Showing posts with label macam macam ada. Show all posts
Showing posts with label macam macam ada. Show all posts

28 January 2023

Eau de toilette

Satu hari seorang pakcik order perfume avon dari shoppee, black suede hot. Eau de toilette.

Bila dah dapat dia pun sembur, dia kata awat tak wangi pun. Tipu punya avon ni.

Pastu dia baca kat botol tulis eau de toilette. Ooo patut lah tak berapa wangi, ini untuk digunakan dan spray dalam toilet.

So dia pun letak dalam toilet. Datang isterinya baca ooh toilette perfume.  Perfume juga tapi formula kewangian 5-15 % tahap dari perfume original. 

Toilette bukan untuk toilet. Toilette dari bahasa perancis sebutannya toi-let-te. 

Perfume ada banyak peringkat dan jenis nya

strength of the fragrance is based on the concentration of perfume oil in it. Based on this the perfumes are classified into Parfum (20-30% of perfume), Eau de parum (15-20% of perfume), Eau de toilette (5-15% of perfume), Eau de cologne (2-4%) and Eau fraiche (1-2%). 

30 September 2022

ni la kerja maknab

sementara nak tunggu isya, kadang kadang maknab online, kadang kadang mengaji. maknab jenis tak tengok tv. tv pun maknab tak pandai buka la ni. 




22 September 2022

pandai sangat pi tukar theme

maknab tukar theme baru untuk blog jom jahit jom masak. dekat page nak cari  tak jumpa nak buat new post. pening pening. ni try tengok macam mana. testing boleh dak masuk dalam blog maknab. elok elok theme lama pi tukaq buat apa hahahhaha
nasib baik boleh restore theme lama. sebab dia suruh download simpan. theme ni simple sangat, masaalahnya nak pi masuk dekat post blogger tak boleh. tak pa, sib baik yang lama tak hilang




01 September 2022

Macam macam charger aih

Wei hangpa semua macam maknab dak, kalau nak jalan nak kena bawa macam macam charger. Charger phone, charger camera, charger smart watch, charger earphone, charger laptop. Tudia aih. 



Charger phone - semedang kena charge sebab memanjang buka phone๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Charger camera 3 - nikon, canon, camera xdak nama - memang kena charge sebab kaki ambik gambaq
Charger earphone - earphone bawa dua, yg satu xpyh charger jenis yg cucuk, yang satu saja kolor merah tu kena charge.  bawa saja in case habis battery, tapi selalu cukup charged sampai balik rumah.
Charger smartphone - pun spare saja kut kut habis battery.
Charger laptop. Sentiasa charge kalau guna laptop.





08 August 2022

Mimpi ghupanya.

ku naik taxi dgn husband. Turun dari  taxi aku kata kat dia tunggu sat nab nk tukar kasut. Kasut ni, sakit pulAa, kebetulan ada lagi sepasang dlm beg. Dia xtunggu jln terus. Xpa nanti aku ikut later. Dah pakai kasut aku jln tapi xjumpa dia.  Kasut yg aku tukar ganti tu aku boh dlm beg tertinggal kat bangku yg aku dok tadi.

Aku jln sendiri sbb husband dah jalan dulu dia naik ferry sorang2. Aku pun naik ferry lain. Tengah dok lap spec aku tiba2 patah, turun ferry aku singgah supermarket yg dekat komplex bworth, kena buka kasut kedai spec tu. Aku beli spec power ja. Nk keluar, kasut aku hilang. Haaa mampuih. Kasut yg aku ganti dlm beg tertinggal atas kerusi tadi.Nk kena beli kasut pula ka. 

27 July 2022

13 July 2022

Peristiwa jeti sultan abdul halim pulau pinang1988

Tadi mak maknab yang berumur 91 sembang dengan maknab, dia tanya 'Nab jeti yang runtuh masa tu pasai apa orang ramai, mai dari mana manusia.'' . Dia ingat lagi wpun dah 90 lebih. Masa peristiwa tu, tahun 1988,  mak dengan bapa naik ferry nak balik alor setar. Tapi mak/bapa terlepas dari jeti runtuh tu. Depa dah sampai dekat bus stand tunggu bas kat station bas butterworth. nak naik bas ke alor setar apabila depa dengar riuh rendah jeti runtuh.

