10 December 2017

hukum hukum Mad mad dan cara bacaannya dalam alquran

HUKUM MAD






PEMBAHAGIAN MAD

MAD ASLI
  • Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad. Ia juga dikenali dengan Mad Tabi'ie.
  • Mad Asli terjadi apabila : 
    • Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas. 
    • Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris hadapan. 
    • Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah.  

  • Perhatian: Dalam riwayat Hafs terdapat tujuh kalimah yang diakhiri dengan Alif dan dibaca panjang dengan kadar 2 harakat ketika waqaf sahaja sedangkan ketika wasal kalimah-kalimah ini dibaca dengan pendek tidak bermad. 


ذَٲلِكَ بِأَنَّهُمۡ

وَيَقُولُونَ


MAD FAR'IE 

Mad Far'ie dibaca lebih daripada kadar Mad Asli. Kadar harakatnya mengikut jenis Mad.
Mad ini terbahagi kepada beberapa bahagian:

  1. Mad Wajib Muttashil
  2. Mad Jaiz Munfashil
  3. Mad 'Aridh Lissukun
  4. Mad Badal
  5. Mad 'Iwadh
  6. Mad Laiin
  7. Mad Tamkin
  8. Mad Farqi
  9. Mad Shilah Qashirah
  10. Mad Shilah Thowilah
  11. Mad Harfi
  12. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
  13. Mad Lazim Harfi Mutsaqal
  14. Mad Lazim Kilmi Mukhafaff
  15. Mad Lazim Kilmi Mutsaqal

1) MAD 'ARIDH LIL SUKUN 
  • Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf. 
  • Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4 harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama berhimpun dua huruf sukun serta meraikan keadaan asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim.


ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ 
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ  

2) MAD BADAL 
  • Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.
  • Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah. 
  • Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Mad Badal terjadi dalam 4 keadaan: 
  • Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal. 
  • Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja. 
  • Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja. 
  • Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida'). 

  • Kadar bacaannya adalah 2 harakat.

    وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ 

    يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ 
MAD 'IWAD 
  • Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas kecuali pada huruf Ta' Marbutah. 
  • Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi'ie yang terjadi kerana waqaf.


وَٱلنَّـٰزِعَـٰتِ غَرۡقً۬ا 

فَٱلسَّـٰبِقَـٰتِ سَبۡقً۬ا 


4) MAD JAIZ MUNFASHIL 
  • Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja. 
  • Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah berada di dalam dua kalimah yang berasingan.
  • Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil ada dua keadaan dalam al-Quran berdasarkan kepada kaedah Resam al-Quran: 
    • Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara keduanya. 
    • Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu kalimah. Keadaan ini berlaku pada dua situasi : 
    • Ya' al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan Hamzah. 
    • Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara. 


وَلَآ أَوۡلَـٰدُهُم 

لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ 


5) MAD LIIN 
  • Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika waqaf sahaja. 
  • Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6. 
  • Dinamakan Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad 'Aridh Lil Sukun 


مِثۡ حَظِّ ٱلۡأُنثَيَيۡنِ‌ۚ


MAD SILAH QASIRAH 
  • Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. 
  • Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.
  • Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu selepas ha' tidak ada hamzah qat'ie.


وَٱبۡتِغَآءَ تَأۡوِيلِهِۦ‌ۗ

فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ ۥ


7) MAD SILAH TOWILAH 
  • Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. 
  • Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.
  • Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie :


    وَمَا يَعۡلَمُ تَأۡوِيلَهُ ۥۤ

    إِن تَأۡمَنۡهُ بِدِينَارٍ۬ لَّا يُؤَدِّهِۦۤ 

Sewing machine 5523 heavy duty singer

Kaknab baru ja beli machine singer 5523 heavy duty portable. 
Harganya rm1355. Apa kah ciri ciri yang terdapat pada machine ni.
1. Boleh jahit lurus dan jahit biku biku zigzag.
2. Boleh jahit kain tebal, kulit pun boleh
3. Buat lubang otomatic maknanya sekali jalan siap lubang butang.
4. Memasuk benang kejarum secara otomatik.
5. Boleh menggunakan jarum dua mata
6. Laju masa jahit lurus
7. Jahitan tidak melompat untuk jahit kain lycra,  kain yang meri.

Mesin ni menjadi my favaurite.  Mesin singer 20u. Bagi rehat kejap ya.





05 December 2017

Keputusan ujian darah

Hari ni pi ambik keputusan ujian darah di hospital s.petani. minggu sudah dah ambik darah,  seminggu kemudian datang balik.

