ads

26 December 2009

kueh kosui ke kueh lompang


apa apa je lah, ada yang panggil kueh kosui, ada yang panggil kueh lompang, kaknab memang panggil kueh kosui, semalam pi market beli acuan mangkuk kecik kecik comel ni lah buat kueh kosui ni.  my favourite

bahan bahannya

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi kayu
5 1/2 cawan air
1 cawan gula merah
3 camca gula halus
3 cambesar air kapur
sedikit garam
kelapa

masak gula merah dengan gula putih  dengan 5 1/2 air sampai gula hancur, sejukkan. dah sejuk bancuh dengan tepung beras dan tepung ubi kayu, biar ia sebati dan tidak berketul ,masukkan air kapur, kemudian panaskan acuan, bila dah panas tuang bancuhan tepung tadi kukus selama 10 minit . dah siap, hidang dengan kelapa.

25 December 2009

roti canai


dalca sayur

pagi ni bersarapan roti canai, kalau nak beli mau 10 biji.so kaknab buat setengah kilo tepung saja dapat lah 11 biji., makand dengan dalca sayur, sebab dalam peti ais xada apa, daging/ayam xade so buat dalca sayur je, masukkan cube ayam, jadi lah rasa lah ayam hehehe.

bahan bahannya

500 gm tepung gandum
3 cambesar susu pekat manis
1 cambesar margarine atau butter
sedikit garam
air
1 biji telur
margarine secukupnya untuk menyalut douh yang sudah dibulatkan


cara caranya
1. campurkan semua bahan di atas kecuali air, biar semua bahan sebati, kemudian masukkan air secukupnya uli hingga jadi douh yang lembut, bila dah jadi doh, uli 5 minit rehat 10 minit, ulang proses ini sebanyak 3 kali. kaknab guna timer handphone, senang, bunyi je, uli, hahahaha. lawak betui. bila dah selesai proses uli 3 kali itu, buat  bulat amggaram 80 grm gitu, salut dengan margarine simpan lebih 3 jam atau lebih, kaknab simpan agak lama juga sebab uli pukul 11 malam pagi baru buat. tebarkan douh bulat tadi buat seperti gambar pertama, simpan dulu 10 minit, apabila hendak memasak baru lah tekan supaya nipis dengan tangan dan masak di atas api yang perlahan hingga kekuningan

24 December 2009

kueh pau inti kelapa

hari ni pula kaknab buat kueh pau inti kelapa untuk sarapan pagi. kueh pau kaknab ada yang elok ada yang kerememot, bila dah masak kaknab buka je tudung periuk kukus tu terus dia keremot macam ni

pas tu kaknab ada satu idea, bila dah masak kaknab tutup api, xbuka lagi tudung periuk, kaknab biar ia di atas loyang pengukus lepas tu baru kaknab angkat. baru lah dia elok macam ni


sebab jarang jarang buat kueh ni, xberapa pakar, nanti kena buat selalu baru lah terer sikit hehehehe

bahulu rendang @ cucuq kembung


semalam kaknab buat bahulu rendang. pernah x dengar atau makan kueh ni, ada panggil cucuq kembung, orang tanjung tokong panggil bahulu rendang, dulu masa kaknab kecik kecik jual kueh ni, masa jaja pun sebut bahulu rendang, ini ialah kueh kegemaran anak anak kaknab masa depa kecik kecik dulu. kaknab pun lama dah xbuat.kueh ni simple je buatnya.

bahan bahan nya

500 gm tepung gandum
1 cawan gula
2 cambesar margarine atau minyak jagung
1 biji telur
3/4camca besar bicarbonate soda
1/2 cam teh baking powder
air secukupnya.

ayak tepung dengan soda dan baking powder. dalam mangkuk lain, pukul gula margarin dan telur sampai kembang,  masukkan adunan telur ke dalam tepung, tuang air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi dough yang lembut. biar sekejap selama 30 minit, kemudian canai agak2 1/2 nipis, potong ikut suka, kemudian goreng dalam minyak yang penuh, ia akan mengelembung, macam gambar di atas

21 December 2009

roti inti apple

hari ni buat roti inti apple, resepi ni kaknab ambik dari blog mat gebu, terima kasih mat, walaupun roti kaknab xsecantik yang mat buat, tapi rasa memang sodap, lembut gitu. terima kasih mat kerna kongsi resepi. roti ni bolehlah kaknab buat untuk berbuka puasa, kaknab posa sunat hari ni.



resepi boleh ambik di sini http://tiffinbiru.blogspot.com/2009/03/roti-inti-epal.html

20 December 2009

kari kepala ikan

jam baru pukul 9.30 pagi, tapi dah siap masak kari kepala ikan untuk makan tengah hari, pulun masak awal sebab nak jait, kejap lagi pukul 10.00 baru masuk pejabat hahahaha, bapa dan mak kaknab ada kat sini, sebab bapa sakit xboleh bangun selepas jatuh sebulan yang lalu, sian dia, umur dah 90 sebab xade penyakit lain, mungkin itu penyebab untuk jatuh sakit, xboleh berjalan, tapi pinggang xpatah, so kaknab dok ajar dia jalan perlahan perlahan tapi kena pimpin dia, manalah tau boleh baik dan jalan seperti biasa mudah2an insyallah.

hari ni hari ahad ada yang masih berehat di atas katil, maklumlah cuti. tapi pejabat kaknab xtentu masa, kadang orang rehat kita kerja, orang kerja kita rehat, time sendiri. I'm the boss, hehehe. ni luangkan masa sekejab kat pc ni, addict, mana boleh xsurf internet, kalau xpegang keyboard ni xsah lah.

