23 June 2023

Hantar kucing kat pelantar ikan kuala muda

Hari ni memang sedih sebab kena hantar kucing dekat pasar bisik kuala muda. 2 Ibu kucing2 tu asalnya kucing orang buamg belakang rumah maknab. Maknab bagi makan pagi petang. Orang buang sebab mengandung, 

Maknab kesian, maknab bagi makan, dia pula manja sangat. Dah beranak kat dalam belukar maknab kesian pula, bawa masuk dalam rumah. Takut basah kalau hujan. Anak2nya 4 ekor pun dah pandai berak dlm pallet. Comel2 anak dia

Tak boleh bela lagi ramai sangat dah tak selesa rumah, makan tak kisahlah, suami beli ikan kalau sekilo boleh lah makan 2 hari, dengan makanan kucing fiskies lagi

Kami xlarat nak beli pallet untuk kucing berak pula, terpaksa hantar juga la, kesian tu memang kesian. Tapi maknab cari tempat yang kucing2 tu dapat makan. Kat pelantar ikan banyak nya kucing. Budak yg kami jumpa kat pelantar cakap depa selalu bagi makan ikan dekat kucing, fiskies pun rata2 tempat disediakan untuk kucing siap dengan air. supaya kucing2 tak terkejut sampai ke tempat baru. maknab tunggu dulu dalam setengah jam, bagi depa main main kat situ. depa ingat maknab bawa depa pi makan angin tepi laut. kesian kan.

Kemudian masa maknab nak balik yang ibu nama Gebu nak ikut maknab naik kereta. maknab tunggu sekejab bagi dia jalan jalan dengan anak dia kat situ, maknab terus lari masuk kereta. Nasihat pada siapa yang nak buang kucing janganlah buang kucing kat tempat yang susah dia nak cari makan. macam kucing kucing ni sebelum ni buang belakang rumah maknab, kalaulah maknab tak bagi makan, kat mana depa nak cari makan. 

Kadang orang tengok saja, kucing lapar buat dek saja. kut la nak bagi  sekor ikan ka lauk tak habis ka pada kucing tak sekali. Bukan semua orang suka kucing kan.

Semoga gebu dan comot dan anak anak depa selesa disini. Tempat pun ok.
Lega maknab tengok, budak kat situ cakap kucing kat situ memang kenyang makan ikan. Alhamdulillah.senang hati maknab. Nanti bila2 bawa makanan kucing pi bagi dekat budak2 kat situ. 

Pasar bisik kuala muda




19 June 2023

nasi ayam sedap




bahan untuk mandikan ayam


1 ekor jangan potong biar sekor cuci perut dalaman saja.
2 sudu besar lea and perrins
2 sudu besar kicap cair
cube ayam maggi atau knorr
2 sudu besar sos perasa maggi
2 sudubbesar cuka
1 sudu besar serbuk perasa ayam atau cube ayam
1 sudu besar garam
2 cawan air

cara menyediakannya

masuukkan air ke dalam periuk, biarkan ia mendidih, masukkan lea and perrins, masukkan kicap cair, masukkan sos perasa maggi, masukkan cuka,  masukkan garam, masukkan cube ayam atau serbuk perasa ayam,  Bila sudah mendidih kacau kacau hingga larut semua, kemudian mandikkan ayam maksudnya siramkan ayam bagi kena semua bahagian dengan sekata. siram kan ketika air masih panas. Bila dah siap disiram gantung ayam itu untuk mengeringkkannya. dan kita akan menggoreng ayam ini kemudian.

sambal nasi ayam
2 inci halia dihiris
5 ulas bawang putih di hiris 
7 tangkai cili merah 
1/2 cawan air panas yang mendidih
2-3 sudu besar cuka
2 sudu teh garam
2 sudu besar gula

kisar bahan di atas hingga halus. kacau kacau dan siap untuk dihidangkan

kicap nasi ayam
sedikit minyak
bawang putih yang sudah dicincang atau ditumbuk banyak mana ikut suka
1 cawan air
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos perasa maggi
1 sudu besar lea and perrins
1 sudu besar kicap pekat atau karamel

panaskan minyak tumiskan bawang putih hingga kuning, masukkan air, kemudian masukkan semua bahan lain, biar ia mendidih dan larut semuanya. siap

nasi ayam
untuk bahan tumis
3 labu bawang besar (potong ikut suka nak hiris ka nak cube)
4 ulas bawang putih, dihiris nipis
3 batang serai
3 helai daun pandan disimpul

3 cawan beras dicuci bersih
6 cawan air
1 sudu besar margarine
1 sudu teh garam
cube ayam
2 inci halia dihiris 

siapkan beras dan air ke dalam periuk, 

tumiskan bawang besar hingga kuning, masukkan bawang putih, kacau kacau hingga garing, masukkan serai kemudian masukkan daun pandan.

masuukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi dan margarine dan garam. masukkan cube ayam
masukkan halia. masak nasi seperti biasa. 

sup
4 ulas bawang putih
4 cawan air
kaki ayam atau lain2
batang daun sup
1 inci halia
serbuk perasa ayam atau cube ayam
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula

tumiskan bawang putih
masukkan 4 cawan air
masukkan kaki ayam atau yang lain ikut suka
3 batang daun sup
biarkan ia mendidih. agak agak ayam dah lembut masukkan halia, masukkan serbuk perasa ayam atau
cube ayam, garam dan gula..

