ads

25 October 2018

Hukum tajwid - nun mati dan tanwin

Ini kaknab ambil dari blog tajwid. Kaknab copy and paste saja. 






23 October 2018

Ujian darah 2018

Kaknab dah dapat keputusan ujian darah.
Kaknab check setahun sekali.


Nampak macam kolesterol agak tinggi sikit,  yang lain semua okay, dok tunggu giliran
Nak jumpa doktor, tengok nanti kena nakan ubat kolesterol tak.

No. Sekarang 4023

No. Kaknab 4034

Ok doktor cakap kaknab tak payah ambil ubat kolesterol tinggi sikit saja, tahun depan datang check lagi. Setahun lambat lagi kan. Yang penting tak payah makan ubat sebab kaknab pun bukan jenis yang rajin makan ubat. Syukur alhamdulillah

15 October 2018

Ujian gula dalam darah

Check lagi hari ni, sebelum pi hospital untuk ujian darah setahun sekali. Hari ni ni bacaan gula 6.3.

Hari rabu 12.7
Hari khamis 8.6
Hari jumaat 7.2
Hari sabtu 6.5
Hari ahad tak check
Hari isnin hari ni 6.3

Turun sebab minum juice peria katak, daunnkari, dan minum air dengan apple cider apple.



Ni masa taip post ni, kaknab di hospital menunggu giliran nak buat ujian darah setahun sekali. Sebab kaknab tak ada apa penyakit, ujian darah dibuat setahun sekali. Semoga ujian kali elok, sebab kaknab dah 62 warga emas, takut juga nanti kena makan ubat kalau ada penyakit.

Tadi nurse check hbp 129/71
Gula dlm darah 5.7

Turun lagi. Tak ujian darah lagi tepat.

14 October 2018

Kalau benang tak lekat jahit kain lycra

Kadang kan kalau jahit kain lycra atau kain yang memeri, benang tak mau lekat atau dia lompat lompat jahitannya. Jangan risau petuanya bungkus tapak mesin dengan celotape. Jarun masih boleh menembusi, jahit seperti biasa, insyaa Allah boleh benang akan elok lekat pada kain.


13 October 2018

Bacaan gula hari ni

Hari ni check lagi. Turun lagi. 6.5 Mungkin kerana daun kari dan minum air dengan apple cider vinegar. 

12 October 2018

Bacaan gula hari ini

Hari ini check lagi gula dalam darah ketika puasa. Ialah 7.2, semalam 8.6. Kira turun lagi, maknanya kaknab mmg dah ada prediebetes, tak dapat bacaan macam dulu 6 kebawah. Kena berjaga sekarang, mencegah lebih baik dari merawat. Kalau dah dapat kena makan ubat pula.

Kaknab masih mengamalkan makan daun kari pagi tghari malam. Minum segelas air  campur dengan secamca apple cider vinegar, pagi dan malam. Tapi semalam makan dukulangsat banyak juga. 


11 October 2018

Bacaan gula dalam darah

Jom kaknab cerita bacaan gula yang kaknab check hari rabu kelmarin. Terkejut juga kaknab, bacaannya 12.7. Tak sempat pula nak ambil gambar, tak pernah sampai ke situ. Kenapa tinggi pula. 

Kaknab ingat kembali hari selasa kaknab buat nasi lemak makan 3 kali, pagi tengahari, petang, minum petang beli pula lopis pulut, putu piring, kuih manis semua ni.  Minum kopi terlebih gula, patut la bacaan naik 12.7

Lalu kaknab cepat cepat pi cari buah peria katak dalam peti ais, kunyah lagu tu saja, dah xrasa pahit walaupun memang pahit, bahana 12.7 punya pasal. Dah tak kisah pahitnya hihi.
Ambik pula daun kari kunyah pula 10 helai, tengah hari kunyah lagi daun kari, malam kunyah lagi. Tapi teh ais dan makanan manis tetap makan juga.

Pagi ni hari khamis check lagi dah turun 8.6
Alhamdulillah. Daun kari dengan peria katak memang cepat turun bacaan gula. Hari ni punya bacaan sempat ambil gambar.

Jadi daun kari memang baik untuk menurunkan gula. Ni daun kari pokok rumah suami tanam.


05 October 2018

Lutut meletup 'pop' ketika sujud

Umur ku sudah 62 tahun. Sekarang ni tiap kali nak sujud ketika turunkan lutut dulu akan ada bunyi 'pop' kira lutut meletup la tu tapi tak la sakit. Bunyi macam kalau kita kepak jari, orang suka kepak jari kan barangkali depa suka bunyi pop tu. Tapi aku paling  tak suka kepak jari. Tak ada letup letup tu.

Aku goggle cari info, bunyi letup kat lutut tu tak apa kalau tak sakit, kalau sakit boleh ambil supplement glucosamine.

Biasa la kalau dah berumur dah masuk warga emas boleh masuk gang meletup ketika solat. Ruku' meletup, sujud meletup.
Apa pun syukur ya Allah masih boleh solat berdiri dengan sempurna

±++±±++++++++++++++++++++++++++++++++

rupanya yang meletup tu bukan lutut tapi jari kaki kalau nk turun sujud masa lipat kaki tu meletup, pop, hehe. ingat lutut. kalau lutut payah la noooh. sib baik lagi la tu.