salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
Showing posts with label Bumbung kena ribut Dan buting beliung. Show all posts
Showing posts with label Bumbung kena ribut Dan buting beliung. Show all posts
23 March 2026
16 July 2022
Kejadian ribut bumbung terangkat 9/8/2019
Maknab try cari ada tak post masa ribut dekat sg lalang di mana rumah maknab terbabit. Rupanya tak ada masuk dalam blog. Google photo ada simpan jadi maknab masuk balik hari ni untuk kenangan dan tarikh yang berlaku.
Pada 9/8/2019. Maknab dan suami plan nak menyambut raya haji diterengganu dengan anak cucu di rumah besan di terengganu. Raya haji jatuh pada hari ahad 11/8/19.
Maknab dan suami pun naik moto menuju ke terengganu. Sampai kat tanah merah sudah lewat malam. So menantu booking hotel kat tanah merah, keesokan harinya blh bertolak ke terengganu tak berapa jauh dah.
Di hotel malam tu, kawan jiran maknab hantar message yang rumah maknab bumbung terangkat kerana ribut dan hujan lebat.
Jadi maknab dan suami pun terus balik keesokan pagi sabtu. Tidak jadi beraya dekat terengganu. Masa perjalanan balik dengan motosikal, rata2 jalan dari tanah merah menuju ke sungai lalang, kedah, pokok2 tumbang kerana kejadian ribut.
Sampai rumah tengok memang teruk juga bumbung yang terangkat. Bahagian depan porch bumbung terangkat melipat. Kuat tak kuat lah ribut tu. Ada 6 buah rumah lain di taman rumah maknab tinggal yang tercabut bumbung rumah mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















