14 March 2013

asam tumbuk @asam katok



Asam katok atau asam tumbuk, suami pula panggil tahi telinga. apa pun panggilannya, ia adalah asam kegemaran masa kita kecil2 dulu betul x masih ingat lagi kaknab nanti pi kedai keng swee beli 5 sen saja, zaman 60'an 5 sen memang besar nilainya. bungkus dengan kertas,


Baru baru ni kaknab dengan husband pi kilang jeruk kat Berapit, ternampak asam ni sebungkus dalam sekilo harganya rm12/- suami terus beli, maklumlah asam nostalgia, lama dah tak makan asam ni, tunjuk kat anak2 sorang pun tak mau, tak sedap kata depa, selera budak2 la ni tak sama kita kan. asam ni dulu merupakan kegemaran budak2 zaman dulu. masa berubah. selera pun tak sama lagi

gulai ikan masin

hari ni, tak tau nak masak, teringat ada lagi baki tulang ikan talang masin ada dalam peti ais, masak gulai ikan kering sedap juga. terus pi kedai beli nenas dan kacang panjang, sebelum keluar rumah, rendam dulu rempah ketumbar, cabai kering, jintan manis, jintan putih, dengan air panas bagi dia kembang, sementara kaknab balik boleh lah diblender hinggal halus.

jom kita tengok resepinya. untuk dimesin halus:
20 biji cabai kering) 4 camca makan rempah biji)
1 camca teh jintan manis) 1/2 camca teh jintan putih) semua ni goreng dulu kemudian rendam dengan air panas bagi dia lembut.
sedikit kunyit hidup
sedikit halia 2 labu bawang besar 2 ulas bawang putih

untuk ditumis

 bawang besar dan bawang putih - dimayang
<
 1 biji nenas
4 batang kacang panjang
 ikan talang kering (rendam dahulu bagi kurang masinnya_)
1 ringgit santan

 caranya:

 kali ni kaknab tak buat tumis darat, sebab rempah buat sendiri agak bau kuat, jadi kaknab tumiskan macam buat gulai biasa. tumiskan bawang besar dan putih, hingga garing, baru masukkan rempah yang sudah dimesin, biar ia garing dan pecah minyak, rempah buat sendiri lambat sikit nak naik minyaknya, jadi kena lah biar ia mereneh agak lama sikit, kemudian masukkan santan, nenas dan kacang panjang, biar ia mendidih sekejap baru masukkan ikan masin, biar ia mendidih hingga pecah minyak, rasa dulu kuahnya, sebab kadang2 ikan dah cukup masin tak payah bubuh garam, kalau rasa masam2 manis nenas sudah mencukupi tak payah masukkan asam keping, kalau tak cukup masam masukkan asam keping, kali ini kaknab tak bubuh asam keping, sebab gulai dah cukup masamnya dari nenas.

18 February 2013

Mi kuah udang lagi.

Hari ni, kena hari malas nak masak, jadi masak cincai2 saja. kaknab masak mi kuah udang dengan bubur kanji (bubur lambuk) Mula2 memang pun keluarkan udang, ikan dari peti ais, tiba2 mood memasak tak datang, tekak pula nak makan mi kuah dan bubur kanji, kalau dah masak mi dan bubur kanji, sapa pula nak makan nasi. Jadi simpan semula ikan dan udang dalam peti ais. kaknab cuma siangkan udang sekilo, kulit dan kepala kaknab tak buang, tetapi kaknab buat kuah mi.
resepi mi kuah udang ada dalam label resepi mi bihun koayteow dll, Baru je buat minggu sudah, minggu ni buat lagi.

