ads

25 December 2018

jom kita tengok serabai yang kaknab buat hari ni. kali ni kaknab menggunakan yeast dan nasi sejuk. entry kaknab yang dahulu kaknab menggunakan tapai nasi. agak troublesome sikit, nak buat tapai kerja yang remeh.

Dengan menggunakan yeast dan nasi sejuk, lebih mudah cepat dan memang lembut sangat.


Resepinya

2 cawan tepung beras
1/2 cawan nasi sejuk
2 cawan santan cair
2 camca gula
Sedikit garam
1 camcateh yeast
1/2 cawan air suam

Larutkan yeast bersama air suam
Nasi sejuk, santan, gula,garam diblend sampai halus.
Camporkan tepung beras bersama bahan blend dan yeast. Kacau hingga jadi adunan yang licin tidak berketul.
Perap sejam atau adunan naik berbuih. Blh masak gunakan acuan kuih serabai

23 December 2018

mak dan adik adiknya

ini gambar mak kaknab dengan adik adiknya yang masih hidup, mak kaknab kakak yang tua. umur mak 88,adik adiknya, 85, 78, 75, 72, 70.
jadi 6 beradik masih hidup. 
gambar dirakam masa kenduri di rumah mak teh di taman aman, alor setar, kedah

mak, makteh, pak cik, mak su

22 December 2018

masak nasi guna mugen bread maker

hari ketiga kaknab cuba masak nasi minyak menggunakan mugen breadmaker. kaknab tumis dulu bahannya masuk air dan beras be ikut sukatan 2 nasi 3 air.

masak nasi mugen kaedah bake. walaupun kaknab tekan butang rice, arrow yang blinking menunjukkan 'bake'. Masa memasak sejam 15 minit. bila nasi dah kering kaknab rasa ada sedikit mentah, jadi kaknab tambah masa lagi 15 minit. baru semua 100% masak elok

ni gambar nasinya


19 December 2018

percubaan pertama buat roti guna mugen bread maker

jom kaknab cerita buat roti dengan mugen bread maker. betapa senangnya buat roti dengan menggunakan bread maker. resepi pun depa bagi, dalam buku menu. setelah ikut arahan dalam menu, jadi la roti cuma tak berapa garing, kaknab guna medium, jadi roti masak tak berapa garing, kita sudah tahu, lain kali bakar guna 'dark' supaya lebih garing. 

mugen bread maker

proses fermentation atau perap yg terakhir
         sebelum bake

45 minit untuk membakar

tak berapa garing kan. ini medium
lain kali guna dark supaya lebih gelap dan garing

±+±++±±+++++++++++++++++++++++

Hari kedua kaknab buat dodol pula. kerana nk try saja kaknab buat setengah saja dari adunan yang menu bagi. Silap kaknab ikut masa yang dia bagi untuk adunan penuh, sedangkan kaknab buat setengah saja, sepatutnya time masak kaknab kena adjust separuh masa, jadi dodol yang kaknab buat overcooked, terlebih masa, jadi garing sikit.

Kalau ikut masa separuh 40 minit ja. kaknab masak sejam 15 minit. apa pun memang sedap dodol jadinya. lain kali dah tahu cara masa masak dodol, boleh buat lagi. memang mudah. gambar tak sempat ambil, talipon battery kong, minta nyawa.

Lepas tu terlupa ambik gambaq sebab sibuk, dodol pun dah habis makan. separuh adunan kaknab timbang dodol yang siap masak beratnya 450 gm. 