Memang dia ingat kerana kebetulan masa dia dari rumah maknab  kat balai central, carnavon street, nk balik alor setar.  Masa tu bas pun tak jalan, sebab rata rata jam, orang ramai berpusu2 ke penang kerana ada perayaan berarak tokong,  dekat padang kota lama pula ada perarakan kereta berhias.


Dikatakan orang cina dari merata tempat mai tengok tokong berarak. Mau tak ramai atas jeti tu

Mak dengan bapa maknab terpaksa jalan kaki dari rumah maknab ke jeti nak naik ferry. Rumah maknab kat balai central memang pun tak jauh nak ke jeti, tapi kalau ada bas memang la tak jalan kaki pun. Disebabkan jam sana sini bas pun tak jalan.

Maknab di rumah tak tahu juga kisah jeti runtuh pun. Pukul 7 malam  maknab pun bawa anak maknab yang 3 orang pi tengok kereta berhias yang lalu kat chulia street. Dari rumah maknab ke chulia street tak jauh sangat.

Balik dari tengok kereta berhias bila tengok berita pukul 8.00 ada hebahkan jeti runtuh. Maknab dengan husband dok fikir mak dengan bapa macam mana naik ferry. masa tu tak ada guna handphone lagi. nak talipon mak pun rumah mak kat kampung tak ada talepon. So tunggu cuti hujung minggu baru balik aloq setaq baru tanya mak. Mak cerita ramai la orang kat jeti, nak lalu pun kena berhimpit himpit, pastu dia cerita dia dengar riuh rendah orang cakap jeti runtuh. kebetulan bas pun nak jalan. Jadi dia tak tahu lepas tu, maknab balik kampong baru tahu bila mak maknab cerita segalanya..

30 June 2019

Rambut beruban

Cerita pasal rambut beruban, mengapa kita mesti takut kalau rambut beruban. Kalau  umur dah menjejak 50 rambut beruban perkara biasa. Mengapa mesti bubuh dye hitam untuk memghitamkan rambut. Rata rata kan kita memang pakai tudung, uban penuh kepala pun bukan orang boleh nampak. 

Ada orang cakap kaknab dye la hitam supaya suami nampak kita lebih muda. No no no, bagi kaknab biar la putih penuh kepala, rambut hitam berkilat pun muka kalau dah 60 tetap nampak 60, kedut tetap kedut. Rambut uban pun anugerah dari Allah. Kalau semua putih dengan uban kan lagi cantik natural colour. Rambut uban lagi shining, berkilat. 


23 March 2019

Upin ipin keris siamang tunggal

Baru balik tengok wayang dengan cucu. Hihi maktok pun enjoy. Cantik lukisan gambar tu memang nampak real. Tengok show pukul 10.50 pagi. Best juga gambar ni.







20 February 2019

Gambar boleh tipu

Ni gambar tipu punya. Snap guna face beauty. Jangan terpedaya kalau tengok gambar gebu mulus tak ada lubang lubang jerawat, tak ada kedut maktok ni.


Gambar yang di bawah baru muka original. Dengan lubang parut jerawat, kedut kedut di dahi. Jeragat bagai. 


05 October 2018

Lutut meletup 'pop' ketika sujud

Umur ku sudah 62 tahun. Sekarang ni tiap kali nak sujud ketika turunkan lutut dulu akan ada bunyi 'pop' kira lutut meletup la tu tapi tak la sakit. Bunyi macam kalau kita kepak jari, orang suka kepak jari kan barangkali depa suka bunyi pop tu. Tapi aku paling  tak suka kepak jari. Tak ada letup letup tu.

Aku goggle cari info, bunyi letup kat lutut tu tak apa kalau tak sakit, kalau sakit boleh ambil supplement glucosamine.

Biasa la kalau dah berumur dah masuk warga emas boleh masuk gang meletup ketika solat. Ruku' meletup, sujud meletup.
Apa pun syukur ya Allah masih boleh solat berdiri dengan sempurna

±++±±++++++++++++++++++++++++++++++++

rupanya yang meletup tu bukan lutut tapi jari kaki kalau nk turun sujud masa lipat kaki tu meletup, pop, hehe. ingat lutut. kalau lutut payah la noooh. sib baik lagi la tu.