19 December 2009

kek pisang lagi

baru je buat kek pisang, tadi pi jusco beli pisang montel, tiba tiba teringat nak buat kek, yang paling senang dan cepat kek pisang lah hehehe. ni lah kek pisang ku.


kek pisang ni memang paling mudah kalau xcaya tengok ni.

2 cawan tepung
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung
2 biji pisang montel (kalau pisang emas 6 biji)
1 camteh baking powder
1 camteh bicarbonate soda
essence vanilla
3 biji telur

tepung, bikabornate soda dan baking powder di ayak sebanyak 3 kali. dalam mangkuk lain masukkan gula, telur dan minyak di pukul hingga kembang, masukkan pisang, essence vanilla, kacau lagi, masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau hingga semua sebati dan bakar 190 deg selama 45 minit.

17 December 2009

nasi briani penang dan kari ayam kapitan


nasi gambar dekat



hari ni masak special sikit untuk anak2 dan suami, tapi sayang 2 orang anakku jauh sikit sorang kat spetani, sorang lagi kat shah alam, huhuhu xapelah nanti lain kali mak masak lagi naaaa

nasi briani ni lauknya masak ayam kari kapitan




ayam kari kapitan ni lain sikit dari kari ayam biasa, memang sedap. jom kita tengok resepinya


untuk di mesin sekali

15 biji cili merah 
1 cam teh serbuk jintan manis
1 cam teh serbuk jintan putih
1/2 camteh serbuk sajira
1 inci halia
4 batang serai (dipotong nipis)
5-6 biji buah keras (ditumbuk dulu)
5-6 badam (ditumbuk dulu)
10 biji gajus (ditumbuk dulu)
 15 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 biji tomato 


ayam 1 ekor potong ikut suka
2 cawan santan
garam secukup rasa
minyak
4 sekawan (lawang cengkih, kkmanis, buah pelaga)
2 labu bawang besar (dipotong dadu)
sehelai daun pandan
daun pudina
bawang goreng



caranya:.
1) panaskan minyak tumiskan daun pandan, bawang besar, hingga kuning, masukkan penumis  4 sekawan, biar garing dan wangi, masukkan daun pudina
2) masuk rempah2 yang dimesin tadi, masak hingga garing dan wangi, masukkan ayam, kacau selama 10 minit, kemudian masukkan santan,  garam secukup rasa. bila ayam betul2 empuk dan lembut baru angkat.


muffin kelapa



selalu buat muffin guna tepung premix, iaitu tepung yang dah dicampur,kita cuma masukkan telur dan minyak je, so hari ni try buat adunan sendiri, main try try kalau jadi best, kalau xjadi bagi kat cikpah(tong sampah) je, bila dah siap, amboi merekah eloklah muffin kaknab, kira okay lah kalau nak buat jual pun xbanyak modal, kalau beli tepung muffin premix agak mahal juga.

bahan bahannya:

200 gm  tepung naik sendiri
200 gm tepung gandum
250 ml minyak jagung
250 gm gula halus
1/2 sudu teh garam halus
2 cambesar susu tepung (campurkan dengan 6 camca air)
25 gm dessicated coconut
essence vanilla
5 biji telur

cara caranya: - telur, gula dan minyak dipukul hingga kembang, masukkan tepung gandum, tepung naik sendiri, garam, pukul lagi, kelapa kering, masukkan susu tepung, kacau hingga adunan licin. kemudian pipe kan ke dalam acuan, jangan bubuh penuh sangat agak agak 3/4 penuh je, bakar dengan api 190 selama 25 minit.

15 December 2009

roti bun kaya pandan


teringat nak buat roti pula hari ni, untuk makan petang, pi dapur tengok tepung roti ada lagi 300 gm saja lagi, bolehlah tu kalau buat roti bun dapat lah 10 biji, bila dah siap dapat 11biji. anak anak makan tinggal lagi 3 biji bolehlah simpan untuk suami bila dia pulang dari kerja nanti. resepi ni kaknab ambik dari blog mat gebu, sebab ambik dari mat gebu,roti memang gebu for sure. hehehe, mat masukkan santan, tapi kaknab xdak santan so kaknab xmasuklah. terima kasih mat kerana kongsi  resepi ni.