09 February 2013

MI KUAH UDANG

Assalamualaikum semua, selamat beristirehat dihari cuti bersama keluarga, best noooo cuti panjang minggu ni, boleh balik kampung kalau kampung dekat, kaknab yang dah tak bekerja lagi, mana ada cuti memanjang je tak ada cuti, sebab hari2 nak makan, kalau tukang masak cuti, alamat tak berasaplah dapur.

petang ni kaknab buat mi kuah udang, kaknab dok rebus kepala udang atas dapur, suruh anak tutup api, sebab udang dah lama mendidih, dok ralit online suami tanya, kepala udang tu nab nak buat apa. oh ya baru teringat, kaknab cakap nak masak mi la.

lalu kaknab terus masuk dapur pulun buat mi. kepala udang kaknab blender, sot set sot set kat dapur tak sampai sejam siap lah mi kuah udang, hidang kat suami, aih dah siap ke mi mak engkau. amboi cepatnya, tu lah kaknab kalau nak masak cepat yang lambat tu tak mau masak hahahaha.
bahan2nya: 

600 gm mikuning 
50 sen taugeh 
3 pokok sawi 
sedikit daun sup 
4 camca besar tomato sup kimball 
1 camca besar cili mesin 
1 camca besar sos tiram 
1 camca makan otak udang (bancuh sedikit dengan air panas) 
200 gm udang 
1 labu bawang besar 
2 ulas bawang putih sedikit minyak garam,kicap air rebusan kepala udang (toskan ambil airnya, kemudian blender kepala udang hingga halus, tapiskan ambil air nya) caranya: tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kuning, masukkan cili mesin, biar sekejap hingga garing. masukkan sos tiram, otak udang, tomato sup, kicap, masak sekejap hingga naik bau, kemudian masukkan air udang dari rebusan dan air udang dari kepala udang, masak sampai mendidih, masukkan taugeh, sawi dan daun sup. biar sekejap lalu masukkan mi, biar mi masak, masukkan garam secukupnya. apabila mi sudah masak boleh lah dihidang panas2.

05 February 2013

KUEH SERABAI - AMBOI AMBOI AMBOI

petang ni buat kueh serabai. Lama dah kaknab teringin nak buat, tapi tak tau nak buat, so, kaknab telepon kawan kaknab yang buat kueh serabai untuk dijual. Dia pun bagi resepi, tapi dia pesan jangan bagi kat orang tau, kaknab kata kalau hang tak mau bagi kat orang aku tak mau lah, sebab aku nak masuk dalam blog aku, hang jangan lah kedekut sangat bukan nak bawa mati, kalau aku masuk blog orang lain pun buat hang dapat pahala aku pun tumpang sekali. dia kata oklah, jadi baru kaknab masuk dalam blog.

memang sedap serabai ni, lembut dan bersarang, selalu kaknab dok beli pun tak sesedap macam ni, terima kasih kawan kaknab yang bagi resepi tu. jasamu dikenang. sepatut nya kena bubuh air kelapa tapi kaknab tak dak air kelapa, kaknab guna air masak panas untuk matikan santan, kalau perap lama sikit pun tak lah basi.


jum kita tengok resepinya.

400 gm tepung beras
200 gm tapai nasi
1 camca teh baking powder
250 gm santan campur dengan air masak jadikan 750 ml (seeloknya air kelapa, sebab kaknab tak dak air kelapa, kaknab guna air panas sahaja).
sedikit garam

 kuahnya:
250 gm santan\ campurkan dengan 1 cawan air
100 gm gula merah (kaknab guna gula melaka)
1 camca besar gula pasir
2 camca besar tepung gandum atau tepung jagung

< caranya: ayak tepung beras bersama baking powder. tapai nasi di blender dengan santan. hingga halus. campurkan tepung beras dan garam kacau hingga semua hancur atau boleh diblender semua sekali untuk mendapat batter yang halus. perap lebih kurang 2 jam atau 3 jam, kaknab perab 3 jam. Bila sudah cukup 3 jam, boleh lah di masak dalam acuannya, jangan bubuh penuh sangat. tutup acuan dengan tudung periuk bila sudah jernih maknanya dah masak. tang nak keluarkan kueh ni payah sikit, kaknab baru beli acuannya, dia melekat walaupun sapu minyak lebih, kena cungkil perlahan2 supaya ia tak pecah. 


 kuahnya: 

masak semua bahan2 kuah kecuali tepung gandum, hingga hancur gulanya, kacau selalu supaya tidak meruap, akhir sekali baru masukkan tepung untuk memekat kuahnya. 