25 October 2014

pokok lampu

Pokok lampu di sungai petani. Pokok menjalar yang menutupi tiang lampu. depa nak tunggu sampai pokok tutup semua tiang termasuk lampu baru depa nak clear pokok ni. ketidak prihatinan perwajib. siapa kalau bukan mpsp dan tnb.

gambar ni kaknab rakam semasa kaknab memancing kat kolam tadahan banjir bandar perdana, tak tau pokok ni dok kata mana, mungkin kat taman keladi kut.
pokok lampu

14 October 2014

I put on weight huhuhu

Amboi amboi kaknab title in English pula. Put on weight. Memang pun, baru timbang masa kat rumah anak. Timbang dia digital memang exactly xdak tipu punya.

60.1 kgs huhu, kaknab yang rendah mestilah nampak rembang. Ish, nak buat macam mana. Hari tu posa 58 kgs. Lepas raya, ambik hang kaknab oi, 60 memang for sure xturun dah hai.

Yang my husband pula 77.9. Lagi sikit 80 kgs cik abang oi. Dalam kami 2 orang dok posa isnin/khamis, xturun pun, biaq pi kat dia lah, janji sihat walafiat.

Teringat masa dolu dolu, amboi pinggang kakhab 22. Kira kalau beli belt. Dulu2 kan fesyen belt pakai dengan skirt, baju tuck in. Ada belt lebar gedebak, ada yang kecik tirus. Kalau beli memang kena tebuk lubang extra, hehe.

Kalau beli jeans size 27 or 28. Mesti kena jait lagi pinggang dia. Sebab pinggang seluar tu besar, punggung baru boleh masuk. Kalu beli yang pinggang ngam ngam, xmuat pula punggung dia.

ukuran dulu 22-34. La ni punya ukuran 33-42 yang 22 tu pinggang, yang 34 tu punggung la. Cuba tengok banyak beza 22-34 to 33-42.

Tak apa lah nak buat macam mana. Dulu umur 20'an la ni 50'an nak masuk 60. Minta tak dak penyakit sudah nooo.

27 June 2014

keluarga 69

kaknab dok gelak soghang2, baru je tengok youtube gambaq keluarga 69. Awat tak gelak, pramlee kahwin dengan siput serawak, anak siput serawak pula kahwin dengan tompel, bapa p.ramlee. Bekas laki siput serawak pula kahwin dengan bekas bini tompel. La ni p.ramlee nak panggil apa kat minah iaitu isteri bapanya tompel yang juga anak tiri pramlee. Yang tompel pula nak panggil apa kat menantu dia siput serawak aka mak mertua dia. Siput serawak nak panggil tompel apa menantu dia aka bapa mentua.

dailog ni. Minah cakap kat mak dia.

yang mak kahwin dengan anak tiri saya buat apa.

siput serawak pula tanya. Yang kau kahwin dengan bapa mentua aku buat apa.

pandai pramlee buat cerita memang lawak. Dulu2 orang buat lawak natural saja. Dailog dah buat kita gelak. Lani punya lawak terhegeh2, teghengkak2 kata orang kedah. Nak gelak pun payah.

16 December 2013

pindah rumah memang memenatkan.

Suami dah pencen optional. so kena pindah lah, tak boleh dok berek lagi, rumah kerajaan. sibuk mengemas, nak pindah rumah sendiri kat sungai lalang, bedong, kedah. Sebenarnya, rumab dah pun tinggal dulu, lepas tu masuk pindah berek, suami tak larat nak berulang dari sungai lalang ke bukit mertajam. 8 tahun tinggal rumah tak berpenghuni, 

Sebelum pindah kasi renovate sikit rumah ni, pasang lantai tiles, dulu tikar getah tiles hehehe. supaya senang sikit, semua bilik cat semula, ada 4 bilik tidur berlainan kolor, bilik mak abah, pink kolor, bilik purple, bilik hijau muda, hijau epal, ruangtamu kuning, ruang makan hijau. dapur and kabinet hijau, anekawarna rumah ni. best juga. penatkan berkemas kalau pindah rumah, sekarang cuma bawa barang2 kecil macam pinggan mangkuk, dan lain lain, yang boleh dibawa muat dengan kereta, barang2 besar belum angkat lagi, kena sewa lori.