300 gm tepung roti
50 gm gula halus
6 gm instant yeast
1 camteh susu tepung
1 biji telur
3/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softener (yang ni mat xboh saja kaknab boh)
sedikit garam
30 gm butter
air sejuk secukupnya.
pandan paste

kaknab buat roti senang je, campurkan semuanya, kemudian masukkan kedalam mixer guna mixer roti, campurkan air sedikit demi sedikit takut nanti terlebih air jadi lembik pula, biar dia pusing sampai jadi doh yang lembut.. simpan selama  45 minit, bila dah naik tumbuk tumbukan doh untuk buang angin, kemudian uli sekejap dan bulatkan agak2 seberat 35 gm, bubuh sekaya  tutup elok2 seperti buat kueh pau, letak ke dalam loyang, sapukan sedikit air ke atas roti taburkan dessicted coconut, tunggu  45 minit, bila dah naik bakar dengan api 190c selama 2 minit.

13 December 2009

capati




pagi ni bersarapan dengan capati, dengan gulai ayam, kaknab xade lah pandai buat capati, selalu dok buat keras entah kenapa, so hari ni try lagi, buat macam tu, lembut lah juga , kira okay lah untuk kita yang jarang jarang buat, sebab bukan makanan  kita, sekali sekala bolehlah.

250 gm tepung atta
2 cambesar margarine atau minyak sapi
air suam
sedikit garam

gaul tepung atta dengan margarine, masukkan garam dan air, uli hingga jadi doh, perap tutup dengan kain basah selama 30 minit, kemudian bulat bulatkan canai dan masak dengan non stick kuali, alih alihkan sekali sekala, pedap pedap dengan tuala bagi dia mengelembung sikit. okay siap

12 December 2009

kueh samperit




kueh samperit ialah kueh lama, kaknab mula mula buat kueh ni masa kaknab tingkatan 2 lagi tahun 1971. dulu kalau buat kueh ni memang kelas lah, masa tu kueh samperit adalah kueh yang terbaru, dulu dulu kecik kecik dah kena masak, jadi kaknab masa darjah 6 dah pandai buat kueh pau, mak kaknab buat kueh jual, jadi banyak jenis kueh yang kaknab tahu sebab tengok mak buat. budak budak la ni, dapur pun malas nak masuk, tapi anak2 kaknab xmacam tu memang dah dilatih masuk ke dapur, anak kaknab yang kedua herdawati memang rajin masak memasak, yang lagi satu  pula keje dia goreng ikan buat sayur, yang lain, dia xnak buat takut xsedap,  tapi at least kena juga buat kerja dapur, sebab itu kan kerja orang pompuan. ini ialah resepi kueh samperit yang selalu kaknab buat, simple tapi nice.

1 cawan tepung gandum
tepung jagung (ikut kelembutan doh, masukkan sampai doh lembut)
250 gm butter
180 gm gula
buah cherry
6 biji telur kuning
essence vanilla

pukul telur dengan butter hingga putih, masukkan tepung gandum, kacau lagi, masukkan tepung jagung, secukupnya hingga adunan boleh jadi doh yang lembut, jadi tepung jagung, kaknab xade sukatan boh saja ikut takat mana dia lembut. doh jangan keras nanti bila nak tekan, lama lama adunan ni nanti sedikit keras memang susah nak tekan. bila dah siap tekan dengan acuan bunga cina hias dengan cherry dan bakar.
jangan guna baking powder nanti dia kembang hilang kelopak bunga. lagi satu gula jangan lebih, nanti rongga di bawah.

bun raisin



salam semua, kaknab ni memang xberapa pandai buat roti, inilah kali kedua kaknab buat roti bun, kali pertama, keras penyet, kaknab ingat  xyah uli teruk teruk sebab dah ada yeast, uli sekejap sampai adunan sebati peram sekejap pastu bakar, haa ambik habuan hang roti xnaik hahaha. so malam ni buat lagi sekali bun raisin atau bun kismis, tadi pi beli tepung roti, bread improver, bread softener, tengok cam mana roti kaknab malam ni. suspense, ni ialah gambar roti yang di perap sekejap belum bakar lagi



 
roti dah di bakar, amboi naik melembong


                                      texture yang lembut dan gebu.


jom tengok resepi

700 gm tepung roti
100 gula halus
11 gm instant yeast
sedikit garam
sebiji telur
70 gm butter atau minyak jagung
35 ml susu cair
1/2 camteh bread imrover
1/2 camteh bread softener
air 350 ml - tuang sikit sikit dulu takut terlajak nanti lembik

1. gaulkan yeast dengan tepung, kemudian, masukkan gula, telor, garam, susu cair bread improver dansoftener, masukkan air sedikit demi sedikit  uli hingga kental,

2. masukkan butter uli lagi biar adunan betul betul lembut, uli selama 15 minit, kemudian perap dalam mangkuk dengan menutup dengan tuala basah selama 20 minit. bila dah naik, tumbuk tumbuk bagi angin keluar, kemudian bulat kan seberat 60 gm, atus ke dalam loyang, simpan dulu selama 20 minit -3 0 minit biar bola bola tu double size, kemudian bakar api 190c selama 10=15 atau kekuningan. siap boleh makan

