ads

sudi sudi tanda tangan disini

ketupat raya

ketupat raya

roti bun kaya pandan


teringat nak buat roti pula hari ni, untuk makan petang, pi dapur tengok tepung roti ada lagi 300 gm saja lagi, bolehlah tu kalau buat roti bun dapat lah 10 biji, bila dah siap dapat 11biji. anak anak makan tinggal lagi 3 biji bolehlah simpan untuk suami bila dia pulang dari kerja nanti. resepi ni kaknab ambik dari blog mat gebu, sebab ambik dari mat gebu,roti memang gebu for sure. hehehe, mat masukkan santan, tapi kaknab xdak santan so kaknab xmasuklah. terima kasih mat kerana kongsi  resepi ni.

300 gm tepung roti
50 gm gula halus
6 gm instant yeast
1 camteh susu tepung
1 biji telur
3/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softener (yang ni mat xboh saja kaknab boh)
sedikit garam
30 gm butter
air sejuk secukupnya.
pandan paste

kaknab buat roti senang je, campurkan semuanya, kemudian masukkan kedalam mixer guna mixer roti, campurkan air sedikit demi sedikit takut nanti terlebih air jadi lembik pula, biar dia pusing sampai jadi doh yang lembut.. simpan selama  45 minit, bila dah naik tumbuk tumbukan doh untuk buang angin, kemudian uli sekejap dan bulatkan agak2 seberat 35 gm, bubuh sekaya  tutup elok2 seperti buat kueh pau, letak ke dalam loyang, sapukan sedikit air ke atas roti taburkan dessicted coconut, tunggu  45 minit, bila dah naik bakar dengan api 190c selama 2 minit.

capati




pagi ni bersarapan dengan capati, dengan gulai ayam, kaknab xade lah pandai buat capati, selalu dok buat keras entah kenapa, so hari ni try lagi, buat macam tu, lembut lah juga , kira okay lah untuk kita yang jarang jarang buat, sebab bukan makanan  kita, sekali sekala bolehlah.

250 gm tepung atta
2 cambesar margarine atau minyak sapi
air suam
sedikit garam

gaul tepung atta dengan margarine, masukkan garam dan air, uli hingga jadi doh, perap tutup dengan kain basah selama 30 minit, kemudian bulat bulatkan canai dan masak dengan non stick kuali, alih alihkan sekali sekala, pedap pedap dengan tuala bagi dia mengelembung sikit. okay siap

kueh samperit




kueh samperit ialah kueh lama, kaknab mula mula buat kueh ni masa kaknab tingkatan 2 lagi tahun 1971. dulu kalau buat kueh ni memang kelas lah, masa tu kueh samperit adalah kueh yang terbaru, dulu dulu kecik kecik dah kena masak, jadi kaknab masa darjah 6 dah pandai buat kueh pau, mak kaknab buat kueh jual, jadi banyak jenis kueh yang kaknab tahu sebab tengok mak buat. budak budak la ni, dapur pun malas nak masuk, tapi anak2 kaknab xmacam tu memang dah dilatih masuk ke dapur, anak kaknab yang kedua herdawati memang rajin masak memasak, yang lagi satu  pula keje dia goreng ikan buat sayur, yang lain, dia xnak buat takut xsedap,  tapi at least kena juga buat kerja dapur, sebab itu kan kerja orang pompuan. ini ialah resepi kueh samperit yang selalu kaknab buat, simple tapi nice.

1 cawan tepung gandum
tepung jagung (ikut kelembutan doh, masukkan sampai doh lembut)
250 gm butter
180 gm gula
buah cherry
6 biji telur kuning
essence vanilla

pukul telur dengan butter hingga putih, masukkan tepung gandum, kacau lagi, masukkan tepung jagung, secukupnya hingga adunan boleh jadi doh yang lembut, jadi tepung jagung, kaknab xade sukatan boh saja ikut takat mana dia lembut. doh jangan keras nanti bila nak tekan, lama lama adunan ni nanti sedikit keras memang susah nak tekan. bila dah siap tekan dengan acuan bunga cina hias dengan cherry dan bakar.
jangan guna baking powder nanti dia kembang hilang kelopak bunga. lagi satu gula jangan lebih, nanti rongga di bawah.

bun raisin



salam semua, kaknab ni memang xberapa pandai buat roti, inilah kali kedua kaknab buat roti bun, kali pertama, keras penyet, kaknab ingat  xyah uli teruk teruk sebab dah ada yeast, uli sekejap sampai adunan sebati peram sekejap pastu bakar, haa ambik habuan hang roti xnaik hahaha. so malam ni buat lagi sekali bun raisin atau bun kismis, tadi pi beli tepung roti, bread improver, bread softener, tengok cam mana roti kaknab malam ni. suspense, ni ialah gambar roti yang di perap sekejap belum bakar lagi



 
roti dah di bakar, amboi naik melembong


                                      texture yang lembut dan gebu.


jom tengok resepi

700 gm tepung roti
100 gula halus
11 gm instant yeast
sedikit garam
sebiji telur
70 gm butter atau minyak jagung
35 ml susu cair
1/2 camteh bread imrover
1/2 camteh bread softener
air 350 ml - tuang sikit sikit dulu takut terlajak nanti lembik

1. gaulkan yeast dengan tepung, kemudian, masukkan gula, telor, garam, susu cair bread improver dansoftener, masukkan air sedikit demi sedikit  uli hingga kental,

2. masukkan butter uli lagi biar adunan betul betul lembut, uli selama 15 minit, kemudian perap dalam mangkuk dengan menutup dengan tuala basah selama 20 minit. bila dah naik, tumbuk tumbuk bagi angin keluar, kemudian bulat kan seberat 60 gm, atus ke dalam loyang, simpan dulu selama 20 minit -3 0 minit biar bola bola tu double size, kemudian bakar api 190c selama 10=15 atau kekuningan. siap boleh makan