16 December 2018

me the latest

ni muka maktok umur 62+ yg original xdak edit edit, xdak make up make up. muka yang lubang lubang dengan bekas parut jerawat. dengan tahi lalat hidup bawah mata dua biji. dengan kedut kedut yang mula meniti diusia emas. alhamdulillah ya Allah aku belum ada lagi penyakit yang kronik, belum perlu makan ubat sebelum dan selepas makan. syukran syukran
 

15 December 2018

aku tukang jahit

baju, seluar, tudung yang kaknab pakai semua jahit sendiri. untung tak jadi tukang jahit. beli hari ini esok pulun jahit. siap boleh pakai. kain semeter 11.00, 4 meter 44.00. tudung pula kain semeter 16.00 kain ni yang elok sedap dan sejuk bila pakai. semeter kain boleh dapat 2 tudung macam ni labuh. kalau nk upah dengan harga kain mau 70-80 ringgit kadang lebih lagi. jom kita jahit.

warna sedondon 

tudung dengan awning kain codoroy

08 December 2018

me the latest

bersiap nak pi akad nikah
nephew di kepala batas

25 November 2018

hotel swiss garden kuantan

selepas menghadiri kenduri kahwin anak saudara suami. kami bermalam di hotel swiss garden kat Balok, Pahang. Balok atas sedikit dari bandar Kuantan.



berehat dekat kolam mandi selepas
sarapan, tunggu nk check out pukul 12.00

berehat sambil tengok cucu mandi

21 November 2018

25 October 2018

Hukum tajwid - nun mati dan tanwin

Ini kaknab ambil dari blog tajwid. Kaknab copy and paste saja. 






23 October 2018

Ujian darah 2018

Kaknab dah dapat keputusan ujian darah.
Kaknab check setahun sekali.


Nampak macam kolesterol agak tinggi sikit,  yang lain semua okay, dok tunggu giliran
Nak jumpa doktor, tengok nanti kena nakan ubat kolesterol tak.

No. Sekarang 4023

No. Kaknab 4034

Ok doktor cakap kaknab tak payah ambil ubat kolesterol tinggi sikit saja, tahun depan datang check lagi. Setahun lambat lagi kan. Yang penting tak payah makan ubat sebab kaknab pun bukan jenis yang rajin makan ubat. Syukur alhamdulillah

15 October 2018

Ujian gula dalam darah

Check lagi hari ni, sebelum pi hospital untuk ujian darah setahun sekali. Hari ni ni bacaan gula 6.3.

Hari rabu 12.7
Hari khamis 8.6
Hari jumaat 7.2
Hari sabtu 6.5
Hari ahad tak check
Hari isnin hari ni 6.3

Turun sebab minum juice peria katak, daunnkari, dan minum air dengan apple cider apple.



Ni masa taip post ni, kaknab di hospital menunggu giliran nak buat ujian darah setahun sekali. Sebab kaknab tak ada apa penyakit, ujian darah dibuat setahun sekali. Semoga ujian kali elok, sebab kaknab dah 62 warga emas, takut juga nanti kena makan ubat kalau ada penyakit.

Tadi nurse check hbp 129/71
Gula dlm darah 5.7

Turun lagi. Tak ujian darah lagi tepat.

14 October 2018

Kalau benang tak lekat jahit kain lycra

Kadang kan kalau jahit kain lycra atau kain yang memeri, benang tak mau lekat atau dia lompat lompat jahitannya. Jangan risau petuanya bungkus tapak mesin dengan celotape. Jarun masih boleh menembusi, jahit seperti biasa, insyaa Allah boleh benang akan elok lekat pada kain.


13 October 2018

Bacaan gula hari ni

Hari ni check lagi. Turun lagi. 6.5 Mungkin kerana daun kari dan minum air dengan apple cider vinegar. 

12 October 2018

Bacaan gula hari ini

Hari ini check lagi gula dalam darah ketika puasa. Ialah 7.2, semalam 8.6. Kira turun lagi, maknanya kaknab mmg dah ada prediebetes, tak dapat bacaan macam dulu 6 kebawah. Kena berjaga sekarang, mencegah lebih baik dari merawat. Kalau dah dapat kena makan ubat pula.