pinggan mangkuk pun berkotak2 biasa lah pompuan ni, bukan boleh tengok pinggan mangkuk mesti nak beli, last last nak pindah lah teruk kan, mesin jahit industry ada 4 biji, berat2 semua ni..Jadi kalau boleh janganlah pindah rumah, tinggal lah satu rumah sampai mati tak penat, pindah randah. kata orang 7 kali pindah papa, aku pindah berapa kali, mai kita kira. mula2baru kahwin tinggal di berek balik polis central, carnavon street, penang, pastu pindah ke berek farlim, air itam.  pindah pula sungai lalang, konon nak dok rumah sendiri, 

suami penat berulang, pindah pula masuk berek ipd spt bukit mertajam, dah pencen pindah balik semula kesungai lalang, campur semua 5 kali. tak sampai 7 kali lagi, belum jadi papa, hahaha, semua tu saja je, tak papa tak kaya, cuma penat saja./

26 November 2013

gemuknya aku

Lama juga aku tak timbang berat badanku, sejak tinggal di muar, tak ada timbang nak timbang berat badan. Kerja aku makan, makan saja. Selalu keluar dengan suami makan mi bandung, hari2 makan udang galah yang kami pancing.

Sekarang aku berada di rumah anakku, jaga anaknya sementara nak hantar ke taska, rumahnya ada timbang digital, bila aku timbang berat Badanku 58. Wow gemuknya aku. BMI yang sesuai dengan ketinggian ku cuma 48. Maknanya aku sudah 10 kilo lebih dari yang sepatutnya. Aku yg pendek kalau gemuk lagi lah nampak rembang hehe

Aku pun berazam nak turunkan badanku. Macam mana,aku ni kaki makan macam ikan emas sentiasa mengunyah kecuali tidur saja aku tak makan. Jadi aku bertekad nak turunkan nak turunkan badanku dengan berpuasa.

Puasa sunat Isnin dan Khamis, rajin juga aku buat, kadang2 miss juga. Jadi start hari Khamis minggu sudah aku mula posa sunat, jumaat posa bayar yang mana aku tinggal dulu2. Jadi 2 hari posa sunat, 3 hari posa bayar, jadi 5 hari. Gigihnya, hehe.

Tadi aku terbangun pukul 3 pagi, sebab malamnya aku tidor awal, lepas isya dan bum, jadi mata ku kebiasaannya tidur 6 jam saja, cukup 6 jam otomatik terjaga tak payah guna alarm clock.

Bangun saja makan nasi dengan lauk yang balance malam tadi. Sepiring buah betik. Sebiji tomato mentah. Cukuplah buat sahurku, yg penting air, start pukul 3 hingga 5.30 aku minum air tiap setengah jam, jadi dapatlah 5 gelas air.

Petua tak mau bagi letih apabila berpuasa dengan minum cukup air, for sure badan kita langsung tak letih, tapi selepas 10-15 minit minum air mula lah berulang kencing. Asyik2 kencing. Tapi yg bestnya air kencing putih jernih macam air paip, tu yang aku suka, menunjukkan badanku tak kekeringan air. Badan kita memerlukan air yang banyak supaya kita tak dehydration.

Semoga dengan berpuasa ni dapatlah aku turunkan berat badanku,,, tak payah banyak pun, tak sampai BMI pun tak apa, takat 52 kg pun cukuplah.
.

22 November 2013

mata berkejit

Pernah tak rasa mata berkejit2, atau orang putih kata twitching eyes. Sebenarnya tak ada apa2 cuma tak selesa saja.

Mata berkejit kalau orang tua dengar, depa nanti kata nak menangis kalau mata kiri, kira akan ada kesedihan lah tu, ini merujuk kepada kematian. Kalau mata kanan nak tengok orang jauh konon, semua ni tahyul, karut marut lah.

Sebenarnya, mata berkejit sepontan sebab mata kita keletihan, mungkin tak cukup tidur, atau kita dalam keadaan stress. Betul juga kut sebab aku berjauhan dengan suami, aku di rumah anak jaga cucu, suami pula di sglalang, tengah siapkan rumah, mengecat sebab akan pindah bulan depan.