Perhatian: 

untuk membuat tapai nasi. 600 gm nasi 3/4 ragi (dari 1 biji yang bulat tu, tinggal sedikit). kalau boh sebiji habis, nanti banyak sangat air tapai bila dah jadi. peram 1 hari atau 2 hari. kaknab peram 1 hari dah jadi manis tapi nasi ni.

29 January 2013

Mi rebus kuah ketam/udang

Hari ini tiba2 tekak teringin nak makan mi rebus kuah ketam/udang. Apa lagi start moto pi mini market, beli 4 ekor ketam, bahan2 lain dah ada dalam peti ais. Lepas sembahyang zohor gigih buah kuahnya.



Bahan2nya:

1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih *
* ditumbuk 

4 camca makan udang kering di rendam dengan air panas**
4 camca cili  boh**
1 camca makan otak udang (yang selalu bubuh dalam laksa tu)**
** diblend semua sekali hingga halus udang keringnnya

200 gm udang hidup ***
400 gm keledek ***
*** rebus sekali dengan 2 mangkuk air. toskan kemudian blend hingga halus. ambil Air rebusannya 

4 ekor ketam - rebus dengan 2 mangkuk  - toskan ketam ambil air rebusannya - ambil isi ketam dilenyek dengan camca supaya hancur atau kalau nak blend saja. kaknab lenyek lenyek saja, supaya nampak isi ketam,.

2 camca makan tomato sos****
2 camca makan cili sos****
1 camca makan sos tiram****
**** campur sekali 

1 kilo mi kuning _dicelur
50 sen taugeh - dicelur

garam

Untuk hiasan
daun sawi (potong dan dicelur)
2 biji kentang (rebus dan potong nipis)
2 biji telur (di rebus dan potong nipis)
2 biji tomato dipotong nipis



Caranya - tumis bahan * hingga garing, kemudian masukkan bahan**, biarkan ia garing dan wangi. masukkan bahan **** kemudian masukkan bahan *** air rebusan udang&keledek, air rebusan ketam biar ia mereneh di atas atas api, masukkan gula dan garam secukupnya. akhir sekali masukkan isi ketam yang sudah dilenyek tadi. Jangan bubuh aji no moto dalam kuah kerana sudah manis ubi, udang dan ketam.

hidang mi dengan letakkan bahan hiasan di atasnya.  

28 January 2013

siput belitung dengan sayur keladi

Semalam dari rumah anak kaknab Setia Alam, singgah kat Pantai Remis, Selangor, beli siput belitung dengan sayur keladi. Kat situ, siput2 semua fresh2, baru naik semua, memang sedap kalau masak. sayur keladi pula siap dengan ada ubinya, kalau kat BM emmmm asyik dapat batang saja, ubi tak dak langsung. murah pula tu kat sana rm2/- saja. 

 bahan2nya. 
1 kilo siput belitung 
sayur keladi 
6 biji cabai merah 
1 labu bawang besar 
3 ulas bawang putih sedikit bilis (kat sini kaknab guna cube bilis,) 
kalau guna bilis tumbuk lumat sekali dengan cabai dan bawang besar/putih 
santan rm2/ 

Cara-caranya -  Siput di basuh bersihh, potong ekornya dengan plier, keladi di siang, rebus airnya. (kaknab buah air pertama) rebus sekali lagi, dan toskan. dalam periuk masukkan santan, siput dan bahan2 yang ditumbuk. masak hingga mendidih, kemudian masukkan sayur keladi, garam biar di atas api yang perlahan sambil dikacau kerap, hingga masak lemak siput/keladi masak.

Me the latest