ads

14 December 2010

lengan baju kurung tidak tercunggit

kaknab xtau nak guna bahasa apa untuk tercunggit, ini bahasa utara harap dapa paham ye hehehe.


02 December 2010

teringakt bapa ku

Entah mengapa hari ni kaknab dok teringat kat bapa saja. dia telah kembali pada 21/9/10, pada usia 91 tahun. Bapa kaknab kalau dia masih hidup rumah anak2 mana pun dia xmau pi, kalau ajak dia nanti kata xpa lah esok esok boleh pi, kecuali ada kenduri ke sakit ke. Kalau kaknab ajak mai rumah kaknab kat Permatang Rawa Bukit Mertajam, dia kata dulu dah pi dah, selalu dok lalu naik basikal pi kulim, lalu kut situ lah. Masa dia masih hidup dia memang rapat dengan kaknab,  kalau balik rumah dia, kaknab selalu tolong gulung rokok daun dia, tapi kaknab buat dia kata selalu xkemas, nanti angin masuk kalau hisap rokok yang kaknab gulung hahaha, Kini semua tinggal kenangan, dari kecil tidak pernah pun dia menjentik kami, yang dia tahu candik (cakap terbalik), contoh, kaknab cakap, bapa nak pi tengok wayang, dia nanti kata pi pi pi, maksud dia tu xpi lah, tapi kaknab dulu buat2 xfaham je, dia suruh pi kaknab pun pi lah, kalau kaknab pi main, balik rumah, dia kata balik buat apa awai lagi, kaknab pun pi main lagi lah, dah dia kata awai lagi. tapi jagan takut, dia memang xpukui punya. candik saja .

gambar kenangan kaknab dengan bapa.




note: xtau pembaca blog faham x apa tu candik, pandai pandai cari lah nooo.

30 November 2010

masih ku ingat lagi kenangan silam.

tengah tengah jait baju, boring lah pula, masuk blog lagi baik, xade apa nak cerita, jum kaknab cerita pasal make make up kaknab. kaknab dah 54 tahun, kaknab mula kenal make up tahun 1975, baru habis sekolah, masa tu keje kilang motorola kat bayan lepas, baju hijau, ada bolero lagi memang cantik uniform dia, masa tu, dapat gaji 2 minggu sekali. hari khamis, kaknab ingat lagi, kalau hari tu kat penang road, asyik jumpa budak motorola je, pi shopping, xketinggalan kaknab juga. 

masa tu supermarket xbanyak, yang ada sayang supermarket kat atas chowrasta market tu, oriental departmental store, sekarang dah jadi komtar,  lipstick yang mula2 kaknab beli ialah outdoor girl kolor hijau pack dia, dulu outdoor girl kira lipstick yang mahal juga lah chewah, pastu mary quant, siapa masih ingat lagi mary quant, mahal juga tu, yang kaknab paling suka mascara, amboi kalau xpakai mascara xpi keje lah, mascara make up yang paling cepat habis, bulu mata ku yang panjang dan lentik amboi sampai sekarang pun dok lentik lagi eksyen lah tu. hehehe. masa tu rajin pula pi buat facial, kedai saloon and perm parlour kat dalam bazar penang, mak nya tu ada anak kembar, anak kembar dia ni lah yang buat facial, masa tu buat facial murah rm7.00 saja. siap cabut bulu kening, tapi kaknab mana ada cabut bulu kening dari dulu hingga sekarang cam tu lah lebat, xcabut langsung kira original lah hahaha. 

dulu ingat lagi cream yang selalu orang dok pakai nama 'ching lon' sapa pakai kream ni muka jadi putih licin, gebu, tapi kaknab xboleh pakai sebab muka kaknab berminyak, so tengok orang pakai je lah, yang kaknab pakai hezeline snow, yang iklan dia sejuk macam salji, penipu punya iklan hahahaha.dulu dulu lipstick orang pakai merah menyala, ingat lagi bapa kaknab selalu komplain pakai merah sangat, mulut macam jubuq ayam hahaha, dah aruah pun bapa kaknab. semoga rohnya dicucuri rahmat. 