Keputusan hari ni semua ok.  Kolesterol,  darah tinggi,  kencing manis semua tak ada  alhamdulillah. 
Cuma doktor nasihat jangan banyak makan seafoods which I love very much,  huhu.  Sebab uric acid ada sedikit tinggi.  Xberapa la tinggi sangat.  Kena jaga juga tau.  
Dan jangan makan banyak sebab kaknab tanya globulin tinggi.  Dia kata sebab mak cik makan banyak.  Betul pun aku ni makan xberhenti macam ikan  emas sentiasa mengunyah.  So kena take care ok makcik.














05 October 2017

Kerabu mempelam

Suami baru kait mempelan epal.  Memang sedap buah baru kalau buat kerabu. Cuma kacang tanah saja tak ada kat rumah mil.  Sos ikan pun tak ada.  Tak apalah buat saja apa yang ada

2 biji mempelam muda- potong panjang. Kalau ada sagat buah lagi elok sagat nipis dan panjang.  Rumah mil tak ada benda ni. 

4 biji cili api.  Kalau nk pedas boleh tambah.  Potong 

1 biji cili hijau atau merah - potong

1 biji bawang besar - dipotong dadu atau ikut suka. 

1 camca teh garam
2 canca teh gula
1 biji tomato potong baji nipis2
Kalau asam limau boleh juga
Segenggam ikan bilis digoreng dan ditumbuk lumat

Gaul semua bahan diatas. Siap untuk dimakan



02 September 2017

collar coat

lama betul kaknab tak buat baju yang berkolar, lebih lebih lagi collar coat, jenuh pecah otak juga nak ingat balik. seingat kaknab dah 20/tahun tak buat dasar collar ni. Alhandulillah ingat pinya ingat, akhirnya dapat juga balik formulanya. kena pi kedai beli kain buat baju berkolar pula. yang boleh berhenti jahit kolar ni sebab bila pakai tudung dah tak nampak lagi baju yang kita pakai berkolar ka tak. tu yang jadi lupa, kena meneraih balik lah.


10 August 2017

kuih serabai

Hari ni kakna buat serabai, tapi kali ni serabai yang simple ja, guna yis, dua jam perap dah blh buat

Lembut gila serabai kali ni, sebab tepung beras buat sendiri, beras pula beras basmati. Knab mmg mkn beras basmati, dah tak ada beras lain, buat juga la. Malam knab rendam beras esok baru blender,  buat dua tiga biji dulu, lembut sangat, mungkin terbancug cair kut. so knab tambah dua camca tepung gandum, baru la elok, cantik naik, lembut tetap lembut. Jom kita tgk Resepi nya

2 cawan beras direndam semalaman
1 cawan air digunakan untuk blender beras
2 camca makan gula
1/2 cawan santan pekat
1 camca teh yis maripan
Sedikit garam.
2 camca makan tepung gandum

Larutkan yis dgn gula dlm air suam hingga hancur, campur kan semua bahab di atas . Perapkan selama dua jam blh lah di masak dl kuali kecil yg berkeluk, atau acuan serabai. Knab ada acuan serabai ni, tapi besa b uat di melekat. Tu xguna, instead knab guna kuali kecil, jadi elok pula 

10 July 2017

07 July 2017

masak lemak cili api ikan kembung

Hari ni masak lemak cili api ikan kembung. Santan dalam peti ais nak kasi habis. Selongkar rumah mil asam keping xdak, knab pula tak bawa dari spetani. Ganti asam keping, knab boh tomato biji. Blender sekali dgn cili api, bawang besar, sebatang serai ambil yang putih saja, sedikit kunyit hidup.

Blend semua sampai halus, knab tumis dulu bahan blender, masuk santan, garam mendidih boh ikan kembung yang sudah digoreng, siap.


09 June 2017

pound cake

Resepi simple tapi sedap

250 gm butter
200 gm gula halus
220 gm tepung gandum
1 camcateh bicarbonate soda
Esen vanila
5 biji telur

Pukul gula dgn butter hingga putih dan creamy masukkan telor sebiji2 hingga ghabis 5 biji, masukan esen vanilla, akhir sekali masukkan tepung yg sudah dicampur dgn b.soda. kacau sehingga adunan mesra sepenujnya, bakar dgn suhu 180 selama sejam



30 May 2017

Cara mudah mencari juzuk alquran

Cara cepat mencari muka surat juzuk alquran

Kata lah nak cari juzuk 10

10 - 1 x 2 

10 - 1 = 9 x 2 = 18

Tambah 2 di belakang 18 = 182

Juzuk 10 di muka surat 182.  

