31 December 2023

Kuih tepung talam


Lapisan bawah
2 1/2  cawan santan cair (perahan kedua dari setengah kelapa)
3/4 cawan tepung gandum
1 camcabesar tepung ubi kayu 
3/4 cawan gula merah
1  sudu besar gula putih
Secubit garam
1 camca teh air kapur yang jernih

Sapu minyak loyang bulat berukuran 8 inci.Campur semua di atas kacau hingga sekata dan tidak berketul2 atau lebih senang kisar dengan blender.  Kacau di atas api perlahan hingga berwap jangan tunggu sampai berketul. Tapis dan kukus selama 10 minit.


Lapisan atas

3/4 cawan tepung beras
2 sudu teh garam
2 1/2 cawan santan pekat (perahan pertama dari sebelah kelapa
Kacau hingga rata. Masak sekejap bagi naik wap.   tapi maknab teralit pula. Tengok2 dah berketul sikit. Pastu tuang ke atas loyang gula merah.

Kukus selama 5 minit saja. Tapi terlebih masa kukus. Terlupa nak tutup api. Tengok dah tak jadi putih jadi gelap sikit. Pastu tak licin sebab masa kacau kan dah berketul. Tapi bila potong sedapnya. Lembut sangat. 





28 December 2023

Lepat pisang

Hari ni maknab buat lepat pisang. Kali ni maknab tak bubuh santan cuma bubuh kelapa parut yang mantan.
Senang nak balut sebab tak lembik. Kalau bubuh santan rasa payah nak balut lembik sangat. Pisang raja yang ranum maknab buat lepat la senang daripada nak buang.
 Kalau buat cok kodok dok goreng dengan minyak. So kukus la sihat sikit. Tak dak kolesterol bagai.
Resepi ni memang lembut dan sedap.

Bahan2nya

800 gm pisang yang sudah dibuang kulit. Bila dilenyek dapat 3 cawan.
1 1/2 cawan tepung gandum
2 camca besar tepung beras
2 camca besar gula. (Maknab xmau manis)
1 cawan kelapa parut ( ambil yang mantan)
Daun pisang.

Cara caranya

Campur semua bahan di atas, biar adunan sekata dan sebati. balut dengan daun pisang yang sudah dilayur. Kukus selama 25 minit atau sampai masak.







26 December 2023

Apom gula hangus




Tepung gandum  - 1 cawan = 120 gm
Tepung beras  - 1 camca besar = 10 gm
Telur 2 biji
Susu pekat  - 1/2 cawan = 130 gm
2 sudu besar margarine = 30 gm
B.powder 1/2 sudu teh
B.soda 1 sudu teh
Esen vanilla
Air 1 cawan
Gula 1 cawan (manis sangat, maknab bubuh 1 3/4 saja

Mula buat caramel gula.
Masak gula di atas api perlahan hingga golden brown
 Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau. Supaya gula tak keras. Bila dah cair semua gula masukkan margarine kacau hingga caramel sebati dan sekata. Sejukkan 

Tepung gandum, tepung beras, baking powder, bicarbonate soda. Campur kan semua dan ayak.

Kemudian masukkan telur yang sudah ditambah esen vanilla, susu pekat. Kacau sebati hingga semua teradun elok
 Masukkan caramel sedikit demi sefikit hingga habis. Kacau hingga sekata dan sebati. Tapiskan dulu sebelum tuang ke dalam acuan.
Sapu minyak ke dalam acuan supaya senang keluar bila dah masak.
Tuangkan adunan tepung ke dalam acuan jangan terlalu penuh. Nanti dia naik. Kukus selama 15 minit. 