11 December 2009

BENGKANG GANDUNM @ KUEH BAKAR

orang penang panggil bengkang gandum tapi orang selatan panggil kueh bakar, ini ada cerita tentang kueh ni, masa kaknab mula mula kahwin dulu, balik rumah mil, dia cakap "nab nanti kita buat kueh bakar". dalam hati kaknab dok ingat kueh bangkit, so pi cakap kat husband mak nak buat kueh bangkit, dia kata, betul ke, tahu ke dia buat, kaknab kata mestilah dia tahu sebab tu dia nak buat. so kaknab pun tengok dia bancuh tepung, eh, awat tepung dia cair pula, mak kaknab buat kueh bangkit lain, bila dah siap dia pun bakar, oooh rupanya bengkang gandum, mati mati aku ingat kueh bangkit. hehehe

                               ni lah bengkang kaknab.dah siap dibakar

di potong untuk hidangan

resepi dia simple sangat

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh kurang kau xmau manis sangat)
2 cawan santan
1 cawan air daun pandan
sedikit garam
2 biji telur

bancuh semua bahan di atas, kaknab blend saja semua, tapis dan terus bakar. dengan menggunakan periuk bengkang dengan api yang perlahan, selama 1 jam 20 minit. api jangan kuat sangat nanti cepat hangit dan berkerak.

10 December 2009

bahulu oh bahulu

bahulu yang dah masak
                                                                         bahulu dalam oven

dulu dulu kalau buat bahulu secara traditional iaitu bakar dengan api atas bawah memang sedap hingga xterkata,  bakar dengan oven moden kaknab xpernah buat lagi, so semalam trylah bakar dengan oven, punya lah troublesome, apa taknya, masuk dulu acuan, bagi panas, keluar kan pula nak bubuh tepung, kemudian masukkan balik, kalau bakar api atas bawah, angkat je yang atas tu bubuh tepung tutup balik, bila dah masak keluarkan pula acuan tu, cungkil bahulu leceh leceh,  kebetulan acuan yang kaknab kenit kenit konon nak bagi cute, punyalah lambat, ni lah bahulu yang dah dibakar tu

bahan bahannya

5 biji telur (asingkan putih dan kuning)
1 cawan gula
2 cawan tepung
essence vanilla
1/4 sudu teh baking powder

caranya - panaskan oven, masukkan acuan kedalam oven supaya panas. pukul telur putih dengan baking powder hingga putih, masukkan kuning telur sibiji demi sebiji, pukul lagi, masukkan gula, pukul lagi hingga naik, campurkan 1 senduk tepung dengan 3 senduk adunan telur tadi kacau hingga rata dan licin masukkan ke dalam acuan jangan penuh. bakar dengan api 210degree c. hingga brown.

07 December 2009

tudung scallop


dari sudut tepi



dari depan
kedut sikit lah sebab letak atas lantai
kalau pakai memang terletak elok, tapi xade model
nak acukan

semalam baru je jahit tudung fashion apa entah, customer tempah, kaknab panggil tudung scallop sebab macam scallop hehehe.
dari pukul 1.30 pagi dok cari formula dia, pukul 2.30 pagi baru boleh potong dah siap memang cantik.jahit pula lambat sebab ada pleat, pukul 4.00 pagi baru siap satu, xpalah hari ni baru nak siapkan lagi 3.

06 December 2009

muffin lagi


lepas sembahyang subuh, terus je masuk dapur buat muffin.. semalam pi lah kelas memasak yang kaknab cakap tempoh hari tu rm30. rupanya, depa nak promosi tepung muffin dan lain2 tepung kat market, so depa buat lah kelas, buat muffin guna tepung premix lah, cuma tambah telur dengan minyak saja, ingat nak ajar basic muffin cake xbestlah camni, budak kecik pun tau buat, tapi dah pi, tengoklah, pastu beli tepung muffin. tepung ni memang elok, muffin merekah elok, 1 kilo dapat dalam 34 biji gitu, kalau nak berniaga boleh juga, xyah teruk2 bancuh adunan dia, simple and nice. wokay lah tu.

05 December 2009

lama tidak memancing

lama betul kaknab dan husband tidak pergi memancing, last sekali kaknab pi 4/11/09. maknanya dah sebulan xpi. sebab musim hujan, lagi pun baju jahit banyak, kaknab xboleh pi, so husband pun x syok lah kalau kaknab xikut, dia pun stop juga lah memancing, lagi pun bapa kaknab dok sakit lepas terjatuh, xboleh bangun mungkin pinggang dia cedera dan xboleh jalan, jadi w/end je kaknab kena pi tengok dia, umur dia dah 90, sian bapa. hanya berdoa supaya bapa akan sihat dan boleh berjalan semula. he's the best father I ever had, xpernah jentik pun kami adik beradik, xcenge (bengis) langsung, seingat kaknab, xpernah pun kena pukul,

03 December 2009

agar agar pandan


baru je buat agar agar pandan, lama dah xbuat agar agar ni, masa bulan posa dula rajin lah, lepas tu langsung xbuat, simple sangat agar agar ni, air 750 ml, santan 500 ml,gula 1 cawan 1/2 (kalau xnak manis kurangkan), pandan paste, kacau kacau set, siap. hehehe

