ads

12 November 2014

pembedahan cataract

Jom kaknab cerita pengalaman kaknab pembedahan cataract.

Pagi2 pukul 5.30 pagi kat wad, kaknab dah bangun awal. Sudah biasa routine pagi, Mandi dan solat subuh, dok kat wad pun, orang masih tidor, kita dah siap standby. Nurse datang cakap makcik nanti siap  Pakai baju opt yang ikat belakang pukul 7.45 kami nanti tolak makcik.

Pukul 7 pagi nurse datang nak pasang benda kat saluran  darah belakang tapak tangan entah depa panggil apa entah
Ni lah dia untuk standby in case emergency 
Ni wajib before operation mesti pasang ni kat tangan.
Nurse yang mula pasang tak jumpa saluran sebab kaknab punya halus susah nak rasa jenuh katok2 tangan exercise genggam lagi tak dapat juga, dia masuk jarum tak blh pam naik darah maknanya tak kena la tu. Tarik pula jarum, cucuk belah kanan pula pun tak boleh yang sakit kaknab,

Pukul 7.30 mai pula nurses yang kanan pula. Dia belek2 tangan macam tak  jumpa urat darah terus dia give up biar doktor yang buat,,

Pukul 8 depa panggil kaknab masuk bilik rawatan mata untuk doktor yang nak pasang alat tu. Mula2 doktor pompuan nama Sarbiha, dia try kiri dulu cucuk pula punya sakit tapi kaknab tahan je lah, kena juga, try kanan pula pun tak kena sakit lagi. Mai doktor zaki pula try cucuk tangan kanan tak kena urat juga. Tarik lagi jarum sakit lagi. Lepas tu panggil doktor china pula, cucuk lagi tarik lagi running katanya, maknanya tak kena lagi.

Dr zaki cuba sekali lagi kali ni kat nadi pergelangan tangan pula pun tak betui juga. Aku yang sakit cucuk cabut cucuk cabut dah 6 kali. Last sekali panggil doktor india pula dia ambik jarum yang paling kecik jarum kanak2 kerana urat kaknab halus sangat. Dia cucuk betul2 kena tak saakit pun baru siap. Tudia jenuh sakit tangan. Dia cucuk sana dia cucuk sini kesian kat aku sendiri huhu. Kali ketujuh baru boleh.

Janji nak masuk bilik bedah pukul 8 pagi dah jadi 11.15 baru ditolak masuk.

Mata dititik ubat untuk  dikebaskan, kaknab boleh dengar arahan doktor dan dapat ras'a apa yang depa buat macam sedut selaput tu, memang tak sakit langsung, last doktor cakap makcik nak masuk kanta ya,  hampir selesai pasti doktor kata jangan gerak saya tekan lantas bagi elok. Pukul 12.05 siap ditolak ke wad.

Dah semuanya okay tak ada apa petang juga kaknab bolehlah discharge,

Hari ni sudah 24 jam lepas operate. Mata memang terang yang best boleh baca dekat , dan jauh pun terang harga kanta yang dimasukkan rm750 tapi free tak kena duit sebab pencen. Best kan.


Selepas siap masukkan kanta

Kenangan 11/11/14

10 November 2014

admit wad lagi

Masa kaknab post entry ni, kaknab ada kat
loby HSAH Sungai Petani. Hari ni masuk semula kerana nak operate mata yang ada cataract.

Tak ada katil kosong, kena tunggu orang discharge baru boleh check in. Hehe macam nak duduk hotel pula.

Dok kat sini dulu


Pukul 1 tengah baru dapat katil, bilik no 1, no bilik yang mula2 kaknab admit sebelum ni, bilik aircon selesa.

08 November 2014

caj hospital sultan Abdul Halim sungai petani

Entry Sebelum nI kaknab cerita pasal admit wad HSAH sungai petani. Kaknab masuk 3 hari 2 malam. Masa hari pendaftaran, sepatutnya daftar pukul 8.00 pagi, pukul 9.30 pagi baru dapat daftar, pentadbiran kaunter kenanga 4 kelamkabut. punya la lambat, kalau sehari daftar 10 0rang mau 10 jam jawabnya,

dah daftar pula tak ada katil kosong, kena dok kat lobi sampai pukul 2. kaknab tunggu pukul 12.30 tak ada nasi, kaknab pi tanya kat kaunter awat tak dak nasi ka. baru mai hantar, kat lobi tinggal lauk ayam dengan nasi, je, kuah dan sayur pun tak ada, sehari rm60 tau caj wad dont play play.


Hari ni kaknab dah pun discharged tapi kena masuk semula pada 10/11 untuk bedah mata cataract pada 11/11/14.

Jom kita tengok berapa Bill yang dikenakan pada kaknab. Sebenarnya kaknab memang tak kena bayar sebab guna pencen suami tapi bill masih dikeluarkan sebagai DR.

bill caj wad HSAH sungai petani
Soalan kaknab betul kah caj kelas 3, memang hospital ni tak ada kelas 2, kelas 1 dan kelas 3 sahaja. memang bilik kelas tiga pun selesa dan cantik hawadingin lagi macam kelas 1 hospital penang masa kaknab admit tahun 1989. dulu kat hospital penang pun tak ada aircon, kipas je. sehari rm40 untuk bilik 2 katil, caj semasa tak tahu lah pula,

kalau begini caj yang dikenakan bagaimana orang kampung kalau dimasukkan banyak hari dan cos rawatan yang dikenakan. kalau kaknab dok 3 hari, itu tak bedah pun cuma rawatan je, cos rawatan 100 sehari, campur semua sebanyak 480.00 makanan dalam wad xsedap langsung. Kalau admit 10 hari jadi 600, kalau campur cos rawatan jadi 1000 campur semua 1600. kesiannya kalau dikenakan sebanyak ini, mana orang kampung yang tidak pendapatan tetap nak membayar,

Kos rawatannya semasa kaknab di wad. pagi2 doktor akan check mata kita. mata kaknab cuma dicucikan dengan cream sehari 2 kali, ambil tekanan darah tiap2 kali shift masuk kerja sebanyak 2 kali satu shift, itu saja rawatannya, tak ada ubat yang kaknab ambil dalam wad, itu pun 100.