Sukatan cawan ke gram

Kadang kita sukat ikut cawan. Kadang kita timbang ikut gram. Jadi simpan sini untuk rujukan 








19 December 2023

Kuih bauhulu (my way)

180gm tepung goreng dulu atau letak dlm oven sekejap bagi tepung kering ayak dengan 1 sudu teh baking powder
5 biji telur - kalau sukatan mangkuk ni maknab pecah dalam mangkuk sukat banyak mana.
190 gm gula - bubuh dalam mangkuk yg sama besar dengan mangkuk telur,  pastikan gula mesti kurang dari sukatan telur 
Esen vanilla
35 gm minyak sayur maknab guna corn oil

Pukul telur dengan gula dengan esen vanilla  hingga gebu dan putih. Guna tahap mixer paling tinggi. Maknab punya mixer paling tinggi pun 5. Bila dah kembang masukkan minyak
Pukul lagi kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kali ni tahap mixer maknab guna nombor 1. Masukkan teoung hingga habis. Sapu minyak dalam acuan. Panaskan dalam oven selama 10 minit. Angkat keluar masukkan adunan tepung+telur jangan penuh sangat. Api oven atas bawah. Bakar hingga masak. 



Gambar mak 16/12/23




16 December 2023

Kuih cara


Resepi kuih cara (my way)

2 cawan tepung gandum

2 1/2 cawan santan  blend nyok dgn daun pandan. Dapatkan 2 1/2 cawan

2 biji telur

Sedikit garam

Gula nak tabur masa masak .

Campur semua masuk dalam blender. Blend hingga rata dan sebati. Bubuh gula sedikit. Masa bakar. Tutup acuan. Dah masak angkat dan kembar dua dua.

 

11 December 2023

chilli oil


resepi ni maknab ambik dari internet.copy paste. terima kasih kongsi resepi. maknab tak berapa nak pandai buat jadi cari dalam internet.

Bahan – bahannya :

  • 700ml minyak masak
  • 2 Labu bawang putih – dibersih , dikeringkan dan dikisar
  • 70gm udang kering – direndam dengan air panas15minit , dikeringkan dan dikisar halus
  • 100gm cili kering – digunting , bersih dan dikeringkan
  • 1 Sudu besar gula perang
  • Garam secukup Rasa

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak , goreng bawang putih hingga keperangan..
  2. Kemudian masukkan udang kering..kacau dan goreng lagi ..
  3. Tambahkan dengan gula perang dan garam secukup rasa..kacau lagi hingga rata..
  4. Akhir masukkan cili kisar..kacau semuanya sehingga rata dan sebati..jika adunan terlalu kering dan minyak pun kurang..boleh ditambah sedikit lagi minyak..minyak banyak lagi sedap dan tahan lama..masak cili, api jangan terlalu kuat..sederhana kecil sahaja..takut cili hangus nanti..
  5. Apabila semuanya masak dan pecah minyak ..matikan api..dan sejukkan sebentar..selepas itu baru boleh disimpan didalam balang kaca..
  6. Siap resepi chili oil chinese style
  7. Sedap dimakan bersama moi sup , ayam goreng , nasi goreng, kuey teow sup dan banyak lagilah…
  8. Jangan lupa cuba ok..resepi mudah dan sedap dimakan dengan perbagai masakan..

10 December 2023

kuih tepung gombak

hari ni maknab buat kuih tepung gombak. kuih ni merupakan kegemaran suami dan maknab. selalu maknab beli. tapi kadang kadang tak ada orang jual. maknab memang tahu buat, tapi sebab kuih ni agak renyah dan memakan masa tu yang maknab jarang buat. hari ni buat juga sebab teringin nak makan. lagi pun kacang hijau baki buat bubur kacang tempoh hari ada lagi.

proses pertama mestilah buah serbuk kacang hijau dahulu.400 gm kacang hijau  maknab basuh bersih dan toskan kemudian maknab masuk ke dalam oven bakar lebih mudah, sementara dia nak garing maknab boleh buat kerja lain. menggunakan api 150 selama 30 minit. bila dah garing dan wangi. keluarkan untuk proses membuang kulit kacang. kena buat ketika kacang masih panas. maknab menggunakan chopper. boleh juga menggunakan lesung
batu kalau tidak ada chopper.

bila kulit dah habis keluar tampi dulu. kemudian kisar halus dan hayak. siap bahagian serbuk kacang hijau.

kini bahagian inti kelapa. buat seperti biasa.

proses tepung pula

1 1/2 cawan tepung pulut
1 cawan santan 
yang sedikit cair jangan pekat sangat
kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit hingga menjadi dough yang lembut. uli sekejap. buat bulat dan masukkan inti. kemudian rebus seperti masak buah melaka kalau timbul tu maknanya dan masak boleh lah di angkat.

kini sampai proses membedak kan tepung gombak. golek ke dalam serbuk kacang tekan leper supaya menjadi menjadi kuih tepung gombak. siap dihidangkan



01 December 2023

Pulut sekaya

Pagi tadi buat pulut sekaya. Suka pula bungkus fengan daun pisang. Teringat masa dulu kecik2 menjual kuih pusing kampung tanjung tokong. 




