ads

14 December 2014

kahak di tekak

articles dipetik copy and paste dari blog Dr Zubaidi. terima kasih Doktor beri info kaknab simpan dalam blog untuk bacaan  kita semua. 

Apakah yang menyebabkan lendir/kahak (phlegm)?
Lendir (Phlegm) adalah cecair yang pekat, melekat dikeluarkan oleh selaput  mukus (mucus membrane) yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di sepanjang saluran pernafasan daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila lendir ini berkumpul, ianya akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut kecil) daripada paru-paru naik ke tekak.
Lendir yang sedikit selalunya tidak mendatang masalah kerana ianya adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Lendir di paru paru dan trachea memerangkap habuk dan bendasing dan membawanya ke tekak ddengan cara rerambut cilia menolak lendir itu ke bahagian atas. Sekaligus menghalang habuk daripada masuk ke dalam sistem pernafasan. Namun begitu, lendir yang banyak menunjukkan ianya disebabkan oleh penyakit, dan bukannya perkara yang normal lagi. Ini berlaku terutama apabila lendir terlalu banyak dan mempunyai warna kuning atau hijau atau kuning kehijau-hijauan.

Apakah penyebab lendir berkumpul di tekak.
Lendir (phlegm) di tekak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Sesetengah orang mengalami perasaan lendir di tekak pada waktu malam, manakala sebahagiannya pula mengalami lendir di waktu awal pagi. Ianya mungkin petanda bagi masalah saluran pernafasan yang kronik. Namun begitu masalah allergik (alahan) dan jangkitan virusadalah punca utama bagi lendir.
Tindakbalas allergik adalah disebabkan oleh habuk atau bendasing yang kecil. Sebagai contoh jika seorang pekerja di kilang kain, masalah utama beliau ialah terpaksa berdepan dengan habuk2 kain yang bersaiz kecil berterbangan di udara tanpa beliau sedari. Seorang guru yang mengajar murid-muridnya menggunakan kapur semasa menulis di papan hitam juga menghadapi masalah allergik pada habuk kapur, atau jika guru itu menggunakan pen marker untuk menulis, kemungkinan beliau akan allergik kepada bau dakwat yang digunakan.
Apabila tekak diserang oleh habuk sebegitu, ianya akan mencepatkan pembentukan lendir (mucus), yang bertujuan untuk mengumpulkan bendasasing yang halus ini dan dibuangkan dengan proses batuk. Ianya adalah sebahagian daripada sistem ketahanan tubuh (body immune system), pada masa yang sama menyebabkan radang tekak, selain dari pembentukan kahak yang banyak tadi.
Walau bagaimana jika tekak “diserang” dgn hebat, tubuh akan melipatgandakan sistem pertahanan sehingga menyebabkan saluran pernafasan menyempit, bagi mengelakkan banda asing ini masuk ke dalam saluran pernafasan. Ini dinamakan “bronchospasm”yang berlaku pada pesakit asthma, yang mana jika mereka bernafas, saluran pernafasan yang sempit menyebabkan pesakit mengeluarkan bunyi yang nyaring ketika bernafas.
Selain dari masalah itu, lendir yang banyak dan berkumpul boleh menyebabkan saluran pernafasan terhadang (block). Penyempitan saluran pernafasan (bronchospasm) dan saluran pernafasan yang tersumbat disebabkan oleh lendir yang pekat (mucus plug), boleh mengakibatkan kematian terutama pada kanak-kanak.
Lendir yabg terlau lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia.
Jika seseorang mengalami demam yang tinggi, sakit tekak, sakit kepala dan selsema bersama lendir yang jernih, ianya mungkin hanya jangkitan virus. Jika lendir atau kahaknya berwarna kuning, ianya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria, terutamanya apabila lendir/kahak kuning itu beserta dengan demam yang tinggi susah bernafas, sakit kepala dan sakit di bahagian otot-ototnya.

Kahak yang melekat

Mereka yang mempunyai masalah lendir di waktu pagi selalunya mengalami keadaan di mana lendir ditekaknya akan selalu “melekat” di situ. Keadaan ini dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan di mana lendir yang dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak memeleh keluar melalui lubang hidung tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak.
“Post Nasal Drip” selalunya sangat berkait rapat dengan allergik atau sinusitis. Selain itu tabiat menghisap rokok juga menyebabkan lendir di tekak dan sukar dibuang.  Bagi penghisap rokok yang kronik, selalunya kesan jangka panjang ialah paru-parunya sentiasa berlendir ( chronic bronchitis) dan kadang kala rosak paru-parunya dan sukar bernafas (emphysema).

Cara mengurangkan lendir
Lendir di tekak biasanya dirawat dengan pengambilan antihistamine, decongestant dan dalam kes yang teruk, mungkin steroids.  Namun begitu ada beberapa cara yang mudah bagi mengurangkan lendir di tekak yang boleh dicuba di rumah.
Salah satu cara yang mudah dengan minum air suam seberapa kerap yang boleh. Pesakit boleh menambahkan madu ke dalamnya. Cara lain dengan mencampurkan madu dengan cinnamon (cengkih) dan diminum dengan secamca madu. Jika tidak, boleh makan sup tomato disediakan dengan halia, bawang putih dan lada putih (pepper).
Walau bagimanapun harus dicari punca (sources) penyebab allergik di dalam rumah atau di persekitaran rumah anda.
Allergik pada habuk dan cuaca sejuk adalah salah satu sebab utama bagi mereka yang mempunyai allergi.

09 December 2014

mata jadi kecil

Hari ni cukup sebulan mata kaknab yang kena operate. Kaknab dah pi buat spec untuk membaca. Penglihatan jauh memang terang sangat.
Bila dah siap jumaat ni baru lah balance keduabelah mata ni

Tapi yang tak best mata kiri yang dah operate tu jadi jauh lebih kecil dari mata kanan kaknab memang ketara.

Kecik kan sebelah kiri

01 December 2014

3 Minggu selepas operate cataract

Hari ni cukup 3 minggu kaknab operate mata cataract. So far so good, luka semua dah ok, mata pun terang cuma dekat tak berapa boleh Baca dengan terang. Bila kaknab Google rupanya kanta yang dimasukkan bukan multifocal tapi untuk vision jauh saja. Tulah harganya cuma rm750. Bila kaknab Google memang ada multifocal IOL atau kanta artificial, tapi harganya us850 kalau rm Mau 2 ribu lebih. Dah lah mahal kadang2 ada masaalah pula nanti, patut malaysia tak rekemen kat patient depa.

Kaknab masih lagi bubuh eyedrop yang doctor bagi. Tapi bila titik ubat tu mata jadi merah ambik masa juga nak hilang. Cukup sebulan bolehlah kaknab buat spec baru. Yang dok pakai ni belah kiri kosong power sebab cataract. Dah ok boleh boh power dekat semula. Power jauh terang.