ads

30 October 2014

cataract

cerita pasal mata cataract lagi, kaknab dah pi check power jauh dekat. Dah check jantung, tekanan darah dan tahap gula dalam darah, semua seems okay. Selalu kalau dulu blood pressure kaknab 120/70,130/70. Tapi check kali ni 142/70, tapi nurse tu kata ok lagi. Kadang2 kita check macam2, bagi sedikit tekanan. Tahap gula pula 5.4 walaupun dah makan segelas teh tarik dan sepinggan koayteow.

semua ok kaknab akan admit pada 4/11/14 dan operate cataract pada 11/11/14. Kenapa kena dok hospital sampai seminggu pre-op. Suami kata nak korek semua biji mata kut hehe. Sebelum ni, mil pun operate juga tapi 3 2 hari je admit sebelum op. Tak kisah lah seminggu dok kat wad bukan nak kena bayar, kanta harga 750 pun free. Untung orang pencen, terima kasih. Kanta ada dua harga satu 500 satu lagi 750, kaknab ambik yang 750 sebab ada UV protection.

Nanti kaknab update lagi selepas operation. Semoga semuga berjalan lancar.

robbiyassir, wala to'a sir, robbi atmibilghoir.

25 October 2014

pokok lampu

Pokok lampu di sungai petani. Pokok menjalar yang menutupi tiang lampu. depa nak tunggu sampai pokok tutup semua tiang termasuk lampu baru depa nak clear pokok ni. ketidak prihatinan perwajib. siapa kalau bukan mpsp dan tnb.

gambar ni kaknab rakam semasa kaknab memancing kat kolam tadahan banjir bandar perdana, tak tau pokok ni dok kata mana, mungkin kat taman keladi kut.
pokok lampu

mata berselaput (CATARACT}

Mata berselaput, atau selalu orang sebut cataract dalam bahasa english ialah satu lapisan selaput  yang menutupi anak mata, membuat mata kita menjadi kelabu. Kalau terlalu tebal boleh menyebabkan buta. 

Ini ialah mata kiri kaknab yang berselaput, sudah ranum menunggu masa untuk dibedah untuk menggantikan kanta palsu, macam mana depa buat kaknab tak tau lagi. hari selasa ni, baru ni pi appointment untuk diperiksa banyak mana power kanta banyak ke sikit. nak tengok juga kaknab punya jantung, darah tinggi semua stable baru boleh operate. kaknab tak ada masaalah apa2 kencing manis dan darah tinggi semua normal. minta2 pembedahan boleh dibuat secepat mungkin. kerana la ni mata kiri memang kelabu teruk. 

Mata kiri. Selaput yang agak tebal juga. 

mata kanan. Yang ni pun ada juga selaput sikit sikit, tapi baru tepi tepi saja, belum menutupi semua/ 

14 October 2014

I put on weight huhuhu

Amboi amboi kaknab title in English pula. Put on weight. Memang pun, baru timbang masa kat rumah anak. Timbang dia digital memang exactly xdak tipu punya.

60.1 kgs huhu, kaknab yang rendah mestilah nampak rembang. Ish, nak buat macam mana. Hari tu posa 58 kgs. Lepas raya, ambik hang kaknab oi, 60 memang for sure xturun dah hai.

Yang my husband pula 77.9. Lagi sikit 80 kgs cik abang oi. Dalam kami 2 orang dok posa isnin/khamis, xturun pun, biaq pi kat dia lah, janji sihat walafiat.

Teringat masa dolu dolu, amboi pinggang kakhab 22. Kira kalau beli belt. Dulu2 kan fesyen belt pakai dengan skirt, baju tuck in. Ada belt lebar gedebak, ada yang kecik tirus. Kalau beli memang kena tebuk lubang extra, hehe.

Kalau beli jeans size 27 or 28. Mesti kena jait lagi pinggang dia. Sebab pinggang seluar tu besar, punggung baru boleh masuk. Kalu beli yang pinggang ngam ngam, xmuat pula punggung dia.

ukuran dulu 22-34. La ni punya ukuran 33-42 yang 22 tu pinggang, yang 34 tu punggung la. Cuba tengok banyak beza 22-34 to 33-42.

Tak apa lah nak buat macam mana. Dulu umur 20'an la ni 50'an nak masuk 60. Minta tak dak penyakit sudah nooo.