27 November 2023

apom gebu

hari ni maknab buat apom, guna acuan twister. memang menjadi apom ni gebu sangat. so maknab kongsi resepi. resepi ni pun maknab ambil tik tok.cuma tik tok xbubuh baking powder tapi maknab bubuh sikit.  terima kasih kepada puan empunya account tik tok yang baikhati kongsi resepi ni.




1 cawan nasi sejuk)
1 cawan air )
1 sudu teh yeast)
3/4 cawan gula)
Blend sampai halus.
Pastu tambah lagi 1/2 air suam blend lagi hingga adunan betul2 halus
Perap selama 15 bagi ia berbuih tanda yeast active 

1 1/2 cawan tepung beras))
1/2 cawan tepung gandum))
1 sudu teh baking powder))
Campur. Kacau2 biar rata.
2 sudu mkn minyak masak ( optional tak letak pun xmengapa) hari buat tak letak bukan tak nak letak tapi maknab terlupa😄😄😄 apom gebu juga.

 Selepas 15 minit. Baru lah campurkan adunan yeast yang berbuih tu ke dalam  tepung. Kacau adunan hingga sebati. Agak lambat juga. Maknab blender semua ni bagi sebati dan rata.
Kemudian maknab bahagi dua sebab maknab nak apom yang berwarna warni. Lepas tu perap selama sejam. Tapi maknab cuma perap 30 minit tengok adunan naik lalu maknab tuang. Ke dalam acuan dan kukus selama 10 minit.
Selepas 10 minit angkat dan letak kelapa yang sudah dicampur dengan garam. 

26 November 2023

Kuih onde onde

Hari tu buat lupa pula nak post dalam blog. Hari ni baru nak post



500 gm keledek
Rebus dan lenyek
1 cawan tepung gandum
Lenga
Inti kelapa

Adun tepung dgn keledek hingga jadi dough yg lembut. Buat bulat sama besar, maknab buat 30 gm setiap satu. Inti kelapa maknab bulatkan 15 gm setiap satu. Masukkan inti buat bulat elok2 basahkan dengan air golek dalam bijan bagi melekat sepenuhnya.  Goreng dengan hingga garing atau brown gitu. Selamat mencuba.


25 November 2023

Bengkang gula putih.

Lama dok kata nak buat bengkang ni
 Sebab sedikit renyah tu yang dok tagak nak buat. Hari ni buat juga. Simpan resepi di sini. Sebab jadi elok dan sedap cuma loyang dia agak besar so dapat nipis. Kalau loyang kecik jadi tebal lagi cantik kejadian dia. 




 2 1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1  cawan gula kalau tak mau manis kurangkan. 
Garam
4 1/2 cawan santan pekat
Campur semua kacau biar sebati dan gula hancur. Tapiskan. Kemudian kacau diatas api perlahan hingga jadi koleh yg pekat. Kena bagi betul2 masak tepung tak melekat di periuk
 Kalau kurang masak bengkang akan berair bila simpan lama. Kemudian bakar dengan api 200c selama sejam. Acuan diletak dibawah sekali. Bila cukup sejam ubah rak paling atas supaya garing di atas selama 10 minit. Lama sangat nak masak garing kalau guna oven. Baik guna periuk bengkang atau periuk aladin. 



