ads

30 September 2019

Perbualan wasap man ipah tya dia ada dak rhb account on 30/9/19



[30/09, 11:59] Zainab Rejab: Salam man, kakngah nk tya, man ada tak akaun rhb bank
[30/09, 12:04] man ipah: Salam...rhb ada dulu loan kereta
[30/09, 12:05] Zainab Rejab: Oooh dah tutup dah ka
[30/09, 12:07] man ipah: Loan kereta alza..
[30/09, 12:07] man ipah: Dh jual & tutup
[30/09, 12:08] man ipah: Tggu statement maybank & cimb tgk..rasanya antara 2 bank tu ja transaksi in & out
[30/09, 12:10] Zainab Rejab: Ok
[30/09, 12:11] Zainab Rejab: Tkasih mab
[30/09, 12:11] Zainab Rejab: Kakngah xjumpa receipt transaction angah dah buang masa. Dia kemas file.
[30/09, 12:14] man ipah: Takpa..hrp2 ada tu nnt kt maybank @ cimb..biasa 2 akaun tu yg selalu guna..ada info nnt saya maklumkan..
[30/09, 12:19] Zainab Rejab: Ok tkasih man
[30/09, 12:29] man ipah: 👌




28 September 2019

September 2019 bulan penuh peristiwa

September 2019 macam macam peristiwa berlaku. Yang tak baik belaka.

Ribut melanda bumbung rumah kaknab rosak dipukul ribut.

Suruh orang repair, duit upah bayar semua tiga minggu dia xmai buat pun. Suami dan kaknab mengamuk. Minta balik duit upa, dia kata dah habis pakai. Duit tau pakai bumbung xrepair pun. Nak tunggu apa, nk tunggu pru 15 ka. Mengamuk punya mengamuk dapat buat dalam masa tak sampai dua hari. Nak kena pi katok kah baru nak buat kerja. Melayu melayu.

Peristiwa ke dua.

Mil meninggal 18/7/19. Akaun tabung hajinya dua bulan baru adik ipar kaknab,  anak bongsu mil pi buat pengeluaran, sebab dia adalah penama dan nama dia seorang saja.
Bila dia tunjuk statement buku tabung mil. Wang 10,000 yang suami kaknab pinjam dari mil, kami byr melalui adik ipar kaknab yang bongsu tu, tidak dimasukkan semula ke tabung mil. Bila suami kaknab tanya adik bongsu dia tu kata 'bila masa bang' kalau betul tunjuk bukti transfee.
Tanya suami dia, biras kaknab  pun xingat juga.

Kaknab sendiri yang bank in kat kaunter. Bulan october 2013. Cuma bank mana kaknab bank in tak ingat. Rhb atau cimb. Kenapa kaknab ingat bulan october 2013 sebab bulan tu kaknab balik rumah kaknab di perda. So kemasukkan dibuat di bank bukit mertajam. Kenapa kaknab ingat, sebab masa tu kaknab balik penang selepas pi rumah anak kaknab herda kat setia alam. Dia bersalin 18/9/13. 18 hb hingga 3/10/13 kaknab ada dirumahnya.

4/10/13 kaknab balik muar. Tinggal di muar sampai 11/10/13.
(Ni semua berdasarkan post post yang kaknab masuk dalam facebook. Bagus juga rajin post ke facebook semua maklumat tak hilang, tarikh dan masa tertera dalam fb

Kaknab dengan suami cari receipt deposit tak ada lagi dah. Yang ini kaknab ingat suami kata, 'kena simpan receipt ni, kut orang kata tak bayar ada bahan bukti.

Malangnya receipt tak ada dalam simpanan. Sebelum tu suami ada kemas kini file documents. Banyak dia buang doc lama, deposit tnb pun suami terbuang. Huhu

Nasihat kaknab kalau macam ni punya amount consider besar juga.  Rm10,000 bib bukan rm100.00. Catit lah merata tempat date bank in dan bank mana.  Ambik la gambar simpan lah. Kalau hilang receipt pun masih boleh check lagi.

Sebab resit cash deposit hilang, Biras kaknab bagi statement maybanknya, duit masuk 3/10/13. Tapi 3/10/13, kaknab ada di setia alam. Di setia alam tak ada masuk duit kat mana mana bank. Entah lah lama juga 6 tahun kita pun xberapa nk ingat.


Yang peliknya kenapa adik ipar boleh kata bila masa bang. Takkan tak ingat langsung. Ka dia tu dementia. Kaknab yang tua ni, anak kaknab bagi 15,000 untuk kami mak abahnya pi umrah pun ingat lagi bulan april 2013. Tahun yg sama kaknab masuk duit kat account biras kaknab suami pada adik ipar  yg tanya 'bila masa bang'.


21 September 2019

Oesteoarthritis finger

Usia kaknab 63 tahun. Tidak penyakit kronik macam kencing manis, darah tinggi dll penyakit yang sama waktu dengannya.

Tapi Allah sayang juga kat kaknab Dia bagi juga sakit supaya boleh kurangkan dosa dosa kita. Umur 60 kaknab dapat oesteoarthritis. Baru bermula dari jari tengah kaknab. OA ni tak ada ubat, jadi redho ja la.

Ni jari tengah kaknab
Bulatan merah bengkak


Ni gambar ihsan dari Google.
Jari yang bengkok sedikit di hujung tu sebab tissue yang rosak. Herbeden's node dalam gambar di atas tu sudah rosak menyebabkan is kembang Dan bengkak.

