ads

25 December 2018

jom kita tengok serabai yang kaknab buat hari ni. kali ni kaknab menggunakan yeast dan nasi sejuk. entry kaknab yang dahulu kaknab menggunakan tapai nasi. agak troublesome sikit, nak buat tapai kerja yang remeh.

Dengan menggunakan yeast dan nasi sejuk, lebih mudah cepat dan memang lembut sangat.


Resepinya

2 cawan tepung beras
1/2 cawan nasi sejuk
2 cawan santan cair
2 camca gula
Sedikit garam
1 camcateh yeast
1/2 cawan air suam

Larutkan yeast bersama air suam
Nasi sejuk, santan, gula,garam diblend sampai halus.
Camporkan tepung beras bersama bahan blend dan yeast. Kacau hingga jadi adunan yang licin tidak berketul.
Perap sejam atau adunan naik berbuih. Blh masak gunakan acuan kuih serabai

23 December 2018

mak dan adik adiknya

ini gambar mak kaknab dengan adik adiknya yang masih hidup, mak kaknab kakak yang tua. umur mak 88,adik adiknya, 85, 78, 75, 72, 70.
jadi 6 beradik masih hidup. 
gambar dirakam masa kenduri di rumah mak teh di taman aman, alor setar, kedah

mak, makteh, pak cik, mak su

22 December 2018

masak nasi guna mugen bread maker

hari ketiga kaknab cuba masak nasi minyak menggunakan mugen breadmaker. kaknab tumis dulu bahannya masuk air dan beras be ikut sukatan 2 nasi 3 air.

masak nasi mugen kaedah bake. walaupun kaknab tekan butang rice, arrow yang blinking menunjukkan 'bake'. Masa memasak sejam 15 minit. bila nasi dah kering kaknab rasa ada sedikit mentah, jadi kaknab tambah masa lagi 15 minit. baru semua 100% masak elok

ni gambar nasinya


19 December 2018

percubaan pertama buat roti guna mugen bread maker

jom kaknab cerita buat roti dengan mugen bread maker. betapa senangnya buat roti dengan menggunakan bread maker. resepi pun depa bagi, dalam buku menu. setelah ikut arahan dalam menu, jadi la roti cuma tak berapa garing, kaknab guna medium, jadi roti masak tak berapa garing, kita sudah tahu, lain kali bakar guna 'dark' supaya lebih garing. 

mugen bread maker

proses fermentation atau perap yg terakhir
         sebelum bake

45 minit untuk membakar

tak berapa garing kan. ini medium
lain kali guna dark supaya lebih gelap dan garing

±+±++±±+++++++++++++++++++++++

Hari kedua kaknab buat dodol pula. kerana nk try saja kaknab buat setengah saja dari adunan yang menu bagi. Silap kaknab ikut masa yang dia bagi untuk adunan penuh, sedangkan kaknab buat setengah saja, sepatutnya time masak kaknab kena adjust separuh masa, jadi dodol yang kaknab buat overcooked, terlebih masa, jadi garing sikit.

Kalau ikut masa separuh 40 minit ja. kaknab masak sejam 15 minit. apa pun memang sedap dodol jadinya. lain kali dah tahu cara masa masak dodol, boleh buat lagi. memang mudah. gambar tak sempat ambil, talipon battery kong, minta nyawa.

Lepas tu terlupa ambik gambaq sebab sibuk, dodol pun dah habis makan. separuh adunan kaknab timbang dodol yang siap masak beratnya 450 gm. 

16 December 2018

me the latest

ni muka maktok umur 62+ yg original xdak edit edit, xdak make up make up. muka yang lubang lubang dengan bekas parut jerawat. dengan tahi lalat hidup bawah mata dua biji. dengan kedut kedut yang mula meniti diusia emas. alhamdulillah ya Allah aku belum ada lagi penyakit yang kronik, belum perlu makan ubat sebelum dan selepas makan. syukran syukran
 

15 December 2018

aku tukang jahit

baju, seluar, tudung yang kaknab pakai semua jahit sendiri. untung tak jadi tukang jahit. beli hari ini esok pulun jahit. siap boleh pakai. kain semeter 11.00, 4 meter 44.00. tudung pula kain semeter 16.00 kain ni yang elok sedap dan sejuk bila pakai. semeter kain boleh dapat 2 tudung macam ni labuh. kalau nk upah dengan harga kain mau 70-80 ringgit kadang lebih lagi. jom kita jahit.

warna sedondon 

tudung dengan awning kain codoroy

08 December 2018

me the latest

bersiap nak pi akad nikah
nephew di kepala batas