21 November 2023

Pulut inti

Oleh kerana resepi pulut inti tak ada lagi dalam blog ni. Jom kaknab share resepi pulut inti







Saja ja maknab bungkus dengan daun pisang nak dapat aroma daun dan nostalgia maknab dok jual kuih keliling kampung dengan yang lantang menjaja nama pulut2 yang maknab jual. Pulut inti, pulut sekaya, pulut tetai, pulut panggang, lopis puluuuut.yang last tu mesti lah 6 harakat🤣😂😂😂😂

rendam dulu beras pulut. maknab rendam selama 2 jam. lepas tu basuh dan toskan masuk kedalam loyang kukus selama 30 minit. kukus pulut saja. lepas setengah pulut masak. angkat dan palut dengan santan yang dicampur garam, tunggu sekejap sehingga semua pulut disaluti santan dengan elok. lepas tu letak semula ke dalam periuk kukus. biar selama 5-10 minit atau lebih supaya santan masak elok dan pulut akan tahan lama. lambat basi.

siap dan boleh lah dihidangkan dengan inti kelapa. Inti kelapa masak seperti biasa.

Roti bun gebu marvellous

Bahan A
3 camca besar susu tepung )
1 cawan air suam)
2 sudu kecil yeast)
3 sudu besar gula)
Bancuh semua hingga yeast dan gula larut. Biar 10-15 minit hingga berbuih.
Bahan B
1 biji telur
Sedikit garam
2 cawan besar tepung roti
2 sudu besar butter
1 camca bread softener

Campurkan A dan B ke dalam bread maker pilih menu dough atau bread maker. Bila dah siap perap selama 30 minit atau dough naik dua kali ganda. Dah naik tumbuk sekejap untuk buang angin. Bulat2 kan. Sapu susu atas bun.  Perap lagi 30 minit baru bakar. Api 150c selama 20 minit atau bun brown colour. Dah siap masak sapu dgn margarine bagi lembut diatas.




03 November 2023

Roti bun gebu gebas

1 sudu teh yeast)
2 sudu besar  gula )
200 gm air suam atau 3/4 cawan)
Bancuh. Perap 15 minit hingga mixture berbuih.

350 gm tepung roti
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar butter cairkan
1 biji telur
3 sudu besar ibu roti (buat sendiri) 1 1/2 tepung roti 1 cawan air. Masak sampai jadi koleh. Yang lebih boleh simpan dlm peti ais.

1 susu teh bread softener. Optional.

Caranya
Kalau ada bread maker masukkan saja guna menu dough selama 23 minit atau ikut breadmaker masing2. Maknab guna mugen BM. Kadang lain BM tak sama time dia. Kalau tak ada BM Bancuh seperti biasa ikut  resepi roti. bulatkan. Atur dalam loyang, sapu susu dan gula yang sudah dibancuh, paipkan topping bakar api 180 selama 35 minit atau kekuningan.

Untuk disapu
Susu cair
1 camca besar gula

Topping
3/4 cawan susu cair
2 camca besar gula
2 camca besar tepung kastad
Sebiji telur
Esen vanila.
Masak semua hingga pekat

Memang gebu gebas





17 October 2023

tanam sayur semula hydroponic

suami maknab tanam semula sayur setelah tinggal beberapa bulan. tanam kangkung, pokok daun selom, pokok daun kesum dan pokok pudina.





Pokok maman pasir

Ni pokok maman pasir, maknab ambil gambar kat google ja
 Saja simpan lain kali boleh tau kalau jumpa pokok ni.



02 October 2023

Mugen breadmaker


Simpan sini gambar penuh breadmaker. Maknab punya habis keluar label semua. Sebab dah lama. Jadi maknab terpaksa bubuh sticker tulis sendiri.

Ni yg maknab ambil dalam google

Yang ni maknab punya. 


26 September 2023

pau gebu

hari ni maknab buat kuih pau. elok jadinya. gebu sampai petang.

bahan A
1 cawan air suam)
2 camca besar gula)
1 camca besar yeast segera )
campur kan bahan yang di atas kacau hingga gula larut.
biar kan selama 15 minit tunggu hingga ianya berbuih. menunjukkan yeast active.



bahan  B
3 cawan tepung pau (boleh ja guna tepung biasa)
1 camca besar baking powder) ayak tepung bersama baking powder
1 camca besar susu pekat
2 camca besar shortening atau lemak sayur. 
1 camca besar minyak
1/4 sudu kecil ovelette

campurkan susu pekat, shortening dengan tepung yang sudah diayak. kacau kacau. kemudian tuangkan yeast yang sudah berbuih. adunkan sebati semua bahan. uli lembut sehingga menjadi dough yang elok.  akhir sekali tuang minyak dan uli hingga tepung sekata dan sebati. perap selama 30 minit. selepas 30 minit adunan akan naik kemudian tumbuk lembut buangkan angin. 
bentukkan bulat dan bubuh inti. rehatkan dulu selama 10-15 minit agak2 pau naik. barulah dkukus selama 15 minit.