02 December 2009

kelas memasak

kelmarin dulu pi kedai bahan bahan kuih, kat bm, kebetulan ada pula kelas memasak hari sabtu 5/12/09.
4 jenis, muffin, cheese cake dan 2 jenis roti, rm30/= so husband kaknab terus je bayar yurannya , hari tu nanti jiran kaknab ada kenduri kahwin, kaknab memang nak jadi mentara, dah nak attend kelas masak, xdapat lah nak merewang nanti, sian pula jiran kaknab tu. apa boleh buat, yuran dah pun dibayar, nanti bila kaknab pi, dah pandai boleh lah kongsi kongsi ye.

kuih kosui



kaknab dari dulu lagi memang suka kuih kosui, sebab lama dah xbuat, so hari ni, kaknab buat boleh juga makan petang, tapi anak anak xberapa gemarlah kuih ni, jadi husband dengan kaknab je yang makan, dah  buat satu loyang, tentu lah xhabis kalau 2 orang saja yang makan, lepas maghrib, kaknab dengar suara budak2 yang balik sembahyang dari surau, riuh rendah kat sebelah rumah kaknab, so kaknab bawa sepinggan bagi depa makan, haa sekejap saja clear sepinggan, lega kalau tidak xhabislah kuih kosui ku.

bahan bahannya

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi kayu
5 1/2 cawan air
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
kelapa parut
2 cambesar air kapur
sedikit garam

masak gula merah dan gula pasir hingga larut, sejukkan.
bila air gula dah sejuk bancuh dengan tepung hingga sebati, masukkan ke dalam loyang, letak di atas api yang sederhana, kacau dulu hingga adunan pekat sedikit, sebab kalau xkacau adunan ini nanti keras di bawah, bila dah sedikit pekat baru kukus sehingga masak, bila dah sejuk potong dan gaul dengan kelapa yang dicampur garam.

01 December 2009

kisah namakan anak anak kaknab

anak kaknab 5 orang semuanya. kaknab namakan mereka seperti berikut

dzulhaidzam zainal
dzailyherdawati zainal
amiruddin zainal
ellyherny zainal
amirul zainal

alkisah apabila kaknab dengan suami mencari cari nama anak, yang sulung kaknab namakan dzulhaidzam, kerana nama kaknab zainab, dan nama husband kaknab pula zainal, abjad terakhir, sentiasa tercorot kebelakang, sekiranya ada apa aktiviti mengikut abjad, dah serik, kaknab masih ingat lagi, masa kaknab ambik ujian lisan masa form five, nama kaknab zainab rejab, kenalah tunggu last sekali, abis kawan kawan balik sebab nama mereka dipanggil dulu, sian kaknab kenalah balik sendiri naik bas, kawan2 semua dah balik, begitu juga nama husband, zainal, pun abjad terakhir. jadi tercipta lah nama mula dengan "dz" tapi bila di sebut masih dengan bunyi "z". adiknya pun bermula dengan dz juga, nak bagi sama konon hehehe.
tetapi masuk anak yang ke3. pada hari kaknab sakit nak bersalin, ketika dalam labour room, setelah melahirkan anak lelaki, tiba tiba, entah kenapa pada masa tu, misi nak nama on the spot, sebelum ni boleh balik rumah dulu dan cari nama yang glamer glamer, suami kaknab yang menunggu kaknab diluar, apabila meminta nama anak, sepontan je dia namakan Amiruddin. nama yang tidak dirancang. hilang "dz" jadi "A"
anak yang ke empat, perempuan, konon nak bagi sama dengan kakaknya, apabila di panggil "herda" jadi kaknab namakan Ellyaherny, dipendekkan "herny" sama kan.
apabila terlahir anak kaknab yang bongsu, suami dah malas nak cari nama yang panjang-panjang, kali ni diberi peluang seminggu untuk mendapatkan nama anak, tapi suami namakan Amirul sahaja. pendek dan senang di sebut, nak tulis pun senang, masa tu dekat wad ramai lah baby lelaki dinamakan mula dengan Amirul..... tapi di tambah lagi bertambah glemer apabila disebut, cuma anak kaknab saja nama Amirul, bila misi tanya Amirul apa, kaknab kata Amirul saja, nasib baik dia xtulis Amirul Saja hehehe

30 November 2009

blueberry muffin


tadi buat pi kedai bahan kek, balik buat blueberry muffin. very simple, tapi lembut dan sedap. jom tengok apa resepinya.
bahan A
125 gm butter -

bahan B
tepung muffin blueberry 500 gm
susu segar 125 ml
telur AA 4 biji

cairkan butter, ketepikan dulu supaya sejuk

tepung, susu dan telor di kacau perlahan hingga sebati dngan menggunakan pemutar. kemudian satukan A dan B hingga sebati. kemudian masukkan ke dalam paper cup tapi jangan penuh sangat. bakar dengan api 170c selama 20 minit.

29 November 2009

cross stich



ini ialah cross stich yang suami kaknab buat pada tahun 1986.masa tu dia minat sangat. kerja kerja cam ni.

korban lembu


hari ni IPD SPT menyembelih 2 ekor lembur untuk korban, selepas disembelih daging daging tu di buat kenduri di surau IPD untuk penghuni2 blok IPD.

