ads

30 September 2009

pola kain duyung


ni kaknab buat pola kain duyung untuk kawan kawan. kaknab xberapa pandai nak paint, tapi boleh lah harap kawan kawan boleh faham

dari A turunkan 1/2" boleh kalau xmau
A-B = labuh kain = 38"
A-C = 8" (ini ukuran biasa dari pinggang ke punggung)
A-D = 18" untuk yang xberapa tinggi 20" untuk yang tinggi
           (di sini kaknab gunakan 18" untuk labuh kain 38") atau boleh juga ukur dari pinggang ke lutut

A-E = pinggang bahagi 4 tambah 1 (kalau nak buat getah tambah 2 inci lagi untuk getah)
C-F = punggung bahagi 4 tambah 3/4" (kalau nak ketat lagi tambah 1/2" saja)
D-G = 8 1/2" atau 9" (ini untuk size punggung 38" tapi kalau size punggung besar macam 42-48 kenalah besarkan sedikit.iaitu  ukuran punggung yang sudah dicampur kelonggaran tolak 1 1/2" atau 2". (contoh:  ukuran punggung 44 bahagi 4 + 3/4" = 11 3/4" - 1 1/2" = 10 1/4"
B-H = 14" atau ikut suka ukuran minimum ialah 14" untuk senang melangkah
H-I =  naik kan 1 inci dari H kemudian lukis ikut pembaris bengkok dari I ke B
cantumkan E,F,G,I
A=K = 4 1/2"
dari K lukis ke ke bawah 4" di sini kaknab xtanda. jadi kita tandakan x
K-L = 1/2"
K-M = 1/2"
cantumkan L-x dan M-x ini ialah untuk lisu

note: semasa nak meletak pola ke atas kain line ACDB diletakkan keatas lipatan kain,
         yang bertanda gelap hendaklah dibuang  antara BH dan AE

kaknab harap kawan kawan boleh faham. kalau xfaham boleh shout at kaknab.

29 September 2009

kek pound

tengah hari buat ketupat malam pula bakar cake. nilah cake yang kaknab buat. bulan posa, xsempat nak buat sebab dok pulun jahit, ni dia cake kaknab emmm sedapnya.


ketupat pulut

xpuas makan ketupat pada hari raya, kaknab buat lagi hari ini, tadi pagi pi market ada daun palas, pulut pun ada balance lagi, haa makan puas puas.



28 September 2009

mi bandung muar

hari ni masak me bandung muar, balik muar raya kedai makan  xbuka xdapatlah makan mi bandung. so balik rumah masak sendiri lah.


jom kita tengok resepinya. hidangan untuk 5 orang

600 gm mi kuning
1 keping tahu
300 gm tulang
                    300 gm daging (dipotong kecil)                                                       
3 pokok sawi
200 gm udang
                              300 gm keledek (optional untuk pekatkan kuahnya)direbus dan dimesin di lenyek halus
2 cambesar sos tiram
1 cambesar sos tomato
8 cawan air
5 biji telur

untuk di mesin sekali
8-10 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
                                            100 gm udang kering (rendam dulu supaya kembang)
cara caranya                                                                                                                                              
 celur kan mi dulu dan ketepikan                                                                                                                                                                                                        

dalam periuk rebuskan tulang dan daging. ketepikan. dalam kuali tumis bahan2 yang dimesin hingga garing      masukkan sos tiram dan sos tomato,, kemudian masukkan air rebusan daging tadi dan keledek yang dilenyek biar ia mendidih kemudian masukkan daging, udang, biar udang masak kemudian masukkan telur akhir sekali masukkan telur, biarkan telur masak, bila kuah sudah masak boleh lah masukan mi selama 5 minit kemudian siap untuk dihidang.  
kalau xmau masukkan mi dalam kuah pun xape boleh dihidang berasingan kalau nak makan baru curahkan kuah ke atas mi, sebab mi dah pun dicelur.                                                                                                                            



27 September 2009

bercuti di kuala trengganu


 