Kaknab masih mengamalkan makan daun kari pagi tghari malam. Minum segelas air  campur dengan secamca apple cider vinegar, pagi dan malam. Tapi semalam makan dukulangsat banyak juga. 


11 October 2018

Bacaan gula dalam darah

Jom kaknab cerita bacaan gula yang kaknab check hari rabu kelmarin. Terkejut juga kaknab, bacaannya 12.7. Tak sempat pula nak ambil gambar, tak pernah sampai ke situ. Kenapa tinggi pula. 

Kaknab ingat kembali hari selasa kaknab buat nasi lemak makan 3 kali, pagi tengahari, petang, minum petang beli pula lopis pulut, putu piring, kuih manis semua ni.  Minum kopi terlebih gula, patut la bacaan naik 12.7

Lalu kaknab cepat cepat pi cari buah peria katak dalam peti ais, kunyah lagu tu saja, dah xrasa pahit walaupun memang pahit, bahana 12.7 punya pasal. Dah tak kisah pahitnya hihi.
Ambik pula daun kari kunyah pula 10 helai, tengah hari kunyah lagi daun kari, malam kunyah lagi. Tapi teh ais dan makanan manis tetap makan juga.

Pagi ni hari khamis check lagi dah turun 8.6
Alhamdulillah. Daun kari dengan peria katak memang cepat turun bacaan gula. Hari ni punya bacaan sempat ambil gambar.

Jadi daun kari memang baik untuk menurunkan gula. Ni daun kari pokok rumah suami tanam.


05 October 2018

Lutut meletup 'pop' ketika sujud

Umur ku sudah 62 tahun. Sekarang ni tiap kali nak sujud ketika turunkan lutut dulu akan ada bunyi 'pop' kira lutut meletup la tu tapi tak la sakit. Bunyi macam kalau kita kepak jari, orang suka kepak jari kan barangkali depa suka bunyi pop tu. Tapi aku paling  tak suka kepak jari. Tak ada letup letup tu.

Aku goggle cari info, bunyi letup kat lutut tu tak apa kalau tak sakit, kalau sakit boleh ambil supplement glucosamine.

Biasa la kalau dah berumur dah masuk warga emas boleh masuk gang meletup ketika solat. Ruku' meletup, sujud meletup.
Apa pun syukur ya Allah masih boleh solat berdiri dengan sempurna

±++±±++++++++++++++++++++++++++++++++

rupanya yang meletup tu bukan lutut tapi jari kaki kalau nk turun sujud masa lipat kaki tu meletup, pop, hehe. ingat lutut. kalau lutut payah la noooh. sib baik lagi la tu.

25 September 2018

Its me year by year

Just to update how Im ageing. ok





23 September 2018

Kuih sago kukus

Kuih abok abok ni kami di penang panggil kuih intan bertaboq, tak tau pasai apa orang panggil intan bertaboq. 

Kalau banyak selalunya kaknab kacau dalam periuk. Dah lah buat sikit kalau  nak kacau dalam buat kerak ja nk dapat banyak mana.

Jom kita tengok resepinya dan macam mana nak kukus

1 cawan sagu kecik
Sedikit pencelup merah
4 camca gula
Kelapa parut + sedikit garam. Kukus supaya tak cepat basi. 

Caranya
Sagu direndam dengan air, tak usah banyak, cukup bagi sagu tenggelam, pencelup merah, gula, biar gula hancur. Rendam selama 15 atau pencelup merah mesra dengan sagu.

Kukus dengan cawan pelastik  sehingga sagu jernih maknanya masak elok la tu.

Dah masak cungkil dari acuan gaul dengan kelapa. Siap

Kalau dah masak jadi macam ni.


16 September 2018

Admit kpj kelang

Hari ni kami berkampung di bilik 326. Anak pompuan kaknab keguguran kena admit dua hari kat kpj kelang.