sejak dulu lagi kaknab pun dah tahu pakai cleanser kaknab pakai ann french dia milk cleanser, tapi dalam dok jaga pun muka kaknab tumbuh jerawat batu besar2 huhuhu sian kaknab, apa boleh buat mewarisi bapa kaknab lagu tu, nak buat camna, kaknab beli clearasil untuk menghilangkan jerawat, tapi yang satu xkecut lagi tumbuh yang lain pula huhuhu, tu lah muka kaknab berlubang lubang macam tar jalan hahahaha, sian kaknab. memang xhilang punya parut jerawat ni, melainkan pi laser lah baru muka licin kut, biaq pi kat dia lah, janji sihat sudah noooooo.

28 November 2010

salah satu dari hobby kaknab





ini ialah barang barang make up kaknab.

26 November 2010

NAK JADI MARY KAY CONSULTANT.

Berminat dengan business kecantikan, jum join kaknab jadi MARY KAY BEAUTY CONSULTANT., mudah saja, dengan hanya RM180+20 untuk ESRS class, anda sudah jadi MARY KAY BEAUTY CONSULTANT,. Apa itu ESRS, ESRS ialah Essential step to reach success. RM200 bukan bagi saja, anda akan mendapat macam2 skincare product MARY KAY, beg, dll yang bernilai rm500.Dengan mengikuti kelas ESRS kita diajar supaya menjadi beauty consultant yang berjaya dengan pendapatan yang lumayan. SAMBIL CANTIK SAMBIL CARI DUIT. Setelah menjadi BC anda boleh membeli barangan MARY KAY dengan discount sebanyak 30-40% mengikut point yang dibeli. MARY KAY products merupakan satu jenama yang terkenal dan terunggul di US, dengan harga yang tidak berapa mahal dengan kualiti yang tinggi. berminat boleh lah email atau call kaknab.

DAH SIAP UNTUK BEKERJA



kaknab dah pun make up make up untuk memulakan kerja hari ini. kaknab kena siap lawa2 juga untuk bekerja. kaknab kerja apa? sudah tentu lah surirumahtangga, surirumah pun kenalah siap cantik2 wpun didapur, itu pun kerja juga kan, kadang2 kaknab tanya sesorang, kerje ke, dia cakap xkerja dok rumah je. surirumah tu kerjalah kan. macam pergi kerja kat pejabat2 kita make up2 lawa, kat rumah pun sama juga, inilah pejabat kita. kalau membasuh, mengemas, memasak pun kena lawa juga hehehehe. kalau teringin pakai kasut tinggi, kat dapur masa masak pakailah kasut tinggi, biar elegen. Ini tidak mentang mentang dok rumah memasak, pakai Tshirt kain batik. katanya xkisah kat rumah sapa nak tengok. salah tu, biar sentiasa bersolek nampak lah sofistikated sikit hehehe. Sebenarnya bekerja sebagai surirumah adalah satu kelayakan yang paling tinggi. okay mulai hari ni kalau orang tanya kerja x, jawab kerja sebagai surirumahtangga.

cantik oleh mary kay

sudah 18 hari kaknab menggunakan mary kay skincare. kaknab menggunakan Timewise products iaitu 3-1 cleanser, anti aging moisturiser, day lotion, night lotion. kulit kaknab jenis berminyak so kaknab gunakan combination/oily. 3-1 cleanser merangkumi, mencuci, exfoliate (proses sel kulit yang mati) dan menyegarkan. moisturiser pula mengandungi spf 15 dan day lotion mengandungi 25 spf, jadi kalau kaknab keluar siang waktu panas pun kulit dilindungi oleh spf. night lotion pula kaknab gunakan waktu malam, dimana kaknab sedang tidur , lotion ini menolong memproses sel2 mati, mengurangkan garis garis halus dan menegangkan kulit yang kendur sebab ketuaan.

