ads

29 July 2009

kek pisang


ni kek pisang yang kaknab baru je buat.

resepinya:


2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula
3 biji telur
1 camca makan baking powder
1 camca makan soda bicabornate
1 camteh esen vanilla
6 biji pisang (emas atau rastali)

cara2nya
ayakkan tepung, baking powder dan soda bikabonate sebanyak 3 kali. ketepikan.
lenyek pisang hingga hancur, ketepikan
dalam bekas lain pukul gula, telur dan minyak dan esen vanilla hingga kembang, masukkan pisang yang sudah dilenyek tadi dan pukul lagi hingga kembang. masukkan
tepung sedikit sedikit, kemudian bakar.

28 July 2009

just for fun

ni mata hantu ke atau mata orang???


27 July 2009

SLEEPING BEAUTY

SIPUT

siput yang sudah siap direbus
ini ialah siput yang kaknab kutip semasa pi memancing di tepi laut. kami panggil siput pahit, xlah pahit tapi manis entah kanapa orang panggil siput pahit. nak makan kena korek isinya menggunakan pin, memang sedap, boleh di makan begitu saja dengan sos cili tapi kaknab campur dengan kerabu. orang2 yang tinggal tepi laut memang tahu siput ni, sebab xramai yang pandai makan maka banyaklah siput ni melekat kat batu2 xade orang ambil.>

FISH N CHIPS

semalam kaknab buat fish n chip untuk keluarga

nilah resepinya untuk dikongsi bersama

2 keping isi ikan (fillet) kaknab guna ikan sebelah
Air perahan limau atau lemon (kaknab guna limau kasturi sebab wangi)
garam
pepper
untuk batter:
1 cawan tepung
1/2 cawan tepung jagung
2 ulas bawang putih
pepper
garam
ais ataupun air sejuk (betul2 sejuk)
sebiji telur
minyak untuk menggoreng
untuk hiasan:
daun salad, tomato, kentang goreng, sos thousand island , sos cili ( apa- apa sos) baked bean

Cara-cara
ikan dibersihkan dan lap sampai kering dengan tuala dapur yg bersih ataupun kertas tisu dapur
perahkan lemon.kemudian masukkan garam dan pepper secukup rasa.gaul ikan dengan rata.perap lebih kurang 15- 30 minit
dalam mangkuk lain, masukkan semua bahan- bahan untuk batter kecuali ais.satukan sebati.masukkan ais seketul demi seketul sampailah menghasilkan batter yg tidak berapa pekat dan tidak berapa cair.lebh kurang macam buat cekodok, cuma cair sikit.boleh salut ikan kira ok lah tuh.( sediakan batter sejuk untuk menghasilkan tepung salut yg rangup.oleh itu batter haruslah disediakan bila dh sedia untuk goreng ikan)
panaskan minyak.ambil ikan yg diperap tadi dan celupkan ke dalam batter tadi.bila minyak dah betul2 panas, gorengkan ikan tadi sampai kekuningan.tidak perlu lama sangat sebab ikan tadi dah separuh masak akibat tindakan asid limau atau lemon tadi.
sedia untuk dihidangkan.untuk hiasan ambil salad, susun atas pinggan.letakkan ikan y telah digoreng ke atasnya.ambil sebiji tomato,buang isi dalamnya dan isikan dengan sos kegemaran anda. Hiasan seperti gambar di atas. Kentang goring, baked bean, salad, tomatom sos cili dan thousand island sos. Satu hidangan yang balance diet.
siap untuk dimakan.selamat mencuba.


24 July 2009

ayam hitam manis


tadi ada kelas memasak kat perkep spt, ayam hitam manis, sedap lah juga, ni kaknab bagi resepi untuk berkongsi bersama

1 ekor ayam
2 cawan cili kering kisar
5 labu bawang besar (di potong bulat)
8 ulas bawang putih
3 cm halia, (ditumbuk lumat bersama bawan putih)
3 btg serai, diketuk
5 biji tomato (di potong dadu kecil2)
1/4 cawan air asam jawa
4 sudu besar kicap pekat
garam dan gula
minyak untuk menumis dan menggoreng.


cara-caranya



basuh ayam dan perap dengan kicap selama 1 jam. kemudian goreng ayam (deep frying)
bahan perapan ketepikan.
panaskan minyak tumiskan serai, bawang besar, bawang putih+halia, hingga naik bau.
kemudian masukkan cili kisar , masak hingga garing, masukkan air asam jawa, garam, gula dan air perapan tadi,bila sudah betul2 garing masukkan tomato yang dipotong dadu tadi, biar ia masak agak pekat, kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi, kacau hingga sebati dan bepalut. okay siap dah ayam hitam manis, boleh cuba.

sayur apa ni?

sayur yang dah siap dimasak. masak simple saja, tumis air, rasanya memang sedap dan manis, lebih sedap dari sayur bayam, xpayah bubuh msg.





dia lebih kurang macam sayur bayam, tapi di ambil hanya pucuk macam sayur kangkung atau cekur manis,

21 July 2009

menu hari ni


ni lauk yang kaknab masak hari ni. kelam kabut masak sebab nak menjahit lah pula. gulai ikan pari, sayur kacang, ikan goreng, sambal tempoyak dan ulam petai.

13 July 2009

langsir semua hijau



sarung cusyen pun hijau


x sempat nak tunggu raya siap saja langsir hijau terus pasang

07 July 2009

gila pancing la pulok

3 minggu berturut2 kami sekeluarga pi memancing, tapi kaknab xpandai pakai fishing rod, so kaknab pakai yang helikopter je, pusing pusing baling dalam laut, mula-mula lokasinya bawah jembatan pulau pinang, kaknab pun dapat sekor ikan jenahaq, amboi tu pun seronok. kali kedua pula mmancing kat titi telok kumbaq, dapat ikan sembilang sekor, pun seronok juga, pastu pi lagi kat titi telok kumbaq dapat sekor sembilang juga tapi malangnya, anak kaknab yang sulung, terkena duri ikan sembilang semasa nak potong durinya dengan rangkum, sib baik tak melarat kaki dia cuma bengkak sikit je. tiap tiap kali kami pi malam duduk tepi laut sampai pukul 3 pagi, memang best lah, masa berjalan pun xsedar, minggu ni plan nak pi telok bahang pula