18 August 2018

Bab ubat sapu cream ointment dan lotion

Kaknab google cari info ubat terjumpa link ni says.com.my. kaknab just copypaste untuk rujukan kaknab dan kita kongsi bersama. Terima kasih kepada empunya blog ni. Yang kat bawah banyak banyak iklan abaikan ja sebab kaknab dah cuba buang tapi xpandai bab html ni. Hihi. Iklan pun masuk sekali.








  • Jangan Terus Sapu Pada Kulit, Ketahui Kegunaan Sebenar 6 Jenis Ubat Krim Ini Di Pasaran

    BY FAISZA ROSLAN — 08 SEP 2017
    Jangan beli ikut suka saja ya.
    Cover image via Ubat Penyakit Kulit
    • Terdapat pelbagai jenis krim dan ubat yang boleh diperolehi di farmasi untuk merawat penyakit berkaitan kulit tanpa perlu merujuk doktor terlebih dahulu

      • E560
        Image viaUbat Penyakit Kulit
      • Namun, permasalahan berkaitan kulit seperti ekzema, panau, gatal-gatal, kurap mahupun kudis seharusnya dirawat dengan menggunakan ubat yang betul untuk mengelakkan ia bertambah mudarat.

        "Jangan berguru dengan Google Image semata-mata."

        Inilah pesan Dr. Khairul Faizie Mohammad Kamarmelalui post beliau di Facebook yang menerangkan serba sedikit berkenaan krim yang mudah kita dapati di farmasi. Post bertarikh 15 Julai itu telah mendapat lebih 56 ribu shares.

        Baca perkongsian penuh beliau di bawah dan kenali jenis krim yang bersesuai dengan masalah yang anda hadapi:
      • Secara jujurnya, jangan sewenang-wenangnya pergi beli di farmasi sebarang jenis krim. Dapatkan nasihat doktor.

        Anda wajib tahu apa yang anda sapu pada kulit anda. Anda ada tanggungjawab dan amanah atas tubuh badan yang Allah pinjamkan ini.

        Saya kongsikan secara mudah, tentang jenis jenis ubat krim yang anda biasa dapat kalau jumpa doktor atau pergi farmasi.

        Krim-krim ini pula sebenarnya disediakan oleh syarikat ubat dalam beberapa persediaan. Kita panggil 'krim', tapi ada beberapa persediaan krim ini, iaitu:

        1. OINTMENT : Ianya oil-based. Sebab ia asas minyak, maka ia melekat lebih bagus (lama) pada kulit, dan lebih kuat kesannya pada kulit (more potent). Kita gunakan 'krim' jenis ointment ini pada kawasan kulit yang dah menebal dan kasar sebab kesan selalu garu dan bergesel (lichenified skin area). Rujuk gambar utk faham kulit yang sudah lichenified.

        2. CREAM : Ianya water-based. Sebab ia asas air, ia kurang potent berbanding ointment. Kita sapu cream ini di kawasan yang less lichenified atau kawasan kulit sensitif seperti kulit muka.

        3. LOTION / GEL : Kita sapu krim asas lotion / gel ini pada kawasan yang berbulu , juga di kawasan lipatan (intertriginious area) seperti kawasan ketiak, kelengkang, kawasan anus atau kemaluan, di bawah lipatan breast.

        Jadi, bila dapat 'krim', tengok persediaannya, adakah ianya cream, ointment atau lotion.
      • B20b
        Lichenified skin
        Image viaHealthtool
    • Senarai 6 jenis krim untuk kulit yang terdapat di farmasi:

      • 1. Steriod Cream (Nama saintifik berakhir dengan " SONE")

        • Secara umumnya digunakan untuk merawat keradangan (inflammation) pada kulit. Contoh paling tipikal untuk merawat eczema. Bagaimana nak tahu steroid cream?

          Perhatikan nama saintifik cream itu (bukan brand name). Nama saintifiknya berakhir dengan " SONE". Contoh: Hydrocortisone, Clobetasone, Mometasone, Fluticasone, Betamethasone.