Boleh tengok you tube maknab 
👇👇

https://youtu.be/HUZGHNaizhE?si=np9BCC_AuXlU2aV5

18 August 2023

Sifat sifat huruf hijaiyah

Ada 17 sifat kesemuanya

Setiap huruf sekurang-kurangnya mempunyai 5 sifat daripada sifat-sifat yang berlawanan, kadang-kadang ditambah satu/dua sifat daripada bahagian sifat-sifat tunggal. Kadang-kadang satu pun tidak.

Pembahagian Sifat Huruf
Sifat huruf terbagi menjadi dua:

Sifat Lazimah (ﻻﺯﻣﻪ) ialah ciri kekal yang pasti ada bagi setiap sebutan huruf dalam semua keadaan, tidak terpisah dari suatu huruf itu sama ada pada keadaan berbaris mahupun mati.

Sifat ini juga dikenali sebagai “sifat yang berlawanan”.
Terdapat 10 sifat yang tergolong dalam kategori ini:

Hams lawannya jahr
Syiddah lawannya rakhawah (pertengahan bagi kedua-dua sifat ini dinamakan tawasut)
Isti’la’ lawannya istifal
Itbaq lawannya infitah
Izlaq lawannya ismat

1.Hams – (همس)

Dari sudut bahasa ia bermaksud sembunyi atau senyap. Hams diistilahkan sebagai suara lemah menyebut huruf-huruf ini kerana lemahnya suara berpegang pada makhraj dan ini menyebabkan terlepas nafas. Kerana itulah huruf-hurufnya dinamakan mahmusah.

Terdapat sepuluh huruf yang bersifat hams dan dihimpunkan dalam lafaz:

فَحَثُّهُ شَخْصٌ سَكَتْ

Huruf-hurufnya:

ف ح ث ه ش خ ص س ك ت

*Terlepas nafas/udara ketika menyebut huruf kerana terbukanya tekak dan tekanan yang lemah pada makhrajnya.

2.Jahar – (جهر)

Dari sudut bahasa ia bermaksud jelas dan terang. Jahr diistilahkan dengan suara kuat menyebut huruf kerana kekuatan berpegang kepada makhraj sehingga menahan dari terlepasnya nafas. Huruf-huruf yang tergolong dalam kumpulan ini dipanggil huruf majhur dan bilanganya ialah selain dari sepuluh huruf-huruf hams.

Bezanya sifat hams dengan sifat jahar ialah huruf hams disebut dengan melepaskan nafas, manakala huruf jahar disebut dengan menahan nafas.

Huruf-hurufnya disusun dalam rangkaikata :

عَظُمَ وَزْنُ قَارِئٍ ذِيْ غَضٍّ جِدٍّ طَلَبَ

*Tertahan nafas/udara ketika menyebut huruf kerana tertutupnya tekak dan tekanan yang kuat pada makhrajnya.

3.Syiddah – (شدة)

Dari sudut bahasa ialah kekuatan. Istilahnya pula al-Qurra menyatakan bahawa kelaziman huruf pada tempatnya kerana kekutan berpegangnya kepada makhraj sehingga menahannya dari terlepas suara.

Terdapat lapan huruf yang bersifat syiddah dan disusun dalam rangkaikata :

اَجِدُ قَطٍَّ بَكَتْ

Huruf-hurufnya:

ﺀ ج د ق ط ب ك ت

*Tertahan suara ketika menyebut huruf kerana tertutup makhrajnya.

4.Tawassut – (توسط)

Tawasut dari segi bahasa bermaksud pertengahan; dari segi istilah bermaksud pertengahan suara.