Mudah kan.  

17 April 2017

untungnya boleh jahit

Untung kan kalau boleh jahit, beli kain terus jahit kalau nak pakai cepat, jimat lagi, kalau kain 4 meter Rm60 upah pun rm60 jadi rm120. Kalau boleh jahit, duit upah baju tu boleh beli kain lagi sepasang.

Baju, seluar dan tudung semua jahit sendiri. Betapa jimat kan



29 March 2017

makna surah surah dalam al quran

Al-Fatihah adalah surat yang diturunkan dengan lengkap diantara surat-surat yang ada di Al-
Quran. Surat ini disebut pembuka karena surat inilah sebagai pembuka dari Al-Quran. Surat
ini adalah intisari dari seluruh isi yang ada dalam Al-Quran.
2. Al-Baqarah, artinya Sapi Betina.
Menceritakan kisah tentang penyembelihan sapi betina.
3. Ali-Imran, artinya Keluarga Imran.
Memuat kisah keluarga Imran dan kelahiran Nabi Isa as.
4. An-Nisaa, artinya Wanita.
Membicarakan tentang wanita.
5. Al-Maidah, artinya Hidangan.
Memuat kisah-kisah pengikut setia Nabi Isa as yang meminta kepada Nabi Isa as agar mau berdoa agar diberikannya makanan/hidangan kepada mereka.
6. Al- An’am, artinya Hewan Ternak.
Karena berhubungan dengan adat kaum musyrikin yang memakai ternak untuk menyembah Tuhannya.
7. Al-A’raaf, artinya Tempat Tertinggi.
Menceritakan tentang keadaan orang-orang yang ada di atas Al-A’raaf.
8. Al-Anfaal, artinya Rampasan Perang.
Pada surat ini dibahas tentang harta rikaz.
9. At-Taubah, artinya Pengampunan.
Berisi perintah untuk memutuskan hubungan dengan kaum musyrikin.
10. Yunus, artinya Nabi Yunus as.
Menceritakan kisah Nabi Yunus dan pengikutnya.
11. Hud, artinya Nabi Hud as.
Menceritakan tentang Nabi Hud as.
12. Yusuf, artinya Nabi Yusuf as.
Menceritakan kisah Nabi Yusuf as.
13. Ar-Ra’d, artinya Guruh.
Isinya mengatur tentang hukum sebab akibat.
14. Ibrahim, artinya Nabi Ibrahim as.
Menceritakan kisah/doa Nabi Ibrahim as.
15. Al-Hijr, artinya Pegunungan Hijr.
Nama surat ini diambil dari daerah pegunungan yang didiami oleh kaum Tsamud. Juga menceritakan tentang kaum Tsamud yang dimusnahkan Allah swt karena mendustakan Nabi Shaleh as dan mendustakan ayat-ayat Allah swt.
16. An-Nahl, artinya Lebah.
Karena terdapat firman Allah swt yang artinya, “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah”.
17. Al-Isra, artinya Kaum Israil (Perjalanan pada Malam Hari).
Berisi kisah pengalaman Nabi Muhammad pada waktu malam hari.
18. Al-Kahfi, artinya Gua.
Menceritakan tentang orang-orang yang tertidur di dalam gua selama bertahun-tahun.
19. Maryam, artinya Maryam.
Kisah Maryam yang melahirkan Nabi Isa as tanpa ayah.
20. Thaha, artinya Pemberi Peringatan.
Karena terdapat peringatan-peringatan di dalamnya.
21. Al-Anbiyaa’, artinya Nabi-nabi.
Menceritakan kisah-kisah para Nabi.
22. Al-Hajj, artinya Haji.
Memuat hal-hal yang berhubungan dengan ibadah haji.
23. Al-Mu’minuun, artinya Orang-orang yang Beriman.
Menjelaskan sifat-sifat orang mukmin.
24. An-Nuur, artinya Cahaya.
Mengandung petunjuk-petunjuk hidup.
25. Al-Furqaan, artinya Pembeda.
Membedakan yang hak dan yang bathil.
26. Asy-Syu’raa, artinya Para Penyair.
Menyebutkan kedudukan para penyair.
27. An-Naml, artinya Semut.
Perintah Nabi Sulaiman untuk melewati sarang semut.
28. Al-Qashash, artinya Cerita-cerita
Pada cerita ini menceritakan pengalaman Nabi Musa as dengan Firaun.
29. Al-Ankabut, artinya Laba-laba.
Diterangkan bahwa Allah lah tempat berlindung.