          Krim steroid ini ada kelasnya. Kelas satu paling kurang power, dan makin tinggi kelas, makin power (potent) lah ia. Rujuk gambar untuk kenali kelas-kelas krim steroid ini. Tak boleh semberono korang tepek steroid krim tanpa tahu kelas. Sebabnya? Utk kelas yg potency tinggi, tak sesuai di sapu di kawasan yg sensitif seperti kulit muka /kawasan kulit yg dah menipis. Nanti kuli dpt komplikasi.

          Krim-krim steroid juga secara umumnya tak boleh disapu secara berterusan untuk terlalu lama. Lama tu maksudnya lebih 2 minggu. Untuk kes-kes allergic /eczema yang kronik, doktor mungkin mulakan rawatan steroid cream/ ointment guna kelas paling potent untuk 5 hari, kemudian diikuti dengan yang less potent untuk seminggu berikutnya.

          Apa komplikasi tepek steroid cream terlalu lama (prolonged used on skin)? Antaranya kulit akan menipis, rosak (atrophy), kulit hilang pigmen (hypopigmentation), kulit itu jadi alah pula pada krim yang disapu (allergic reaction), meninggikan risiko jangkitan (infection), dan kalau di sapu di kawasan yang besar, ada risiko sapuan krim steroid luaran itu diserap dalam badan (systemic absorption).
        • 6375
          Contoh krim steroid
          Image viaIndiaMART
      • 2. Anti-fungal Cream (Nama saintifik berakhir dengan "ZOLE")

        • Kita gunakan untuk rawat jangkitan fungus (kulat). Jangkitan kulat ni orang Melayu panggil kurap / kulat air. Panau itu pun sebenarnya ialah jangkitan kulat. Bagaimana nak kenal anti fungal cream?

          Perhatikan nama saintifik cream itu, berakhir dengan "ZOLE". Contoh: Miconazole, Clotrimazole, Econazole, Ketoconazole, Fluconazole.
          Dan ada satu jenis anti-fungal krim yg nama saintifiknya Terbinafine (brand name Lamisil).

          Rujuk gambar untuk tengok contoh-contoh anti-fungal yang biasa di pasaran Malaysia.
        • 7ba6
          Contoh krim anti-fungal.
          Image viaMIMS
        • 635c
          Image viaTissue Pharma
      • 3. Antibiotic Cream (Nama saintifik kebanyakannya berakhir dengan "IN")

        • Kita gunakan untuk rawat jangkitan bakteria pada kulit. Ada pelbagai jenis jangkitan bakteria, dan pelbagai rupanya. So biarlah kerja men'diagnosed' itu doktor yang buat. Penat dia belajar, korang tak payah susah-payah main agak-agak tengok imej Google. :P

          Bukan apa, skin condition ni perlukan ilmu dan latihan mata yang tajam. Doktor yang berpengalaman pun kadangkala buat silap masa diagnose.

          Bagaimana nak kenal antibiotic krim? Perhatikan nama saintifik cream itu, kebanyakannya berakhir dengan " IN". Contohnya: Gentamicin, Fucidin, Neomycin, Mupirocin.
        • 2803
          Contoh krim antibiotik.
          Image viaYaoota
      • 4. Combination of cream

        • Krim dalam jenis keempat ini ialah kombinasi antara 3 jenis krim di atas. Contoh kombinasi yang biasa kita jumpa:

          1. Steroid cream + Antibiotic cream
          2. Anti-fungal cream + Steroid cream

          Bila kita perlu guna krim 2 in 1 ini?
          Or sometimes ada yang 3 in 1 (kombinasi antibiotic + steroid + anti fungal).
          Rujuk gambar untuk contoh.