Tawassut bermaksud pertengahan. Ulama Qurra mengistilahkan Tawassut ialah huruf-huruf yang mempunyai perantaraan antara sifat Syiddah dan sifat Rakhawah. Ia bermaksud suara tertahan ketika menyebut hurufnya dan sebahagian suara terlepas kerana itulah ia dinamakan Mutawassat.

Huruf-huruf Tawassut tersusun di dalam rangkaikata:

لِنْ عُمَرَ

Huruf-hurufnya:

ل ن ع م ر

*Menyebut hurufnya dengan sederhana – tidak terlalu tertahan dan tidak terlalu terlepas – kerana makhrajnya tidak tertutup atau terbuka sepenuhnya.

5.Rakhawah – (الرخاوة)

Dari sudut bahasa Rakhawah bermaksud lembut. Dan al-Qurra mengistilahkan Rakhawah ialah lemahnya pegangan huruf pada tempatnya atau makhrajnya sehingga suara keluar bersama sebutan huruf-hurufnya. Justeru huruf-huruf yang keluar suara bersama dengan sebutannya dinamakan huruf-huruf al-Rakhawah.

Rakhawah adalah berlawanan dengan maksud Syiddah dan juga Tawassut. Ia adalah suatu-satunya sifat yang mempunyai dua lawan. Berlainan dengan sifit-sifat lain yang hanya mempunyai satu lawan sahaja.

Huruf-huruf Rakhawah selain dari huruf-huruf Syiddah dan Tawassut.

Dalam rangkaikata:

خُذْ غَثَّ حَظَّ فَّضَّ شُوْصٍ زَيَ سَاهٍ

Huruf-hurufnya:

ث ح خ ﺬ ز س ش ص ض ظ غ ف و ه ي

*Terlepas suara kerana terbuka makhrajnya.

6.Isti’la’ – (الإستــعلاء)

Dari sudut bahasa ialah terangkat. Manakala dari sudut istilah pula ialah lidah terangkat ke lelangit atas ketika menyebut huruf-hurufnya. Di waktu yang sama suara juga akan terangkat atau memenuhi ruangan mulut ketika menyebut hurufnya.

Huruf-huruf isti’la’ ada tujuh, dan dihimpunkan dalam lafaz :

خُصَّ ضَغْطٍ قِظْ

Huruf-hurufnya:

ص ض ط ظ ق غ خ

*Lidah terangkat ke lelangit ketika menyebut huruf dengan meninggikan pangkal lidah serta menjatuhkan rahang ke bawah.

7.Istifal – (استفال)

Dari sudut bahasa bermaksud merendah. Ulama Tajwid telah mengistilah Istifal sebagai merendahkan lidah dari lelangit atas ketika menyebut huruf-hurufnya. Dengan sebab itu, suara yang menyebut hurufnya juga akan merendah.

Selain itu perkara yang berlaku juga ialah huruf-huruf al-Istifal disebut dengan tarqiq (tipis).

Bilangan huruf-huruf Istifal ialah sebanyak 22 huruf iaitu selain daripada huruf-huruf isti’la’.

Dalam rangkaikata:

ثَبَتَ عِزُّ مَنْ يُجَوِّدُ حَرْفَهُ اِنْ سَلَّ شَكَا

*Lidah tidak terangkat ke lelangit ketika menyebut huruf dengan merendahkan pangkal lidah serta rahang berada di kedudukan biasa.

8.Itbaq – (اطباق)

Itbaq dari sudut bahasa ialah melekat. Dan Ulama Tajwid mendefinasikannya dengan melekat sebahagian lidah ke lelangit atas atau hampir dengan lelangit ketika menyebut huruf-hurufnya.

Sifat al-Itbaq ini mengandungi Isti’la’ dan lebih dari itu. Ketika menyebut huruf-hurufnya sebahagian lidah melekat ke bahagian lelangit atas. Dan sebagai kesimpulannya boleh dikatakan bahawa setiap huruf al- Itbaq adalah Isti’la’ , tetapi bukan setiap huruf Isti’la’ adalah Itbaq.