                                sebelum menggunakan mary kay skincare


                               selepas 18 hari menggunakan mary kay skincare

di samping itu kaknab juga menggunakan timewise eyecream untuk mengurangkan dark circle dan garis2 halus di bawah mata. kulit kaknab yang dah berumur akan kering walaupun asalnya kulit jenis berminyak, ia akan kering dan kusam apabila berusia, jadi sebagai supplement kaknab gunakan oil free hydration cream, ia membuat muka kaknab lembut dan glow glow gitu,.

                                                     ini lah yang kaknab guna.

gambar di atas tanpa make up langsung, ia adalah muka kaknab yang asli. hehehehe. bukan apa nak proof betapa bagusnya mary kay.

Untuk bibir yang sentiasa segar, kaknab gunakan mary kay lip mask dan lip balm. lip mask dan lip balm kaknab mula pakai 16/11/10. perhatikan tarikh di tudung tube itu, kaknab letak tarikh supaya kaknab tahu berapa lama satu tube tahan. lagi pun lip mask dan lip balm kita gunakan seminggu 2 kali cukup. Oang selalu kata mary kay mahal, mahal sedikit sebab ia berkualiti tetapi jika kita menghitung semula harganya dan berapa lama kita guna, congak pi congak mai, xlah mahal sangat. apa salahnya buang sedikit wang untuk memanjakan dan membelai wajah kita yang meningkat usia.
                                                      lip mask dan lip balm

15 November 2010

MARY KAY OH MARY KAY

stay beauty and make money.

kaknab sudah berumur 54 tahun. tapi masih mahu kelihatan anggun wpun tidak cantik. Dari dulu kaknab sentiasa teruja untuk mempunyai kulit muka yang cantik, halus mulus, gebu, tetapi malang, atas fakta keturunan kaknab mewarisi bapa kaknab dimana muka akan tumbuh jerawat batu yang besar2 sejak remaja lagi. Memang sedih dan pedih, dahlah tumbuh besar2, yang satu belum pecah lagi yang lain akan muncul pula. tangan yang gatal akan picit, getu, apa2 saja lah untuk melihat jerawat batu itu pecah. kesudahannya berlubang2 lah pipi, hidung, dagu dan dahi bekas parut jerawat. muka berkerutu bagai kulit buah nona. parut2 ini kekal memang tidak akan hilang buat selamanya. sedih huhuhuhu. dulu mana kita mampu beli ubat jerawat, yang kaknab ingat beli clearasil, itu pun bila dah habis satu tube, nak beli yang lain fikir dua kali dik tidak mampu. apa bila sudah berumur, selalu pula tengok website tentang kulit dan produk yang baik untuk muka, terimbas mary kay, tengok pada harganya, memang agak mahal, wpun tidak semahal SK11. Lalu kaknab mencuba nasib, buang lah sedikit wang, untuk kelihantan berseri sikit, cantik tu jauh sekali lah, kalau dah 54 tahun faham faham je lah. apabila dihitung panjang harganya dan jangka masa yang kita guna untuk menghabis kan satu tube product yang kita beli tidak lah mahal sangat, ia tahan agak lama juga wpun digunakan hari2. kaknab beli dan guna mary kay bukan untuk kelihatan cantik tetapi untuk kelihatan berseri, ceria dan tidak kusam. muka kita juga manja perlukan belaian, mary kay lah jawabnya.

