ads

31 December 2008

BIJI janggus @ gajus


Dulu masa kaknab kecik2 ambik upah belah biji janggus di rumah cina di tanjong tokong.
belah dengan kacit, pastu isinya dikorek dengan pengorek , jemur dan digoreng. biji janggus, memang panas, bukan nak pegang panas tetapi getahnya akan buat tangan kita melecup, nak mengerjakannya kena menggunakan kapor sirih, lumur pada tangan dulu sebelum belahnya. kalau tak nanti getahnya boleh buat kulit kita melecup macam kena api, walaupun guna kapor pun akan lekat jadi juga macam lapisan merah dekat kulit, tapi taklah sakit cuma tak sedap mata memandang mengambil masa juga untuk menghilangnya. . bila dah habis belah semua getah yang lekat dekat tangan kena basuh dengan minyak tanah pula, kalau tak payah nak keluar. Kalau tak mau lekat lepisan yang merah tu, kami gunakan sarong tangan. kalau tak guna sarong tangan, jari dibalut dengan kain, memang menyusahkan, tapi apa boleh nak cari duit sekupang dua.

Semua hanya tinggal kenangan.

30 December 2008

BUAH KERIANG

buah keriang adalah buah yang hampir pupus. Ada yang belum pernah tengok buah ni. ianya warna hitam kalau masak.memang sedap dimakan, pokoknya besar, banyak terdapat di utara semenanjung di tepi laut. ada 2 jenis buah ni, keriang lada, keriang aceh, teringat masa kecik2 dulurumah pak karim dekat dengan sekolah kami, sek keb tanjongtokong, kalau musim keriang, pak karim akan panjat danjual, satu kelongsong 5 sen. nak banyak sikit 10 sen. awas makankalau tidak berhati2 habis baju kena warna biru gelap memangxboleh keluar warnanya.

resepi CHAR HOR FAN


ni aalah resepi kegemaran keluarga kaknab, jomlah share bersama


1 kati hor fan (1 kilo rm2.50)
sedikit bihun (rendam dulu) - xmau boh pun xape, tapi kalau campor sedap sikit xlah jemu makan hor fan.
sawi
udang (kepala jgn buang blender ambik airnya)
sotong
isi ayam
bawang putih - cincang
kicap masin
sedikit tepung jagung
sos tiram
serbuk lada
1 cube ayam
air
2 biji telur (pukul dulu)
kalau mau pedas sedikit masukkan 2-3 biji cili api (tumbuk halus)


1. campor kan hor fan dan bihun. masuk kan kicap masin rata kan keduanya. masak minyak dalam kuali, masak sekejap kedua2 bahan ini. angkat.

untuk kuahnya.

1. panaskan minyak, tumis bawang putih, masukan udang, sotong, isi ayam.masukkan air udang anggaran 4-5 cawan. masukkan sos tiram, serbuk lada, bila dah mendidih masukkan sawi, masukkan telor, sedikit demi sedikit sambil kacau, akhir sekali masukkan tepung jagong yang sudah dicampur dgn air.

untuk menghidang, baru bubuh kuahnya keatas hor fan itu.

p/s oleh kerana sos tiram agak masin jgn boh garam lagi rasa dulu kalau xberapa masin baru tambah garam. seeloknya kuahnya pekat sikit baru sedap kalau kurang pekat camporkan tepong jagong. tapi jgn pekat sangat tau.

cubalah

27 December 2008

condo regency klang

nila condo yang anak kaknab sewa kat klang.
condo regency, belakang
centro klang. seronok juga
dok kat sini, dekat dengan
town, tapi klang, sana
sini jam, puuuh, boring
betul. kita yang xberapa
biasa dengan jam ni memang boring, orng
klang dengan kl dah xkisah
lagi dah dengan jam ni.

amirul


amirul mandi kat kolam condo regency klang.

19 December 2008

Tudung


tengok ni gambar kaknab terbaru dengan tudung yang baru buat, kain jersey 1 meter rm3.8 kain awning 1/4 meter rm2. so modal rm5,80 dapat satu tudung.

06 December 2008

my cats


3 ekor kucing 3 beradik sedang tidor, amboi beratur pula tu.

how cute it is

look at it, sleeping soundly, so cute.

tengoklah kucing2 kaknab yang comel comel ni

tengoklah tam dan tom tidor, amboi nyenyaknya.

04 December 2008

PATTERN TUDUNG


NI ADALAH PATTERN TUDUNG BARU DARI HAJABA YANG DI POSTKAN OLEH FORUMER WMC, UNTUK KITA TATAP BERSAMA.