salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
30 July 2022
29 July 2022
Biji cempedak
Kita orang2 lama memang dari dulu suka makan biji cempedak rebus. Sampai sekarang masih suka lagi kan. Budak2 la ni tak teringin nak makan pun. Tengok kita makan pun depa rasa macam pelik.
Ni maknab rebus makan dengan suami. Dengan gebu, rasa lemak sedap. Tau tau habis semangkuk.
28 July 2022
Bergerak balik ke sungai petani
Cukup 6 hari berjalan ke selatan, dan singgah di rumah anak dekat setia alam. Besan pun datang juga. Maknab dan besan, tujuan datang ke sini ialah nak bagi kereta pada anak maknab yang terlibat accident. Tapi menantu cepat bawa pi repair tukar tyre the next day. Anak maknab pi kerja guna kereta suaminya.
Keretanya terbabas kerana jalan licin ada minyak di atas jalan. Banyak biji juga motosikal yang jatuh kerana licin. Kesian.
Kereta anak bumper depan pecah, dan tayar depan pun pecah. Saja je masukkan post ni dalam blog boleh ingat tarikh nya kejadian.
27 July 2022
25 July 2022
Jari osteoarthritis
Mai maknab tunjuk jari maknab. Maknab pun ada penyakit juga. Iaitu osteoarthritis yang melibatkan sendi dan joint. Kadang pengidap osteoarthrits mendapat sakit di lutut.
Kalau di lutut memang sakit kalau nak mengerjakan solat. Sebab tu ramai orang sebaya maknab akan solat di atas kerusi.
Tetapi maknab tak dapat di lutut. Lutut maknab sihat tak sakit langsung. Mak nab dapat di jari. Jari2 maknab akan menjadi bengkok, dekat joint akan bengkak.
Kata doctor tak ada ubat, cuma kalau sakit makan ubat tahan sakit. Maknab tak rasa sakit lagi. Mungkin akan datang akan sakit wallahualam.
Lauk belangkas
Perjalan ke kota tinggi
Dari Sungai lalang singgah bermalam rumah anak maknab dekat setia Alam. Berehat satu malam. Ahad bertolak dari Setia Alam menuju ke Batu Pahat.
Di Batu Pahat singgah makan nasi briani. Terus perjalanan menuju ke Yong Peng, suami booking hotel Oyo H3. Dari Yong Peng nak ke Kota Tinggi tak berapa jauh dah.
check out dari hotel terus ke kota tinggi. Sampai dekat kedai belangkas mahkota pukul 9.46 pagi, kedai belum buka. Pukul 11.00 baru buka, tunggu dalam kereta dulu. Punya la nak makan lauk belangkas.
Beg camera legria
Beg camera ni memang tahan lama dan masih elok. Beli tahun 2012. Dah 10 tahun. Memang tahan betul tuan kedai tu cakap tahan lama.
Maknab beli sebab kecil sikit dari beg asal nikon yg agak besar bila nk bawa. Memang berbaloi beg Legria ni.
22 July 2022
gulai pisang dengan udang tumis darat
Hari ini Maknab masak gulai udang dengan pisang mengkal tumis darat.
Pisang sudah tua, suami potong untuk peram. Kata jiran itu pisang lemak manis, suami ingat pisang emas. Yang tertanggal dari sisir maknab buat gulai, yang masih melekat di sisir maknab peram untuk makan mentah.
bahannya|: pisang 5-6 biji
udang agak banyak mana ikut suka. maknab guna 300 gm saja sebab untuk dua orang.
1 bungkus rempah ikan/udang, tak kiralah cap apa pun boleh
santan. maknab guna rm2.00 yang sekilo santan rm12.00
air secukupnya
garam secukupnya rasa
untuk ditumis;
1 labu bawang besar
4 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 camca teh halba campor
3 tangkai cili kering
cara memasak;
masukkan air dalam periuk, rempah kari, kacau sekejap, masukkan pisang, kacau lagi, masukkan santan, garam, udang, kacau sampai udang lembut, masukkan santan. kacau, akhir sekali masukkan bahan yang ditumis sekali dengan minyaknya.
19 July 2022
siput sudu atau siput kupang
SEMALAM MAKNAB PI PASAR MALAM BANDAR BARU, SUNGAI LALANG, ADA ORANG JUAL SIPUT SUDU. BESAR BESAR PULA TU. SEKILO RM8.00 MAKNAB BELI RM10.00. LEBIH SEKILO SIKIT. 12 EKOR SEMUANYA.
BALIK RUMAH MAKNAB TERUS SIANG. MAKNAB SUKA KOPEK ISINYA MENTAH DARI REBUS DULU KEMUDIAN KOPEK. SEBAB ISI YANG KOPEK LEBIH ,MANIS DAN BOLEH BUANG MACAM CACING JERNIH DALAM ISI SIPUT TU.
HARI NI BARU MAKNAB MASAK SAMBAL TUMIS. SEDAPNYA. ISINYA YANG BESAR MEMANG PUAS MAKAN.
16 July 2022
Kejadian ribut bumbung terangkat 9/8/2019
Maknab try cari ada tak post masa ribut dekat sg lalang di mana rumah maknab terbabit. Rupanya tak ada masuk dalam blog. Google photo ada simpan jadi maknab masuk balik hari ni untuk kenangan dan tarikh yang berlaku.
Pada 9/8/2019. Maknab dan suami plan nak menyambut raya haji diterengganu dengan anak cucu di rumah besan di terengganu. Raya haji jatuh pada hari ahad 11/8/19.
Maknab dan suami pun naik moto menuju ke terengganu. Sampai kat tanah merah sudah lewat malam. So menantu booking hotel kat tanah merah, keesokan harinya blh bertolak ke terengganu tak berapa jauh dah.
Di hotel malam tu, kawan jiran maknab hantar message yang rumah maknab bumbung terangkat kerana ribut dan hujan lebat.
Jadi maknab dan suami pun terus balik keesokan pagi sabtu. Tidak jadi beraya dekat terengganu. Masa perjalanan balik dengan motosikal, rata2 jalan dari tanah merah menuju ke sungai lalang, kedah, pokok2 tumbang kerana kejadian ribut.
Sampai rumah tengok memang teruk juga bumbung yang terangkat. Bahagian depan porch bumbung terangkat melipat. Kuat tak kuat lah ribut tu. Ada 6 buah rumah lain di taman rumah maknab tinggal yang tercabut bumbung rumah mereka.
15 July 2022
Mesjid di muar, johor
Ni maknab ambil gambar semasa datang kat muar. Mesjid jamek sultan ibrahim terletak kat tanjung emas, seberang sana bertentangan dengan mesjid ialah mesjid sultan ismail tanjung agas.
Balik muo
Sekarang maknab ada di muar, tengah sarapan roti bakar 434. Kalau mai muo memang tak miss roti bakar 434.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
Assakamualaikum semua, dah pergi pasar ke? Masak lauk apa hari ni. Kaknab dah p market, beli ikan baji, 3 ekor 2 kilo rege rm15/- dah ada...