28 November 2009

sup daging

hari ni masak sup daging la pulak, hari hari kari naik muak. sekali sekala tukar lah selera.

bahan bahannya

500 gm daging
halia*
bawang putih* (*tumbuk lumar kedua ni)
10 ulas bawang kecil (dimayang)
1 camteh serbuk jintan putih
1 camteh serbuk jintan manis
1/2 camteh serbuk sajira
1 cambesar serbuk ketumbar
1 camteh serbuk lada hitam
2 biji ubi kentang
air
garam
daun sup daun bawang
minyak
sekuntuk bunga lawang
4 bunga cengkih
4 buah pelaga
2 inci kulit kayu manis

daging direbus hingga empuk
panaskan minyak, tumiskan bawang kecil yang sudah dimayang hingga kuning, masukkan halia dan bawang putih yang ditumbuk lumat. masak hingga garing,  masukkan daging dengan air rebusan sekali, masukkan serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar, sarjira dan lada hitam. biar hingga mendidih, kemudian masukkan kentang yang dibelah empat, masak hingga kentang empuk khir sekali masukkan daun sup dan bawang. serta bawang goreng. siap untuk dihidang.


26 November 2009

selamat hari raya aidil adha kepada semua pengunjung blog kaknab

dah siap ketupatku



                                               ketupat standby untuk direbus

baru je siap balut ketupat pulut 2 kilo. tunggu nak rebus saja, kuah kacang, gulai daging pun dah siap dimasak. malam nanti pi ambik  anak kaknab kat airport pastu terus pi rumah mak kaknab sungai petani, lauk lain depa di sana yang masak, bahagian kaknab ketupat, kuah kacang, dan gulai daging, esok pagi baru nak buiat kuah lodeh. ketupat nasi malam nanti sampai rumah mak baru kaknab nak rebus. mak kaknab kena jaga bapa kakaknab yang sakit xboleh berjalan sebab jatuh, malam ni berjaga lagi nampaknya, xpa bukan selalu, sekali sekala. apa boleh malang xberbau, kalau tidak bapa kaknab memang sihat.

24 November 2009

daging masak hitam nasi kandar


xtau nak masak apa, tengok dalam peti ais ada lagi daging, so masa daging hitam nasi  kandaq lah senang, sepatutnya masakan ni ala kering kering gitu, sebab anak2 kaknab dan husband suka makan kuah banjir so kaknab kenalah buat cair cair sikit.

500 gm daging lembu (dipotong nipis 16 keping)
2 labu bawang besar (dipotong nipis)
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintna manis
1 sudu kecil serbuk kas kas
1/2 serbuk sajira
2 cambesar cili mesin
1 pkt kecil rempah daging
1 cam besar air limau
1 cawan kicap pekat (kaknab guna kicap jalen, manis serta masin, xyah boh gula lagi)
bahan kisar/tumis
1 labu bawang besar kisar dan asingkan
*3 ulas bawang putih 
*2 inci halia(*kisar kedua sekali)
2 helai daun pandan potong  di potong 4 inci
kulit kayu manis+bunga lawang 1+bunga cengkih 4+buah pelaga 4
minyak
serai 2 batang di ketuk
daun kari
daun pudina (di sini kaknab guna daun sup sebab pudina xade)

caca penyediaan

rebus daging hingga empuk, simpan air rebusannya.

dalam kuali panaskan minyak, bila minyak panas tumiskan kkm, b/lawang,b/cengkih,buah pelaga, serai, daun pandan dan daun kari.

masukkan hirisan bawang besar goreng hingga kuning dan garing. masukkan bahan kisar kacau hingga naik bau harum. masukan serbuk jintan manis, jintan putih, sajira dan kas kas, kacau lagi, kemudian masukkan serbuk kari daging, cili mesin, masak hingga pecah minyak, masukkan kicap, daging serta air rebusan daging. masak sehingga kuah agak pekat, masukkan air limau, akhir sekali  tabur di atas bawang goreng dan daun pudina. okay siap, selamat mencuba.

19 November 2009

koleksi mesin jahit ku.



ni lah mesin jahit kaknab yang banyak berjasa dekat kaknab, penuh rumah, bila nak pencen jait pun xtaulah, xtau sapa lah nak mewarisi semua mesin jait ni, anak2 pompuan pun xminat menjait,

17 November 2009

gulai nangka dengan udang tumis darat

hari ni pula kaknab masak gulai nangka dengan udang tumis darat. orang utara panggil tumis darat sebab bila gulai dah masak baru masukan bawang yang ditumis garing sekali dengan minyak yang digoreng tadi.