Huruf-hurufnya:

ص ض ط ظ

*Himpit tepi lidah ke lelangit lembut ketika menyebut huruf yang menyebabkan suara terhimpit antara kedua-duanya.

9.Infitah – (انفتاح)

Al-Infitah dari sudut bahasa ialah renggang atau terbuka. Ulama Tajwid telah memberi takrif dari sudut istilah Infitah ialah terdapat renggangan antara lidah dengan lelangit atas ketika menyebut huruf-hurufnya. Dengan itu suara tidak dapat ditahan antara lidah dengan lelangit atas kerana keterbukaan rongga.

Justeru, huruf-hurufnya dinamakan munfatah. Bilangan huruf-hurufnya ialah 25 huruf atau selain daripada 4 huruf-huruf Itbaq.

Dalam rangkaikata:

مَنْ اَخَذَ وَجَدَ سَعَةً فَزَكَا حَقٌّ لَهُ شُرْبُ غَيْثٍ

*Merenggang tepi lidah dari lelangit lembut ketika menyebut huruf dan melepaskan suara dengan lapang dan terbuka.

10.Izlaq – (اذلاق)

Izlaq menurut bahasa ialah ialah tergelincir atau terlepas. Secara terperincinya ialah menyebut hurufnya dengan mudah dan lancar. Disebabkan sebahagiannya keluar daripada hujung lidah dan sebahagian lagi keluar daripada dua bibir mulut, maka ia dapat disebut dengan cepat dan lancar.

Rangkaikata huruf-huruf Zalaqah ialah:

فَرَّ مِنْ لُبٍّ

Huruf-hurufnya:

ف ر م ن ل ب

*Lancar sebutan kerana makhraj hurufnya keluar daripada pinggir lidah atau bibir.

11.Ismat – (اصمات)

Ismat dari sudut bahasa ialah menahan. Manakala dari sudut istilah pula ia adalah menegah hurufnya tersusun dalam percakapan arab dalam kalimah yang mempunyai empat huruf atau lima huruf kerana lidah berat menyebutnya.

Justeru kalimah tersebut mestilah terdapat huruf al-Izlaq bagi mengimbangi antara berat dan ringan. Bilangan huruf-hurufnya ialah 23 huruf dan dinamakan huruf-huruf Musmatah.

Dalam rangkaikata:

جَزُّ غِشَّ سَاخِطٍ صَدَّ ثِقَةٍ اِذْ وَعَظَهُ يَحُضُّكَ

*Tersekat sebutan kerana makhraj hurufnya jauh dari pinggir lidah atau bibir.

Sifat ‘Aridhah; (ﻋﺎﺭﻀﻪ) ialah ciri mendatang yang berubah-ubah bagi suatu huruf yang adakalanya terpisah dari huruf dan menyertainya pula pada keadaan yang lain seperti: tarqiq (nipis), tafkhim (tebal), ghunnah, idgham, atau ikhfa’, panjang atau pendek dan sebagainya.

Sifat ini juga dikenali sebagai “sifat yang tidak berlawanan, sifat tunggal”.
Terdapat 7 sifat yang tergolong dalam kategori ini:
1.Safir – (صفير) – Siulan.

Safir ialah suara yang menyerupai suara unggas atau haiwan kerana menyebut hurufnya dengan bunyi berdesir dan kuat dari antara dua bibir mulut.

Hurufnya ada tiga, iaitu (ص), (ز), dan (س).

Bunyi desiran yang berlaku pada huruf sād paling kuat dibanding zāy dan berikutnya. Perbezaan sifat safir dengan hams adalah desiran nafas yang lebih kuat berbanding dengan hams yang sekadar membunyikan hurufnya dengan hembusan nafas yang lebih ringan.

Semasa menyebut “ص” Kedengarannya seperti suara angsa.
Semasa menyebut “ز” Kedengarannya seperti suara lebah.
Semasa menyebut “س” Kedengarannya seperti suara belalang.

2.Qalqalah – (ﻗﻠﻘﻠﻪ) – Pantulan

Qalqalah ialah bunyi lantunan suara kerana gegaran yang kuat semasa menyebut hurufnya dan dilepaskan dalam masa yang singkat.