Nasib baik kaknab ada pencen suami. kalau tak kena bayar tak pi lah hospital nampaknya,

entry sebelum ni, ada kaknab masukkan gambar wad cantik dan selesa. cuma kat pendaftaran saja, tak ada staff yang memang dok kat kaunter, kena tunggu lama bangat.

Kari ikan merah rempah babas

Untuk tatapan anak ku  ellyaherny yg rajin masak.

Resepi untuk 2 orang. Makan tengahhari dan malam

Bahan2nya:

2 labu bawang besar (dimayang nipis.
2 ulas bawang Putih (dimayang juga
2 biji tomato (1 potong baji lagi satu belah dua
1 camca teh halba campur
4 tablespoon penuh repu rempah Kari ikan babas (bancuh dengan air panas)
3/4 cawan air asam jawa pekat
1 mangkuk santan cair
Bendi
garam
3 cabai hijau
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak tumis bawang besar Dan bawang putih hingga kuning dan wangi.
Masukkan halba campur dan tomato yang di potong baji. Kacau sekejap hingga tomato layu.
masukan rempah babas. Masak sampai naik minyak.
Masukan air asam jawa. Biar ia masak sampai pecah minyak kemudian masukkan  Santan dan garam.
biar ia mendidih masukan bendi, tomato dan cabai hijau, biar ia mendidih sekejap baru masukan ikan sebab ikan merah cepat empok. Perlahankan api masak sampai naik minyak,  siap.

Kalau ada daun kari masukkan bersama tomato baji dengan halba campur. Kaknab xbubuh daun kari sebab tak ada. jangan bubuh ajinomoto kalau masak apa apa kari, takut hilang masamnya, kari kena masak masam sedikit baru sedap. bawang mesti banyak jangan kedekut tau, kari guarantee sedap.


halba campur

Sebiji tomato dipotong baji'
rempah babas

sebiji tomato dibelah dua



bendi

ikan merah


tumis bawang besar dan putih hingga kuning
masukkan tomato baji bersama halba campur
masukkan rempah biar sampai naik minyak
siap dah

05 November 2014

admit hospital sultan Abdul hailm sungai petani

Hari ni hari kedua kaknab masuk hospital. Kaknab Alan menjalani pembedahan mata cataract. Mata akan dibedah pada 10/11/14. Masuk seminggu awal Kerana mata tak berapa bersih, tapi kalau dah okay maybe blh opt cepat.

Walaupun admit di wad. Tak lah boring sangat, pertama ada in-ternet boleh surf Facebook, blogging ke, nak tengok tv boleh pi kat loby floor. Lagipun staff hospital sekarang baik2belaka, tak macam dulu.

Perkhidmatan bertambah baik, keadaan wad pun selesa, satu bilik lima katil, bilik air yang cantik dan bersih.
Lobi


Lorong ke bilik wad



Pemandangan dari tingkap bilik



Ni lah bilik wad kami

Wad yang cantik dan selesa

01 November 2014

Damia liyana zahraa




Ini ialah Damia cucu sulung kaknab. Dia tak suka pakai gown Dan ikat rambut Dia. Bila dah dapat pakai terus kaknab ambil gambar Dia. Bila Dia tahu Marah Dia Kat maktok

-



activiti post op cataract

nanti lepas ops cataract, banyak sangat pantang. Kaknab yang tak boleh duduk diam bolehkah pantang2 semua ni, xboleh masak dalam masa dua minggu takut asap masuk mata. Best juga nooo relax sikit hehe. Tak boleh tunduk lama atau sujud, betul ke, macam mana nak sembahyang, kena sembahyang duduk dalam masa dua minggu. Nak kena tanya orang biasa buat opr ni.
 
xboleh angkat barang berat lebih dari sekilo takut tekanan pada mata. Kalau mancing boleh tak. Boleh lah kut, toksah baling jauh2, baling dekat je rod tu, kalau dapat ikan kecil tarik sendiri, kalau ikan besar lebih dari sekilo panggil suami tarik. Tapi jarang sangat dapat ikan besar ni. Tak boleh cakap, mana lah tau, kali ni ada rezeki tarik ikan besar hehe.
 
ingat lagi sepupu kaknab, suaminya kerja laut, sebulan dia tak ke laut selepas ops cataract, macam mana ye, kalau pi ada ikan, kalau tak pi mana ada hasil pendapatan, lainlah orang makan gaji, ada MC, gaji jalan, kesian yang bekerja sendiri. Kaknab kerja suri rumahtangga pun ada mc. Jahit boleh kut, banyak baju kaknab yang tak siap lagi, jahit kerja tak bagi tekanan pada mata. Walaupun kaknab tak ambik tempahan tapi boleh kata hari2 jahit nak siapkan baju kaknab dan baju melayu suami. Semedang ada je, habis jahit pergi beli lagi, bila nak habis jahit.
 
Semoga lepas op nanti semuanya berjalan lancar, mudah mudahan dipermudahkan segala urusan. Aamim.