Sakit kah tangan tu. Jawapannya kadang sakit kadang Tak sakit. Kadang tersentuh agak ngilu sedikit, kadang bangun pagi rasa sakit. Kadang tak sakit langsung. Boleh buat kerja macam biasa. Hari tu kaknab cuba mengait crochet. Mula2 ok lama lama kait jari sakit jadi kaknab pun stop mengait.

Kata doktor kalau sakit makan ubat saja. Kaknab pun Ada ambik xray, nak tengok macam Mana serious jari tu. Tak la serious sangat kata doctor. Dalam peringkat awal baru. Nanti kaknab update perkembangan jari kaknab. 

20 September 2019

Doa



Manusia ingin balik ke dunia semula untuk beramal soleh. Tetapi sudah terlambat kerana sudah mati, oleh itu beramal soleh lah kita semasa hidup sebelum malaikat maut mengambil nyawa kita.




Doa





Doa




19 September 2019

Ujian darah

Sebenarnya ujian darah ambik dah dua minggu baru teringat nk post dalam blog. Bukan apa nak simpan ja senang lain kali boleh refer. Kalau dok dalam file photo, bila banyak berat pula. Kalau terdelete bukan ada copy dah, nk kena pi minta kat klinik pula.




17 September 2019

Restoran belangkas mahkota di Kota tinggi


Jalan jalan cari makan.

Dari utara tanah air, Sungai Petani, Kedah ke Kota Tinggi, Johor semata2 nak makan lauk belangkas saja. Gerai belangkas mahkota terletak di tengah2 pekan Kota Tinggi. Senang cari ja, guna waze hihi.

Sedap tak lauk belangkas ni. Memang sedap. Mahal tak?. Tak mahal pun lauk belangkas untuk seorang makan Rm12.00. Kaknab makan berdua dengN suami jadi untuk belangkad saja 24.00. beli bungkus untuk seoramg makan pula rm12.00 tambah lauk lain lagi, semua sekali makan rm64. 00




Boleh repeat kalau terlepas kota tinggi.
Kedai ni buka dari pukul 10 hingga pukul 3 saja. Orang ramai kalau 11.00 ke atas. Kalau lambat habis.

Ni kali kedua kaknab makan lauk belangkas, kali pertama kat Teluk Sengat Kota Tinggi juga. Tapi kedai ni agak jauh ke dalam. Tu yang cari kedai dekat town area, pekan Kota Tinggi. Senang sebab menginap di hotel kota tinggi nak makan pi saja gerai tu kan 

14 September 2019

Boring boring jalan

Kaknab dengan suami kalau dok rumah lama sikit Mula la boring, Kira nak jalan la. Selalu tak plan tiba tiba ja pack bag terus jalan.

Semalam kami di muar menginap hotel muar traders, dari traders the next day bermalam pula hotel oyo city muar tepi sungai tempat kaknab selalu mancing udang galah, suami mancing ikan malim.

Dari city muar, check out menuju ke Kota tinggi. Di Kota tinggi menginap Pula hotel oyo Kota heritage.  Hotel murah ja. Tapi selesa untuk bermalam boleh tidur Lena. Janji Ada ruang untuk solat.

Yang peliknya masa bermalam kat oyo city muar selepas  solat isya berehat sambil hafal surah sujadah ayat yang 12-13,
Tiba tiba dengar macam orang tumbuk sambal kuat yang amat. Malam malam buta ni Sapa yang nak buat sambal belacan. Lagi pun ni hotel orang yang bermalam bawa baju takkan nak bawa lesung Batu macam chef wan, hihi. Misteri?????

Bermalam Kat oyo Kota heritage kota tinggi pun sama dalam pukul 10 malam pun dengar macam orang tumbuk sambal tapi Kali ni Tak berapa kuat macam Kat hotel oyo city muar. Misteri lagi??????😅😅

Ok makan kat mana di Kota tinggi pula

  • Petang dinner Kat restaurant Hasan ong., Memang sedap sangat Dan harga pun Tak berapa Mahal. Dia punya sharkfin soup memang sedap.






Lain kali kalau datang Kota tinggi boleh  datang makan lagi.

11 September 2019

Kereta proton Tak boleh start

Kelmarin kereta proton saga Tak boleh start.
Mula kereta tu parking dalam porch, suami nak repair bumbung Ada bocor, dia keluarkan kereta parking depan rumah. Dah habis kerja dia nak start kereta nak bawa masuk dalam tiba2 Tak boleh start.

Check battery semua ok. Tak kan  rosak  kut, kereta baru beli  ja tak  sampai dua tahun pun.

Pastu dia call proton service boleh tak datang  rumah check, depa kata kena bawa kereta pi bengkel. Macam mana nak bawa kalau kereta tak boleh start. Dia kata kena on tow lah. Boleh contact insurance yang kita beli untuk towing service.

Kaknab google cari info. Terjumpa lah manteara.blogspot. dia cakap kalau semua ok, Cuba tengok chip Kat kunci kereta mungkin jatuh. Banyak banyak blog, blog dia saja yang mentioned bab chip kunci ni.

Memang benar, bila suami buka kunci dia chip dah kosong. Dah jatuh, Cari Cari memang ada atas meja. Memang Mula dia buka check kunci tu. Chip terjatuh pun Tak sedar. Bila dah pasang balik chip Kat kunci terus boleh start. 

Ribuan terima kasih pada empunya Manteara.blogspot yang kongsi tip yang berguna. Semoga Allah membalas jasa tuan.

Gambar ehsan dari blog manteara.
Terima kasih tuan.