salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
Showing posts with label resepi kuah. Show all posts
Showing posts with label resepi kuah. Show all posts
31 August 2009
kuah lodeh
kalau makan nasi himpit xade kuah lodeh memang xlengkap menu ni. di bawah ialah resepi kuah lodeh
100 gm udang kering (titumbuk)
rm2 santan segar
sayur pucuk
suhun
1 keping tahu (goreng dan potong )
1 keping tempe (goreng dan dipotong anggaran 1/2 inci dan
1 batang carrot
15 batang kacang panjang (dipotong nipis2)
jangung muda
dalam periuk campurkan semua sayur2 keras bersama santan dan masak hingga mendidih, perlu di kacau selalu supaya santan tidak meruap, masukkan udang kering, bila semua sayur agak hempuk baru masukan tempe, suhun, pucuk, tahu, masak sekejap jagan lupa bubuh garam ,biar semua sayur layu baru di angkat
kuah kacang
ini pula resepi kuah kacang untuk dimakan bersama nasi himpit
15 cili kering (dimesin halus)
150 gm udang kering (ditumbuk halus)
400 gm kacang tanah tumbuk
2 camb gula merah
2 camb gula putih
garam
secukup rasa asam jawa atau asam keping
air
untuk di mesin sekali
2-3 inci lengkuas
5 batang serai
1 ulas bawang besar
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
panaskan minyak tumiskan bahan yang dimesin, bila dah garing dan wangi masukkan cabai, masak hingga cabai betul2 garing dan wangi masukkan asam keping atau air asam jawa, garam.gula merah, dan gula tambahkan air jika perlu, masukkan udang kering, masak lagi supaya udang betul2 masak akhir sekali baru masukan kacang tumbuk, biar kuah mendidih dan pecah minyak baru angkat.

18 November 2008
KUAH ROJAK
Ni resepi kuah rojak, dulu kaknab jual rojak buah dan calit sengkuang. cubalah
1 cawan kicap pekat
500 gm gula merah atau gula melaka
10-12 cili kering (kalau nak pedas boleh tambah lagi) digoreng dan tumbuk dengan belacan
1 inci belacan bakar
4 camca besar otak udang (petis orang selatan panggil)
kacang tanah (goreng dan tumbuk)
cili sauce 1 cawan (ini cuma optional, kalau xbubuh pun xape)
4-5 camca cabai makau (kalau xade pun xape, setengah tempat payah nak cari, kat penang memang rata2 kedai cina jual.)
gula pasir
300 gm biskut merrie (hancurkan bagi jadi serbuk, ini untuk memekatkan kuah)
sedikit garam
masak gula merah dengan kicap sampai hancur, masukkan bahan2 lain seperti, cabai, cili sauce,
otak udang, cabai makau, gula pasir, garam masaklah biar lama sedikit, akhir sekali masukkan serbuk biskut merrie kacau sampai dia sebati dengan kuah, masak biar betul2 pekat, boleh masukkan kacang kalau suka, atau boleh campurkan kacang semasa membuat rojak.

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...