MARY KAY TIME WISE ANTI AGEING EYE CREAM

mary kay anti ageing eye cream





















Its amazing and awesome friends, no more dark circle and puffy eyes
 after using mary kay anti ageing eye cream just for one week. This
 picture was taken this morning and without the concealer to cover the
 dark circle. Imagine just one week, no more dark circle and wrinkle,
 if using for a longer time really can say bye bye to dark circle and
 wrinkle. kaknab never felt so good about the skin around my eyes area. Its
 just a small tube, kaknab only have to apply a small amount per application.
I m so happy of the results. kaknab would like to share this with all of
our friends.


this is just a simple make up for ageing woman of 54+ like kaknab,
 just apply very thin medium coverage foundation ivory 200 top up with
 beige 1 mary kay loose powder, just apply a bit of mary kay 
eyeshadow. no need concealer.

30 October 2010

MARY KAY SKIN CARES AND MAKE UP

after my order from US arrived. that is a  sample make up and skin care of Mary Kay, I started applying one by one, wow most of the stuff I used very very very very excellent. today without hasitation I called the beautiful consultant of mary kay and asked her how to become mary kay bc. but first thing I got to do is to get my face to utmost supple and flawless. so I got to buy all the skin care product use first,  then only can promote right. The Mary kay BC has emailed me and jotted all the procedure how to become a mary kay bc, So, maybe, maybe I will be joining to be one of the mk bc. hope so. hihhihihi.

19 October 2010

MASCARA GREAT LASH BY MAYBELLINE - I love this mascara

tengok tu bulu mata kaknab macam palsu, itu original punya lashes tau, kak nab guna mascara maybelline great lash, memang best bulu mata lentik dan lebat. tidak dijual di malaysia, kena order dari US. kaknab order dari EBAY. xmahal pun murah sangat tapi bagus tau.

06 October 2010

muffin oh muffin

lama betul kaknab xmasuk masakan ke blog ni. pagi kaknab buat muffin, tepung muffin yang lebih masa kenduri anak, ada banyak lagi kaknab  buat 1/2 kilo untuk sarapan pagi.


resepinya:

500 gm tepung muffin (premix) boleh beli di kedai kek
4 biji telor
1/2 cawan minyak jagung
125 gm susu cair

tepung, telor dan susu di campur dan kacau selama 5 minit, campur kan minyak jagung, kacau lagi selama 5 minit atau lebih sehingga adunan bercampur dengan sebati. masukkan ke dalam acuan bakar selama 25 minit dengan kepanasan oven 180 atau 200c.

29 September 2010

                                                             sebelum

                                                                   selepas


                                                      pakai spec lah pula






make up yang diguna :-

toner - neutogena deep clean
moisturiser -  neutrogena moisture spf 15
foundation - body shop
blusher - maybelline
eye shadow - sishiedo
bronzer - mac -  golden
concealer - mac NW30
mascara - maybelline curly extension
eye pencil - maybelline 
lipstick -  maybelline
lip gloss - body shop
bedak - pixy natural beige

28 September 2010

x ade keje cari keje, saja je solek kawan kaknab kat berek ni, just for fun.

05 August 2010

langsir raya 2010 dah siap

zoom scallop dari dekatni langsir kat ruang tamu
ni pula langsir tingkap bilik
ni langsir pintu

02 August 2010

dah nak posa dan nak ghaya/

WEI KITA DAH NAK POSA XLAMA LAGI, NANTI KAKNAB SIBUK LAH XBOLEH MAIN MAIN DENGAN BLOG LAGI. HUHUHU. BAJU NAK JAHIT, BAJU MELAYU ADA 6 PASANG, BAJU PENGANTIN, BAJU RAYA, LANGSIR, HARI NI LAST KAKNAB NAK TEK TEK TEK KAT KEYBOARD NI, START ESOK PULUN PULUN PULUN LAH, NAK POSA. NAK GHAYA. APA PUN KAKNAB UCAP SIAP SIAP SELAMAT MENYAMBUT POSA ALMUBARAQ. OKAY 
SELAMAT TINGGAL BUNGA KU HEHEEHE SAJA JE.

28 July 2010

RA RA RASPUTIN DANCECISE

JOM MENARI SIKIT BAGI KELUAQ PELUH