Terdapat lima huruf qalqalah, iaitu (ق) (طْ) (ب) (ج) (د); dan dihimpunkan dalam lafaz :

قُطْبُ جَدٍّ

3.Lin – (ﻟﻴﻦ) – Lembut

Lin bermaksud lembut; disebut dengan lembut dan mudah.

Hurufnya ada dua, iaitu (و) dan (ي). Pembunyian dengan sifat lin hanya berlaku apabila huruf itu mati, dan di sebelumnya ada huruf berbaris atas.

Contohnya (و) dalam kalimah khawf (خَوْف) dan (ي) dalam kalimah bayt (بَيْت).

4.Inhiraf – (ﺇﻧﺤﺮﺍﻑ) – Lencungan

Inhiraf bermaksud condong atau lentur. Huruf yang pengucapannya lentur setelah keluar dari hujung lidah.

Hurufnya ada 2, (ل) dan (ر )

(ر) lentur bagian belakang lidah dan Lam (ل) lentur bagian permukaan lidah.

5.Takrir – (ﺗﻜﺮﻳﺮ) – Getaran

Takrir bermaksud berulang. Hurufnya satu saja, iaitu (ر). Dinamakan takrir kerana bunyi unik ra’ yang bergetar secara berulang. Walau bagaimanapun, getaran yang dibenarkan adalah sekali sahaja, lebih-lebih lagi pada keadaan sabdu.

6.Tafasyi – (ﺗﻔﺸﻰ) – Hamburan

Tafasyi bermaksud tersebar atau berhamburan. Hurufnya satu sahaja, iaitu syin (ش). Dinamakan tafasyi kerana bunyi unik syin yang tersebar dan berhamburan di kawasan hujung lidah.

7.Istitolah – (ﺇﺳﺘﻂﺎﻟﻪ) – Memanjang

Istitalah bermaksud memanjang. Hurufnya satu sahaja, iaitu (ض). Dinamakan istitalah kerana makhraj (ض) yang memanjang di sebelah kiri atau kanan lidah.





16 August 2023

Resepi pai tee

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air
  • Secubit garam
  • Sebiji telur

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga tidak berketul menggunakan whisk.
  2. Panaskan minyak. C
  3. Celup acuan dalam adunan.
Intinya

Bahan-bahan inti:

  • Timun
  • Sengkuang
  • Carrot – disagat / hiris halus
  • Tauge
  • Isi udang
  • Bawang putih & bawang merah – tumbuk
  • Minyak
  • Garam

Cara-cara:

  1. Tumis bawang. Masukkan isi udang.
  2. Masukkan pula sayur-sayuran. Gaul dan masak sekejap saja.
  3. Perasakan dengan garam, gaul rata.
  4. Siap!

02 August 2023

Udang kering

12 kg udang fresh untuk mendapatkan satu kilo udang kering. Bila proses mengering udang, buang kulit semua baru dapat sekilo udang kering. Jadi klu nak buat, sekurangnya boleh dapat harga sekilo udang fresh rm5.00  barulah berbalui buat udang kering. Dengan masa dia nk menjemur, nak buang kulit. Jadi kalau sekilo udang kering rm80-90 jangan kata mahal. Memang berbalui. Maknab dah buat.

1.5 kgs udang fresh bila dah kering dapat 130 grams udang siap diproses. So boli lagi sonang.🤣🤣🤣🤣🤣
Ni la yang dapat
Dari 1.5 kgs udang.
sekali maknab order dekat lazada sekali dengan post baru rm76.64 elok pula tu. tak penat buat. boli lagi sonang.

01 July 2023

cucuq udang rangup diluar lembut di dalam

jom kita buat cucuq udang yang rangup diluar lembut di dalam

3 cawan tepung gandum
3 camca tepung jagung
udang agakagak nak banyak mana
daun bawang)
daun sup) potong kecik2
bawang besar potong dadu atau hancurkan
taugeh
garam
kunyit serbuk
air udang
telur sebiji
segenggam nasi sejuk blend bagi hancur

campur semua bahan di atas, perap selama setengah jam. boleh lah digoreng



buat live di tik tok