          Bila ada komplikasi dari jangkitan asal. Contohnya kita kena kurap (fungal infection). Kita garu dan garu, punya syok garu sampai luka kulit. Kuku kita bukan sterile, bawah kuku banyak bakteria. Lepas seminggu kurap kita luka, kurap kita dapat jangkitan bakteria. So dalam kes ini, kita guna krim anti-fungal + antibiotic/steroid.

          Ataupun kita ada eczema yang kronik. Garu punya garu sampai luka lepas itu infected. So kita kena sapu krim steroid + antibiotic.
        • 29b1
          Krim steroid + krim antibiotik.
          Image viaScience of Acne
        • 150c
          Krim anti-fungal + krim steroid.
          Image viaMIMS
        • 5497
          Krim 3 in 1.
          Image viaibrandcare
      • 5. Anti-virus Cream

        • Krim jenis ni untuk jangkitan virus. Paling mudah nak faham, kalau kena chicken pox atau kayap. Kedua-dua penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus. Selain kena ambik ubat oral, sapuan krim anti-virus pun perlu.

          Sebab jarang krim ini digunakan secara meluas (berbanding 4 jenis krim di atas), maka saya tak menulis dengan lanjut tentang krim anti-virus ini.
        • 2f82
          Contoh krim anti-virus.
          Image viaMIMS
      • 6. Moisturising Cream

        • Okay, krim ini sangat-sangat penting. Walaupun ianya hanyalah krim pelembab, namun ia memainkan peranan penting dalam rawatan.

          Contoh paling klasik ialah pesakit chronic eczema. Kulit pesakit eczema akan kering. Kering sebab cycle penyakit itu sendiri, kering sebab kesan sapu ubat steroid. Kulit yang kering akan gatal. Jadinya, perlu sapu krim pelembab setiap hari. Krim pelembab boleh disapu setiap hari untuk tempoh yg lama, Insya Allah no problem (tak macam krim steroid).

          Kita sarankan untuk mereka yang ada eczema, sapu lah krim pelembab setiap malam sebelum tidur. Boleh juga dicampur dengan steroid cream dalam nisbah tertentu (50%-50%, 60%-40%, etc) bergantung pada rawatan doktor.

          Krim pelembab yang bagus antaranya brand Cetaphil. Cetaphil ini juga ada dalam bentuk mandian. Cakap pasal mandi, untuk orang yang kulitnya ada eczema/sensitive skin, hati-hati guna sabun mandi yang berubat. Contohnya Dettol atau Protex, sebab chemical dari sabun-sabun ini boleh membuang lapisan minyak dan lemak pada kulit, so end up kulit akan kering. So gunakan mandian yang ada moisturizer macam Cetaphil atau Dove.

          Untuk kulit yang super sensitive juga, kita advised untuk jangan lap badan terlalu kuat dengan towel. Tinggalkan sikit basah-basah/kelembapan pada kawasan kulit terlibat, dan selepas itu sapu krim pelembab untuk maintain kelembapan area terbabit.
        • 788a
          Image viaYoubeli
        • 25c7
          Image viaTERAPEAK
        • So, please kenal krim yang anda gunakan. Jangan kenal krim based on color. Contohnya, " Saya nak krim warna putih tu ". Hampir semua krim warna putih! Ataupun beli krim yang TIADA LABEL.

          Zaman dulu ya doktor/farmasi re-pack krim dalam bekas bulat leper. Zaman sekarang, make sure beli krim yang dalam bentuk tiub macam ubat gigi tu. Kalau re-pack sekalipun, anda berhak tahu kandungan krim itu (mesti ada label).

          Jangan main hentam sapu krim orang lain kat badan anda. Orang tu "serasi " sapu krim tu, awak pun tepek kat badan awak. Padahal orang tu ada eczema, tapi awak ada kurap.

          Again, jangan berguru dengan imej di Google semata-mata.
      • LIKE Facebook dan follow TwitterSAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

        • Menjadi seorang doktor bukanlah suatu pekerjaan yang mudah

        Leave a comment