Dok teringat makan minum dia, selalu aku yg sediakan, sian dia, stress juga. Anak2 tak kisah sangat semua dah besar, masing2 dengan hal sendiri. Tu kut mata aku berkejit2 pagi ni. Hari ni suami nak hantar anak yg bongsu balik metrik, harap2 suami ku mai ke setia alam esok tinggal disini jaga cucu sama2 lepas seminggu balik semula ke sglalang sambung cat rumah.

04 October 2013

pejam celik pejam celik dah 30 tahun umur perkahwinan kaknab

Tahun ni 2013 bulan october the 15th,cukup lah 30 tahun usia perkahwinan kaknab dan suami. Rasa sekejap sahaja. 4 orang anak kaknab dah pun bekerja, tinggal sorang lagi masih belajar kat metrikulasi changlon, kalau ada rezeki keputusan pun elok boleh lah sambung ke universiti pula.

Anak yang pertama UUM, yang kedua UTM, yang ketiga Adtec dan yang ke empat UPM. Yang ke empat akan menghadiziri konvokesyen hujung bulan ni, pelik yang sorang ni, tak mau pi pula, dia kata, dia belajar nak gaji tinggi, bukan nak naik pentas ambik ijazah, nak kena pi beratur berjam2 ibubapa pula macam dongoi dok dalam dewan tengok anak ambik ijazah, macam lawak dia kata. Nak kena sewa jubah, nak beli gambar, nak itu nak ini, semuanya duit. dia pula baru bekerja nak kena ambik cuti lah. keputusan dia okay juga 3.6.

 Kaknab tanya kakak dia yang study kat utm tu, ada kah orang yang xmau pi ambik ijazah dan xmau hadzir masa convokesyen. kakak dia kata, xdak kut dia sorang je yang xmau pi ambik ijazah atas pentas. macam macam kan. apa pun kita ikut je lah. kaknab pun tak payah masuk dewan tengok anak yang ni ambik ijazah. kaknab pun tak kisah. yang belajar anak, yang berjaya pun anak. ikut suka hangpa lah noooooo.


03 April 2013

anai anai oh anai anai

Kak nab ada di kampung muar, sabak aur, rumah mil, hari ni operasi anaianai, sakan anaianai bermaharajalela,  habis almari mil sampai hancur di mamah anai anai. Walaupun kecik2, tapi depa mampu runtuhkan rumah. 

Kaknab akan berpindah ke muar johor dalam beberapa bulan, kira akan jadi orang johor lah, 

Cakap johor tak sama kan, ape, ade bile, kenapa, kalau cakap penang pula, apa, ada, bila, awat. Hahaha jenuh orang johor nak paham kalau kaknab pi market cakap pula penang pekat, kaknab tanya cabai hidup, pening kepala orang yang menjual, depa kata lada  merah, bagi kaknab lada tu yang lada hitam dengan lada putih lah

lidah kaknab dah keras tak boleh cakap pelet lagi.

22 January 2013

frequency radio

Tadi tiba tiba kaknab teringat nak buka radio konon2 nak dengar radio pula, selama ni, kaknab bukan pernah pun buka radio dan tv, yang kaknab tau intenet saja. so kaknab bukan main gigih lagi nak tau frequency2 untuk radio apa. kaknab jenuh dok tekan cari stesen, dah jumpa dok listen pula radio apa depa sebut, maklumlah tak pernah buka, bukan kaknab tau stesen2 radio. dah dapat tapi semua melayu saja. ada yang kaknab dengar dia sebut clear ada yang tak berapa clear hehehe. yang lawak ada satu stesen tu dia kata apa tak tau, macam kaknab dengar macam PIMAI FM stesen penang punya tapi bukan mutiara fm,  betul ke tak tau lah. nanti anak kaknab balik boleh tanya dia. 

88.2  -  hot fm
89.9  - radio fly
90.25-  pimai fm (betui ke ni)
91.1  -  radio mix fm
94.95-  classic nasional
95.75-  mutiara fm
97.5  - kedah fm
100.55 - nasional fm
103.6 - radio era
106.9 - suria fm

Husband tak ada dia pi Melaka, kalau dia balik mesti dia kata, dah buang tebiat pa Nab ni, tiba tiba nak dengaq radio pula.

Me the latest