bahan bahannya

nangka muda
2 bungkus rempah kari  udang
15 ulas bawang kecil (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
300 gm udang sederhana besar
minyak
200 santan segar
sedikit daun kari
garam secukupnya

caranya

simple dan mudah. rebus sekejap nangka jangan terlalu empok cuma nak buang getahnya saja. toskan
airnya. masukan rempah dan santan ke dalam periuk, masukkan nangka. masak sampai mendidih, kacau biar semua sebati, bila dah mendidih masukkan garam,  udang, tambahkan air kalau terlalu pekat. bila udang dah masak tutup api.
dalam kuali lain, panaskan minyak, tumis bawang kecil,bawang putih dan daun kari goreng hingga kuning dan wangi, kemudian masukan semua sekali dengan minyak ke dalam kuah gulai nangka tadi. siap untuk dihidang

asam pedas ikan pelata


2-3 hari sudah ada kaknab masak asam pedas ikan pelata, tapi sebab sibuk sikit kaknab xsempat nak post. oleh kerana cabai kering rumah kaknab pedas gile, anak2 memang xtahan makan pedas, kalau kaknab lagi pedas lagi bagus, jadi kena lah ikut selera depa, so kaknab modified sikit,




bahan bahannya

15 biji kering kering* (* blender halus)
1 inci hali*
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*

15 ulas bawang kecil (dimayang)
1 bungkus rempah kari ikan alagapas
minyak
garam
1 camteh halba
satu mangkuk kecil air asam jawa
daun kesom
 1 batang serai diketuk
5 biji buah keras di tumbuk lumat
2 biji tomato
10 biji kacang bendi atau terung panjang (kaknab xbubuh sebab xade)
 air secukupnya
garam

caracaranya

panaskan minyak, tumis bawang kecil yang di mayang, biar ia garing dan kekuningan, kemudian masukkan bahan yang dimesin halus tadi, buah keras dan serbuk kari ikan, biar ia masak sampai wangi dan betul betul garing tapi jangan hangit, kemudian masukkan air asam jawa, bila dah cfm betul2 garing baru masukkan air, daun kesom, serai, garam. masak sampai kuahnya mendidih baru masukkan kacang bendi, biar selama 5 minit baru masukkan ikan dan halba, halba, biar ikan masak dan bendi empuk dan kuah pun pecah minyak rasa dulu masam masin barulah tutup api.

15 November 2009

hsbm champion rugby under 15


semalam pi tengok anak kaknab main rugby msspp champ under 15. sekolah dia Bm highschool jadi johan lagi. syabas. hsbm boleh

12 November 2009

nasi briani gam

assalamualaikum dan selamat tengah hari, kaknab baru saja siap masak nasi briani gam, tapi xgam pun sebab periuk kaknab memang xkeluar wap langsung, gam tu cuma xmau bagi wap dia keluar, kalau guna periuk yang memang guarantee xkeluar wap xyah lah gam, sebab agak leceh sikit kerjanya. di sini kaknab masak lauknya briani kambing dan jelantah timun dan nenas.


nasi briani gam

1 kilo beras bhasmati
1 cawan susu cair
3 cambesar tomato soup campbell
5 cambesar minyak sapi
5 biji badan rendam dan buang kuilit*
10 biji gajus rendam dulu* (*tumbuk atau blender sekali)
1cambesar rempah briani
1 cawan bawang goreng
2 labu bawang besar (dihiris)
5 labu bawang putih*
2 inci halia* (*tumbuk hingga lumat)
1/2 camcateh serbuk sajira
1 cam teh serbuk kas kas
sedikit gula batu
daun pudina
garam
penumis 4 sekawan
daun pandan
2 biji tomato (dipotong dadu)
air sama banyak dengan beras, sukat dulu beras kalau 6 cawan, air pun 6 cawan

cara2nya
beras basmati direndam selama 3-4 jam kemudian toskan.
dalam periuk panaskan minyak sapi mauskkan daun pandan, tumiskan bawang besar hingga garing, masukkan halia dan bawang putih, biar ia garing kemudian masukkan rempah briani, badam dan gajus, tomato sup, kacau supaya tidak hangit, masukkan susu cair, biar ia mendidih sekejap masukkan garam, masukkan air biar ia mendidih kemudian baru masuk kan beras, masak nasi 3/4 masak saja.



briani kambing

1 kilo kambing
4 cambasar rempah briani
1 cawan bawang goreng
4 cambesar minyak sapi
2 cambesar minyak bawang goreng
2 labu bawang besar
4 biji bawang putih*
3 inci halia*(*ditumbuk lumat)
3 cambesar tomato sup campbell
1 cawan susu cair
daun pudina
penumis 4 sekawan
5 badam dan 10 gajus (direndam dan ditumbuk lumat)
4 biji cili hijau
2 biji tomato dipotong dadu
garam
1 cambesar madu


cara2nya
tumis bahan2 seperti masak nasi juga, bila semua dah mendidih dan wangi baru masukkan daging. tambahkan air supaya daging masak lama dan empuk, dalam bekas lain atau loyang masukkan nasi 3/4 masak tadi letak di atas periuk lauk kambing tadi, seperti hendak mengukus, biarlah lauk tadi masak tapi jangan terlalu kering, dengan wap lauk tadi akan memasakan nasi sepenuhnya. pastikan wap tidak keluar, kalau wap keluar, kenalah boh tepung ubi kayu keliling periuk barulah letakan loyang, supaya wap tidak keluar, masak nasi beriani gam agak cerewet sikit tapi memang sedap. di sini kaknab tidak bubuh tepung ubi kayu sebab periuk kaknab memang kejap xkeluar wap. senang lah sikit. kalau kena bubuh tepung, kaknab pun malaslah nak buat, troublesome. hehehehe

