Showing posts with label Hotel Swiss garden. Show all posts
Showing posts with label Hotel Swiss garden. Show all posts

27 November 2019

Siput remis - swiss garden lumut



Hari sabtu 23/11/19. Kaknab menginap hotel swiss garden lumut. Ramainya orang sebab cuti sekolah dah bermula. Ramai bawa anak2 mandi kolam di hotel. Budak budak memang enjoy dengan kolam yang dilengkapi dengan gelongsor air, air terjun buatan dan macam2 lagi.

Kaknab yang maktok maktok ni pula sibuk cari siput remis di pantai dekat hotel swiss.
Banyak betul kali ni dapat, dekat 6 kilo. Bawa balik rebus perisi pula nak bagi tahan lama sikit.

Cucu memang enjoy main gelonsor air. Hari Ahad lagi satu cucu yang dok lunut mai pula. Apa lagi seronok la 3 orang cucu main air.
















13 February 2019

Swiss garden lumut (sambungan)

Hari kedua di hotel swiss garden lumut, selepas breakfast terus pi pantai untuk mencari remis. Air laut tak berapa surut sampai maximum. Remis tak berapa ada. Tidak putus asa masih mengorek pasir.

Lebih kurang pukul 10.00 air surut banyak. Siput remis pun start ada. Sekali korek pasir 2-3 ekor dapat.  Memang enjoy sangat.

Suami tengok jam pukul 10.45 pagi dah. Nak check out pukul 12.00 tengahari. Alamak lagi nak balik lagi banyak siput pula. Kalau mula korek 2-3 ekor dapat kali ni 4-5 ekor pulak.

Pukul 11.15 berhenti korek. Basuh badan buang pasir yang melekat. Balik bilik kemas beg beg dah nak check out. 

Sekilo lebih remis yang dapat

Melepok atas pasir cari remis


Balik runah terus masak tumis air dengan serai.

11 February 2019

Menginap hotel swiss garden lumut

Semasa post  entry ni kaknab berada di bilik 144 hotel swiss garden lumut. Ini lah kali kedua kaknab di sini. 

Kali pertama anak bawa pada tahun 2012 bulan feb. Kali ni 2019 pun bulan feb juga.
Kaknab booking melalui agoda.com. bilik ni harga asal 700 setelah discount 75% jadi 175 + breakfast + service tax semua sekali rm212. Memang berbaloi.

Masa kaknab datang dulu banyak dapat siput remis bila kaknab korek. Tadi petang cuba korek tak dapat sekor pun. Remis banyak kalau air surut. Tadi air pasang. Nanti esok pagi kaknab akan cuba sekali lagi bila air surut.









Tak pakai kasut sbb blk dari pantai

Tak pakai kasut sbb blk dari pantai


Me the latest