huat mesin jahit. rosaknya ialah kalau jahit dia patah balik (gostan)π€£π€£. beli mesin ni tahun 2017. pakai hampir 7 tahun tak pernah rosak, tak pernah bubuh minyak ka, repair ka. sekali dia rosak main gostan pula. tak tahu nak repair mau tak mau hantar pi kedai dengan service dan repair rm220. nak buat macam mana harga la semua mahal.
26 January 2024
Apom gebu
Hari ni maknab buat lagi apom gebu. Kali ni maknab guna 1 cawan tepung beras dan tepung gandum sama banyak iaitu satu cawan tiap tiap satu. dan resepi ni tak masuk baking powder. Apom jadi gebu juga tapi tak merekah. Saja maknab nak test tengok.
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan nasi sejuk.
3/4 cawan gula
1/2 sudu besar yeast
1 1/2 air suam
Mula kisar nasi sejuk gula dan yeast hingg halus dengan separuh dari 1 1/2 air. Blend hingga halus sebab kalau tuang semua air 1 1/2 cawan nasi sejuk payah nak halus. Bila dah halus baru tambah separuh lagi air blend lagi. Bila nasi sejuk, gula dan yeast dah hancur baru masukkan tepung beras dan tepung gandum. Blend lagi hingga semua sebati. Kemudian perap selama sejam. Tuang ke dalam acuan yang sudah disapu minyak. Boleh lah dikukus selama 10 minit atau hingga masak. Bila dah masak makan dengan kelapa parut yang sudah digaul sedikit garam.
23 January 2024
Pulut seri muka
Bahagian A
1 1/2 cawan beras rendam sejam
1 1/2 cawan santan dari sebiji kelapa perahan pertama sahaja sedikit garam
Kukus pulut selama 20 minit. Angkat. Tuangkan santan kevatas pulut kacau2 rata, kukus semula selama 20 minit hingga santan kering. Angkat pulut Tekan tekan tekan bagi rata. Ketepikan.
Bahagian B
Masukkan semua yg dibawah ke dalam blender
1 cawan air daun pandan
1 cawan santan pekat.
4 biji telur
1 cawan gula klu xnak manis kurangkan,(maknab guna xsampai secawan elok ja manisnya(
1/3 cawan tepung gandum)
1/3 cawan tepung jagung)
1/3 cawan tepung kastad. )
Yg braket tu klu campur semua hampir secawan tapi tak penuh cawan
Blend semua hingga sebati. Tapis
Pulut tadi letak semua dalam pengukus, tuang adunan bahagian B ke atas pulut Kukus hingga bahagian atas masak. Selama 30 ke 45 minit.
Ada orang kacau dulu adunan blender ni. (Bahagian B) bagi berwap atau sedikit pekat tapi xberketul dan senang nak tuang ke atas pulut.
Tadi maknab terus tuang agak lambat masak bahagian atas.
Dan tadi maknab nak bagi mudah, maknab kisar sekali daun pandan dan kelapa parut dengan 2 cawan air. Sebab maknab guna kelapa biji. Yang guna santan kotak ke santan segar ka lagi mudah. Ikut ja resepi di atas.
Pulut seri muka yg maknab buat resepi diatas jadi elok dan sangat sedap senang potong bila sejuk dan lembut bahagian atas
21 January 2024
bengkang gandum versi kurang manis
selalu buat suami kata terlalu manis, jadi hari ni maknab buat bagi kurang manis. maknab kurnagkan gula. jom kita tengok resepinya
1 3/4 - 2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
4 biji telur
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan pekat
2 camca planta margarine
Sedikit garam
Sedikit lenga untuk tabur atas
Cara2nya
Campur semua di atas kecuali lenga, ke dalam blender. Kisar semua sebati, tapis dan tuang ke dalam loyang yang sudah di sapu planta atau minyak. Bakar dengan api 200c selama sejam. Masa separuh masa buka oven taburkan lenga di atas. Bila dah sejam. Ubah rak atas sekali bakar untuk garingkan bahagian atas bengkang bakar lagi selama 10-15 atau hingga garing.
Maknab guba acuan cookies dapat 12 biji, lebih adunan maknab tuang ke dalam loyang bulat yang tak berapa besar.
20 January 2024
Cucuq keria
Hari tu buat cucuq keria lupa pula nak post dalam blog. Hari ni baru post.
![]() |
| Gula akan jadi gebu macam ni |
500 gm keledek (rebus dan lenyek)
1 cawan tepung kalau rasa adunan agak lembik tambah tepung lagi. Kalau rasa ok teruskan ja. Jangan terlebih tepung nanti kuih jadi keras, tak sedap. Pastikan dough tidak melekat ditangan. Bentukan seperti cucuq keria. Goreng hingga garing atau kekuningan.
Bila dah sejuk sera dengan gula caranya ialah masak 1/2 cawan gula dengan 1/2 air. Masak hingga bertali. Masukkan cucuq keria tadi kacau dulu hingga kuih tersalut gula. Kemudian angkat kuali dan lambung lambungkan kuih tu hingga gula kering dan bersalut gula pastikan ia gebu ulang lagi kalau gula belum gebu dengan letak sekejap atas api angkat semula dan lambung lagi. Sorry tak ambil video masa buat ni. Lain kali maknab ambik video.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...

