30. Ar-Ruum, artinya Bangsa Romawi.
Menceritakan kekalahan bangsa Romawi dengan bangsa Persia.
31. Luqmaan, artinya Luqman.
Pada surat ini kita diperintahkan untuk bersyukur atas nikmat yang diberikan.
32.  As-Sajadah, artinya Sujud.
Menceritakan tentang orang-orang yang sujud karena keimanan mereka.
33. Al-Ahzab, artinya Golongan yang Bersekutu.
Perintah kalau ada isu-isu tetaplah kita pada keimanan kita.
34. Saba’, artinya Kaum Saba’.
Kisah kaum Saba’ dalam satu kabilah.
35. Faathir, artinya Pencipta.
Diceritakan tentang Allah menciptakan seluruh alam semesta.
36. Yaasin, artinya Yaasin.
37. Ash-Shaaffaat, artinya Yang Bershaf-shaf.
Pada permulaan surat ini dikemukakan bagaimana para malaikat berbaris di hadapan Tuhannya yang bersih jiwanya, tidak dapat digoda oleh syaitan.
38. Shaad, artinya Shaad.
Dinamai Shaad karena surat ini diawali dengan kata “Shaad”.
39. Az-Zumar, artinya Rombongan.
Menceritakan bahwa nanti pada hari kiamat akan ada dua rombongan, rombongan untuk ke surga dan rombongan ke neraka.
40. Al-Mukmin, artinya Orang-orang yang Beriman.
Menceritakan orang-orang mukmin yang selalu mengerjakan apa-apa yang diperintahkan-Nya.
41. Fush-Shilat, artinya Yang Diperjelaskan.
Menjelaskan seluruh dari isi Al-Quran.
42. Asy-Syuura, artinya Musyawarah.
Ajaran Islam tentang musyawarah.
43. Az-Zukhruf, artinya Perhiasan.
Dinamai az-Zukhruf karena diambil dari perkataan”Zukhruf” yang terdapat pada ayat 35.
44. Ad-Dakhaan, artinya Kabut.
Menjelaskan orang-orang kafir Mekah yang menghalang-halangi kegiatan agama Islam dan mendurhakai Nabi Muhammad saw oleh karena itu Nabi memohon kepada Allah agar diturunkan azab sebagaimana yang dialami oleh kaum Nabi Yusuf yaitu musim kemarau yang panjang. Doa Nabi terkabul dan mereka kelaparan, mereka selalu menengadahkan tangan mereka ke langit memohon agar diturunkan hujan, namun tidak ada yang mereka lihat dan dapatkan kecuali kabut.
45. Al-Jaatsiyah, artinya Yang Berlutut.
Menerangkan bagaimana nanti di hari kiamat semua manusia akan dikumpulkan dan dimintai pertanggungjawabannya segala amal perbuatan mereka di dunia, dimana mereka akan menghadap Allah swt sambil berlutut.
46. Al-Ahqaaf, artinya Bukit Pasir.
Dinamai Al-Ahqaaf karena diambil dari kata “Al-Ahqaaf” yang terdapat pada ayat ke-12.
47. Muhammad, artinya Nabi Muhammad saw.
Menceritakan tentang orang-orang yang percaya dengan Nabi Muhammad saw.
48. Al-Fath, artinya Kemenangan.
Menceritakan kemenangan Nabi Muhammad dalam peperangan.
49. Al-Hujurat, artinya Kamar-kamar.
Menceritakan adanya celaan terhadap sahabat yang memanggil Rasulullah dan istrinya yang ada di dalam kamar. Hal demikian dianggap kurang sopan karena sikap itu kurang hormat terhadap Rasulullah.
50. Qaaf, artinya Qaaf.
Karena surat ini diawali dengan huruf Hijaiyah “Qaaf”.
51. Adz-Dzaariyaat, artinya Angin yang Menerbangkan.
Menceritakan Allah swt bersumpah dengan angin, mega, bahtera dan malaikat yang menjadi sumber kesejahteraan dan membawa kemakmuran.
52. Ath-Thuur, artinya Bukit.
Bukit di Semenanjung Sinai tempat Nabi menerima wahyu.
53. An-Najm, artinya Bintang.
Bintang di langit bisa menjadi petunjuk jalan manusia.
54. Al-Qamar, artinya Bulan.
Menceritakan mukjizat Nabi Muhammad yang dapat membelah bulan.
55. Ar-Rahmaan, artinya Yang Maha Pemurah