 

keropok terengganu memang sedap


ni ialah keropok lekor yang diberi oleh mak fahmi ole ole dari trengganu
keropok trengganu memang terkenal sedapnya. terima kasih

JALAN JALAN KE TERENGGANU

hari jumaat, pi jalan kat terengganu, rumah kawan herda.selama 2 hari, terima kasih kepada keluarga fahmi yang begitu merai kedatangan kami, dan membawa kami jalan jalan kat tganu, memang cantik dan banyak tempat tempat bersantai,


pi  makan ikan goreng dengan tepung, kat telok ketapang macam goreng pisang gitu,
ada ikan pari, kembong, sotong dan udang
ikan semua fresh, memang sedap, lagi pun kaknab ni kan kaki makan ikan
apa lagi balun sungguh2 lah macam kucing hehehe



ni gambar dekat pantai telok ketapang, dari kiri mak fahmi, abah fahmi,
husband kaknab, kaknab, herny dan  amirul

22 September 2009

buah mata kucing


dalam dok sibuk sibuk rebus ketupat sempat juga ambik gambar buah mata kucing kat atas pokok pakngah


dah puas makan ketupat pakat berhimpun ramai ramai makan buah mata kucing lah pulak


lagi gambar raya




pakat buat ketupat raya lah pulak

ni kaknab tengah buat ketupat daun palas


yang ni pula husband tengah menganyam ketupat nasi.
ni gambar beramai2 keluarga sebelah hubby, ni separuh je dari keluarga, ad ayang xbalik lagi. kaknab xadelah dalam gambar ni sebab kaknab yang ambik gambar huhuhu


ini ialah gambar kaknab and hubby. pada hari raya pertama  di kampung, muar, johor. sept 2009






14 September 2009

buat kueh raya lah pulak

my favourite kueh samperit  (gambar ni belum dibakar lagi)

yang ni pula dah pun dibakar

02 September 2009

kari kepala ikan



hari ni masak kari kepala ikan, selain dari rempah buat sendiri, kaknab guna rempah ikan alagapas tetapi kaknab tambah juga ketumbar, jintan putih, sajira dan kas kas.
ingat lagi dulu2 mak kaknab panggil alagapas ni, cabai gapa ala dah hilang hehehe, rempah ni memang menjadi kegemaran keluarga kaknab dari dulu dah lebih dari 50 tahun guna rempah ni,

jom tengok resepinya.

2 biji kepala ikan
60 gm rempah ikan alagapas
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan pati santan
garam
 1 camb ketumbar (di  tumhuk halus
1 camteh jintan manis (ditumhuk halus)
1 cam teh serbuk kas kas
1/2 camteh sajir (ditumbuk halus)
10-12 biji bendi
2 biji tomato

bahan penumis
1 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit daun kari
1 camteh halba campur

rempah kari di bancuh dengan air, campurkan sekali ketumbar, jintan putih, sajira dan kas kas.
panaskan minyak tumiskan bahan penumis tadi biar garing masukkan rempah kari ikan kacau lagi hingga naik bau dan pecah minyak, masukkan air asam jawa, kacau lagi , kemudian masukkan santan tambah air kalau terlalu pekat, bila dah mendidih masukkan bendi,  ikan. biar sekejap hingga ikan masak dan bendi empuk masukkan tomato yang dibelah . jangan lupa garam.

01 September 2009

jom menari poco poco



Balenggang pata pata
Ngana pegoyang pica pica
Ngana pebody poco poco
Cuma ngana yang kita cinta
Cuma ngana yang kita sayang
Cuma ngana suka bikin pusing
Balenggang pata pata
Ngana pegoyang pica pica
Ngana pebody poco poco
Cuma ngana yang kita cinta
cuma ngana yang kita sayang
cuma ngana suka bikin pusing
Ngana bilang kita na sayang
Rasa hati ini malayang jauh dija dija
Biar ngana kita pebayang
Biar na bikin layang layang
Cuma ngana yang kita sayang