kali ni maknab tak guna tepung jagung untuk top up dia, maknab guna tepung gandum, tepung ubi kayu dan tepung kastard. memang sedap. kalau bubuh tepung gandum saja top up tak berapa nak sedap. kena 3 tepung ni baru lah sedap. jom kita kongsi respi.
1 1/2 cawan beras pulut (rendam dulu, maknab rendam sejam saja sebab pulut susu)
1 1/2 cawan santan (kelapa sebelah dan air 1 1/2 cawan, maknab guna kelapa parut. kalau guna santan segar atau santan kotak siap, tambah air jadikan ia 1 1/2 santan.
sedikit garam.
caranya; pulut kukus pulut selama 20 minit hingga masak. angkat turun campurkan santan, kacau biar sebati dengan pulut. rehat sekejap 10 minit biarkan santan serap di pulut. boleh ja kalau nak terus tuang santan dan kukus dengan pulut masa mentah, maknab tak suka sebab nanti lemak tak rata, akan naik di atas di bawah pulut kurang lemak. jadi seeloknya kukus pulut dulu kemudian tuang santan kukus lagi sekali hingga santan kering.
angkan loyang, padatkan pulut rata, tekan tekan dengan senduk atau sudu. biar ia mampat.
bahan untuk top up
1 cawan santan pekat
1 cawatn air daun pandan
1/2 cawan gula
3 biji telur AA
sedikit pencelup hijau kalau warna pucat
1/3 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung kastard
1/3 cawan tepung ubi kayu.
campurkan semua ke dalam blender blend hingga semua sebati,
tuang ke atas pulut yang kita ratakan tadi, kuku selama 1/2 jam atau hingga top up masak.
No comments:
Post a Comment