Menceritakan Kemaha Pemurahan Allah swt terhadap hamba-Nya.
56. Al-Waaqiyah, artinya Hari Kiamat.
Menceritakan tentang hari kiamat.
57. Al-Hadiid, artinya Besi.
Dinamai “Al-Hadiid”  karena diambil dari perkataan “Al-Hadiid” yang terdapat pada ayat 25.
58. Al-Mujaadilah, artinya Wanita yang Mengajukan Gugatan.
Mengisahkan bantahan seorang perempuan terhadap sikap suaminya yang telah menziharnya. Dan ia menuntut agar Rasulullah memberikan putusan yang adil.
59. Al-Hasyr, artinya Pengusiran.
Menceritakan tentang pengusiran terhadap Bani Nadhir “Yahudi” di Madinah.
60.  Al-Mumtahanan, artinya Perempuan yang Diuji.
Larangan berhubungan dengan orang-orang kafir.
61. As-Shaff, artinya Barisan.
Menerangkan tentang mengenai apa-apa yang diridhoi dan yang dimurkai Allah swt.
62. Al-Jumuah, artinya Hari Jumat.
Berisikan tentang perintah untuk orang-orang mukmin agar selalu taat kepada-Nya.
63. Al-Munafiquun, artinya Orang-orang Munafik.
Keterangan tentang orang-orang munafik.
64. At-Taghaabun, artinya Hari Penampakan Kesalahan-kesalahan.
Pernyataan terhadap orang-orang kafir yang mendustai Rasul-rasul terdahulu.
65. Ath-Thalaaq, artinya Talak.
Karena kebanyakan ayat-ayatnya berhubungan dengan masalah talak.
66. At-Tahrim, artinya Mengharamkan.
Dinamai demikian karena pada awal surat ini terdapat kata “tuharrim” yang asal katanya adalah “Tahriim” yang berarti “mengharamkan”.
67. Al-Mulk, artinya Kerajaan.
Mengenai kerajaan atau kekuasaan.
68. Al-Qalam, artinya Kalam.
Yang artinya “pena”.
69. Al-Haaqqah, artinya Hari Kiamat.
Tentang hari kiamat.
70. Al-Ma’arij, artinya Tempat-tempat Naik.
Peringatan sabar untuk Nabi Muhammad.
71. Nuh, artinya Nabi Nuh as.
Menceritakan kisah Nabi Nuh as yang mengajak kepada kaumnya agar mau mengikutinya menyembah Allah swt.
72. Al-Jin, artinya Jin.
Menerangkan bahwa jin sebagai makhluk halus telah mendengarkan pembacaan Al-Quran dan mereka mengikuti ajaran Al-Quran tersebut.
73.Al-Muzzamil, artinya Orang-orang Berselimut.
Petunjuk-petunjuk yang diterima oleh Nabi Muhammad ketika diangkat menjadi Rasul.
74. Al-Muddatshir, artinya
Berisikan perintah kepada Rasulullah untuk berdakwah.
75. Al-Qiyaamah, artinya Hari Kiamat.
Menceritakan tentang kepastian akan adanya hari kiamat.
76. Al-Insaan, artinya Manusia.
Menceritakan tentang penciptaan manusia, memberi jalan lurus kepada manusia.
77. Al-Mursalat, artinya Malaikat yang Diutus.
Penegasan Allah swt terhadap apa yang direncanakan Allah pasti terjadi.
78. An-Nabaa’, artinya Berita Besar.
Adanya ancaman Allah swt terhadap orang-orang musyrik.
79. An-Nazi’aat, artinya Ia Bermuka Asam.
80. ‘Abasaa, artinya Orang yang Cemberut.
Merupakan teguran kepada Rasulullah terhadap keterpalingannya ketika ada orang yang buta yang mengharapkan dia agar mau membacakan ayat-ayat Al-Quran.
81. At-Takwir, artinya Menggulung.
Menceritakan kegoncangan yang terjadi pada hari kiamat.
82. An-Iftiraah, artinya Terbelah.
Peristiwa yang terjadi pada hari kiamat terhadap orang-orang yang mendurhakai Allah swt.
83. Al-Muthaffifin, artinya Orang-orang yang Curang.
Ancaman Allah swt terhadap orang yang mengurangi hak orang lain.
84. Al-Insyiqaaq, artinya Terbelah.
Menceritakan peristiwa-peristiwa pada permulaan kiamat.
85. Al-Buruuj, artinya Gugusan Bintang-bintang.
Menceritakan tentang bukti-bukti keesaan Allah.
