Pada 9/8/2019. Maknab dan suami plan nak menyambut raya haji diterengganu dengan anak cucu di rumah besan di terengganu. Raya haji jatuh pada hari ahad 11/8/19.
Maknab dan suami pun naik moto menuju ke terengganu. Sampai kat tanah merah sudah lewat malam. So menantu booking hotel kat tanah merah, keesokan harinya blh bertolak ke terengganu tak berapa jauh dah.
Di hotel malam tu, kawan jiran maknab hantar message yang rumah maknab bumbung terangkat kerana ribut dan hujan lebat.
Jadi maknab dan suami pun terus balik keesokan pagi sabtu. Tidak jadi beraya dekat terengganu. Masa perjalanan balik dengan motosikal, rata2 jalan dari tanah merah menuju ke sungai lalang, kedah, pokok2 tumbang kerana kejadian ribut.
Sampai rumah tengok memang teruk juga bumbung yang terangkat. Bahagian depan porch bumbung terangkat melipat. Kuat tak kuat lah ribut tu. Ada 6 buah rumah lain di taman rumah maknab tinggal yang tercabut bumbung rumah mereka.
No comments:
Post a Comment