15 December 2009

roti bun kaya pandan


teringat nak buat roti pula hari ni, untuk makan petang, pi dapur tengok tepung roti ada lagi 300 gm saja lagi, bolehlah tu kalau buat roti bun dapat lah 10 biji, bila dah siap dapat 11biji. anak anak makan tinggal lagi 3 biji bolehlah simpan untuk suami bila dia pulang dari kerja nanti. resepi ni kaknab ambik dari blog mat gebu, sebab ambik dari mat gebu,roti memang gebu for sure. hehehe, mat masukkan santan, tapi kaknab xdak santan so kaknab xmasuklah. terima kasih mat kerana kongsi  resepi ni.

300 gm tepung roti
50 gm gula halus
6 gm instant yeast
1 camteh susu tepung
1 biji telur
3/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softener (yang ni mat xboh saja kaknab boh)
sedikit garam
30 gm butter
air sejuk secukupnya.
pandan paste

kaknab buat roti senang je, campurkan semuanya, kemudian masukkan kedalam mixer guna mixer roti, campurkan air sedikit demi sedikit takut nanti terlebih air jadi lembik pula, biar dia pusing sampai jadi doh yang lembut.. simpan selama  45 minit, bila dah naik tumbuk tumbukan doh untuk buang angin, kemudian uli sekejap dan bulatkan agak2 seberat 35 gm, bubuh sekaya  tutup elok2 seperti buat kueh pau, letak ke dalam loyang, sapukan sedikit air ke atas roti taburkan dessicted coconut, tunggu  45 minit, bila dah naik bakar dengan api 190c selama 2 minit.

No comments:

Post a Comment

buat live di tik tok