86. At-Thaariq, artinya Yang Datang di Malam Hari.
Menceritakan bahwa tiap-tiap jiwa selalu dipelihara dan diawasi oleh Allah swt.
87. Al-A’laa, artinya Yang Paling Tinggi.
Perintah Allah untuk bertasbih dan menyebut nama Allah swt.
88. Al-Ghaasyiah, artinya Hari Pembalasan.
Menceritakan ketegangan orang-orang kafir pada hari kiamat.
89. Al-Fajr, artinya Fajar.
Allah bersumpah bahwa azab terhadap orang kafir tidak dapat dibelokkan.
90. Al-Balad, artinya Negeri.
Manusia diciptakan untuk berperang melawan kesulitan.
91. Asy-Syams, artinya Matahari.
Menceritakan kaum Tsaumil yang dihancurkan Allah swt karena mendurhakai-Nya.
92. Al-Lail, artinya Malam.
Orang yang berderma, bertakwa akan dimudahkan Allah swt.
93. Ad-Dhuhaa, artinya Waktu Matahari Sepenggal Naik.
Isyarat Allah bahwa kehidupan Nabi Muhammad bertambah baik.
94. Alam Nasyrah, artinya Melapangkan.
Penegasan tentang nikmat Allah kepada Nabi Muhammad.
95. At-Tiin, artinya Buah Tin.
Menceritakan bahwa manusia adalah makhluk yang terbaik rohaniah/jasmaniah.
96. Al-Alaq, artinya Segumpal Darah.
Perintah untuk membaca Al-Quran.
97. Al-Qadar, artinya Kemuliaan.
Al-Quran diturunkan di malam Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
98. Al-Bayyinah, artinya Bukti.
Pernyataan ahli kitab bahwa mereka tetap pada agamanya.
99. Al-Zalzalah, artinya Kegoncangan.
Berisi tentang ancaman Allah kepada manusia yang kafir.
100. Al-’Aadiyaat, artinya Kuda Perang.
Berisi ancaman Allah kepada manusia yang ingkar.
101. Al-Qaari’ah, artinya Hari Kiamat.
Kejadian-kejadian pada hari kiamat.
102. At-Takatsur, artinya Bermegah-megah.
Ancaman Allah kepada manusia yang ingkar dan yang sangat mencintai harta benda bahwa mereka akan mendapat balasan.
103. Al-’Ashr, artinya Masa.
Semua manusia akan merugi, bila dia tidak mengisi waktunya dengan perbuatan-perbuatan baik.
104. Al-Humazah, artinya Pengumpat.
Berisikan ancaman Allah swt terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain.
105. Al-Fiil, artinya Gajah.
Menceritakan tentang pasukan gajah yang diazab oleh Allah karena mencoba menghancurkan Ka’bah.
106. Al-Qurasy, artinya Suku Quraisy.
Peringatan kepada suku Quraisy tentang nikmat yang diberi Allah kepada mereka.
107. Al-Maa’uun, artinya Barang yang Berguna.
Beberapa sifat manusia yang mendustakan agama.
108. Al-Kautsar, artinya Nikmat yang Banyak.
Allah melimpahkan nikmat yang banyak maka laksanakanlah perintah-Nya.
109. Al-Kaafiruun, artinya Orang-orang Kafir.
Pernyataan Nabi Muhammad kepada kaum kafir.
110. An-Nashr, artinya Pertolongan.
Janji bahwa Islam akan menang.
111. Al-Lahab, artinya Gejolak Api.
Menceritakan tentang Abu Lahab dan isterinya yang suka menghalangi/menentang Rasulullah saw. Keduanya akan celaka dan masuk neraka.
112. Al-Ikhlash, artinya Memurnikan Keesaan Allah.
Surat ini merupakan penegasan tentang kemurnian keesaan Allah dan menolak segala macam kemusyrikan dan menerangkan bahwa tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya.
113. Al-Falaq, artinya Waktu Subuh.
Surat ini merupakan perintah agar kita berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan.
114. An-Naas, artinya Manusia.
Surat ini merupakan perintah agar manusia berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan yang datang ke dalam jiwa manusia dari jin dan manusia.

Ada beza tak