11 November 2009

funny english

I got this article from the star published in 2006. written by kee hua chee, since I like it very much, would like all bloggers share with me too.

quote

Funny, English

English is a relatively easy language to learn but a difficult one to make sense of, writes KEE HUA CHEE.
ENGLISH is the undisputed universal language, spoken and used in every civilised society as well as in not-so-civilised places. Know English, and you can globetrot from Timbuktu to Toulouse, to Togo.
But this easy-to-learn language is filled with enough pitfalls to leave even the proficient red-faced. For every rule, there is an exception – or several. And it is a language that is sometimes filled with jargon and double meanings.
English is supposed to be among the easiest languages to pronounce but then Leicester is pronounced as “Lester” whereas Manchester is not “Manster”! Ditto for Dorchester Hotel, which comes in three syllables. “Aisle”, “isle” and “I’ll” are spelled differently but pronounced the same! The “l” in salmon, “b” in debt and “g” in poignant are all silent.
We take English for granted and seldom bother to examine its many paradoxes since we have been drilled from young to accept them. But if you explore its idiosyncrasies, you will discover some things are the exact opposite of the actual meanings.
For instance, the animal slow loris is so-called because it is very slow moving, so you’d think “quicksand” would imply that it is where you will sink quickly but, in fact, quicksand works slowly!
A town square is indeed squarish and the Pentagon building in Washington is called that as it has six sides. Yet Circle Seats in theatres are actually semi-circles because if it were truly a circle, half of the audience would be seated facing the wall, not the stage!
And we know a boxing ring is not a ring at all but a square, yet no one thinks of naming it “boxing square”.
Mind you, there is no egg at all in eggplants and no lady’s fingers either in ladies’ fingers. There is neither pine nor apple in pineapples but that’s what the fruit is called. Frankfurters were invented in the German city of Frankfurt and hamburgers in Hamburg, but English muffins were not invented in England, nor were French fries in France.
And did you know Danish pastries were first made in Italy?
If you are a fruitcake, it means you are mad, but what has healthy fruits and nutritious cake to do with insanity? Sounds crazy to me.
Staunch vegetarians can eat sweetmeats as they are actually candy, but they wouldn’t touch sweetbreads, which are neither bread nor weets, but a meat delicacy. Bombay duck is not a bird from Mumbai but a fish. A guinea pig is not from Guinea and hardly a pig.
Strawberries do not resemble straw at all and raspberries do not make any rasping sounds. However, blueberries are really blue and blackberries are black.
In the US, Europe, Hong Kong and Japan, the word “hamburger” is used to describe a bun sandwich regardless whether the meat patty is pork, beef or chicken. Only in certain countries like Malaysia, Indonesia and the Middle East are the correct terms used: beef-burger, chicken-burger and fish-burger.
Now we all know that singers sing, dancers dance and fighters fight. But hammers don’t ham, artists don’t art and harpists don’t harp.
If the plural of tooth is teeth, why isn’t the plural of booth, beeth?
One index, two indices. One codex, two codices? One pretext, two pretices? One Cartier, two Cartiers, but for Rolex, it is two Rolexes?
One goose, two geese. One moose, two meese?
You can make amends but not make one amend.
If you have a bunch of odds and ends and get rid of all except one of each, do you end up with one odd or one end?
A vegetarian eats vegetables so what does a humanitarian eat? Ok, a humanitarian is obviously pro-human so is a vegetarian pro-vegetables? And if so, he shouldn’t be eating them?
How can a “slim chance” and a “fat chance” mean the same thing while a “wise man” and “wise guy” are opposites?
You have to marvel at the unique lunacy of this language when a house can burn UP as it burns DOWN and you fill IN a form by filling it OUT.
And, of course, the alarm goes off by going on. How do you wrap up a meeting when it is not even tangible? Only in English do we recite at a play and play at a recital, ship by truck, have noses that run and feet that smell (which might also mean your toes can detect odours, like eyes see)!
Finally, if you prove I am wrong, well, of course I will be forced to eat my words!
unquote

mi ketam bukit mertajam


kaknab dan keluarga pi makan mi ketam kat bm on the way nak pi alma/cerok tok kun, tepi jalan saja. hari2 ramai orang

09 November 2009

jalan jalan ke batu feringgi

semalam jalan jalan ke pulau pinang, bawa adik ipar kaknab bersama anaknya shafikah dan mak mertua kaknab yang datang dari johor. mak mertua akan tinggal lama tapi adik ipar akan balik malam nanti.

padang kota lama  esplanade
pantai shamrock, tanjung bunga


amboi bergaya sakan shafikah


ibu mertuaku. termenung jauh mak


ferry pulau pinang


singgah sembahyang dzohor kat mesjid terapung tanjung bunga.