menggoreng ayam
bahan perapan ayam
5 spice powder rempah itik (boleh order online)
lumurkan pada perut ayam . 
teknik menggoreng ayam - masukkan minyak yang penuh ke dalam periuk,biarkan minyak panas sehingga berasap. kemudian perlahan kan api, masukkan ayam goreng dengan api perlahan selama 20 minit. sambil kacau kacau ayam supaya masak sekata. selepas 20 minit kuatkan api, goreng lagi selama 10 minit, jangan lebih. sambil kacau kacau ayam itu. bila ayam dah masak terus angkat dan toskan minyak. boleh lah dipotong untuk dihidangkan.

barang hiasan seperti biasa timun, tomato dan salad, pandai pandai la hangpa nak hias nooooo


18 June 2023

huruf yang sifat shiddah dan rakhowah

shiddah dan rokhowah ada dua sifat yang berlawanan


Syiddah, yaitu:
Menahan suara sejenak di tempat makhraj, kemudian melepaskannya secara tiba-tiba bersama udara. Sifatnya kuat, lawannya Rakhawah. Hurufnya ada 8, yaitu yang tergabung dalam kalimat: Kalimat Syiddah
huruf dibawah yang berwarna kuning ialah shiddah. ada 8 huruf semuanya
yang berwarna kotak kuning adalah syiddah.

 Rakhawah, yaitu:
Meluncurnya suara ketika melafalkan huruf tanpa ada hambatan karena pertemuan dua organ penutur di tempat makhraj lemah. Sifatnya lemah, lawannya Syiddah. Hurufnya ada 15, yaitu selain huruf Syiddah dan Mutawassith.
yang berkotak kuning adalah rakhowah



ayam masak cabai atau ayam masak merah maknab

Ayam masak merah

Bahan A - untuk diblender

Bawang besar)
Bawang putih)
Halia)
Serai 2 batang)
Lengkuas agak2 1 inci)
Buah keras
++++++++

Bahan B untuk ditumbuk lumat
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
Satu camca besar ketumbar
+++++++

4 camca cabai kering yang sudah diblender
2 biji tomato potong dadu
Sedikit daun pudina
4 sekawan
Garam
2 cawan santan

cara masaknya
boleh tengok you tube maknab kaknab1

gulai penang





roti canai

hari ni hujan, tak boleh keluar senaman, nak pi makan pun tak boleh. so, buat roti canai la jawabnya. gulai ikan semalam ada lagi. boleh lah gu dengan roti canai. tak buat banyak 4 biji saja untuk 2 biji tiap seorang. pukul 5 bangun sebelum solat uli tepung dulu, pukul 7.00 boleh lah goreng, suami pula makan ubat kencing manis hanya boleh makan pukul 7.30. save la kan. 

maknab memang suka roti canai yang rangup dan nipis, kalau pi makan dikedai yang isi tak garing maknab tinggal ja, maknab makan kulit yang rangup tu. kalau boleh sendiri kita tau la buat nipis2 dan goreng garing garing.



yang ni kasi banjir sama dia.

mai kita tengok resepi yang simple hanya untuk 4 biji roti canai saja. kalau nak buat lebih tambah tambah ja la ya. 2 cawan tepung dapat 4 biji saja. sebab untuk 2 orang, maknab dan suami.

2 cawan tepung gandum
1 camca makan minyak masak
1 camca makan susu pekat
sedikit garam
air sejuk dari peti ais atau air sejuk coway secukupnys
telur sebiji (pecah dan kacau kacau) optional kalau tak masuk pun tak apa. Roti lembut juga.

campurkan tepung, minyak masak, susu pekat, gaul gaul bagi dia sebati kemudian masukkan telur, kacau kacau bagi semua sebati. baru masukkan air garam, sambil uli agak agak cukup lembut, kalau terlembik tambah tepung ja.

bila dough tepung dah elok jadinya barulah bulat bulatkan dia. salut dengan margarine dan perap sekejap. maknab perap 1 jam setengah saja. pastu tebar dia bentuklah ikut suka nak buat bulat ka, 4 segi ka, kemudian goreng macam biasa. ok selamat mencuba

07 June 2023

Char koay teow

Kelmarin maknab buat char koayteow rasa sedap pula, so simpan resepi dia. Resepi ni pun maknab yg main boh ja. Dah sedap kena maintain sebab lain kali mesti lupa punya.

Ni maknab goreng untuk 2 orang saja.

Bahan A
1 camca besar sos ikan 
1 camca besar kicap pekat (maknab guna kicap mahsuri yang rasa pedas2 tu)

1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato

1 camca besar cabai
 ( cabai ni maknab dah masak, ini ialah sambal mee curry, yg mak nab masak dengan udang kering dan bawang kecil dan bawang putih. Maknab saja masak lebih dan simpan senang nk masak mee koayteow atau bihun
 Kena simpan dlm freezer supaya tahan lama.

2 camca besar air, maknab guna air udang.

Bancuh semua bahan di atas.

++++++++
Bahan B
Koayteow
Taugeh
Bawang putih ( tumbuk lumat)
Kucai
Udang 
Minyak untuk memasak

Telur

Cara masaknya.

Tumis bawang putih hingga garing, kemudian masukkan udang, masukkan koayteow, kacau sekejap, masukkan sos koayteow yang dibancuh tadi, kacau kacau biar semua adun dengan sos  masukkan telur, kacau hingga telur masak kemudian baru masukkan taugeh dan kucai kacau sekejap. Siap dan bolehlah  dihidang








04 June 2023

Nasi dengan durian

Setahun sekali musim durian mesti makan nasi dengan durian, santan dan gula. 

Ada beza tak