ads

31 December 2012

Sekolah ku dalam kenangan

Ini ialah bangunan sekolah kaknab, Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong, Pulau Pinang, kaknab belajar di sekolah ini  dari tahun 1963-1968, Sekolah tepi laut, Dulu hanya 2 bangunan saja, Satu bangunan ditempatkan kelas 4A, 4B (sessi pagi), kelas 1A, 1B (sessi petang), pejabat, bilik guru dan bilik guru besar.
lagi satu bangunan, kelas 6A,6B, 5A,5B (sessi pagi), kelas 3A, 3B, 2A, 2B, (sessi petang)


gulai tempoyak ikan tilapia

Assalamualaikum semua, dah makan tengah hari ke? kaknab baru saja dah, makan nasi sampai pecah peluh, apa tak nya, kena gulai tempoyak ikan tilapia yang kaknab mancing tadi pagi, kaknab buat kaw2 pedas pula, sebab yang lain memang tak makan ikan darat, kaknab sorang je, kaknab buat pedas2 sebab kaknab suka makan pedas, kalau yang lain makan, kaknab tak boleh lah bubuh cili api banyak2 nanti depa tak tahan pedas, tempoyak yang besan bagi ada banyak lagi dalam peti ais, asyik buat sambal belacan tempoyak bila nak habis, jadi kaknab buat gulai tempoyak, amboi sedapnya kaknab makan nasi, ikan pula ikan baru mancing lagi lah umph.


4 ekor ikan tilapia sederhana besar
3 camcabesar tempoyak
1 keping asam gelugor
garam
1 camca minyak
2 batang serai - dititik
1/2 inci lengkuas - dititik
1 mangkuk air


10 biji cili api**
1 ulas bawang kecil**
1 inci kunyit hidup**
** tumbuk lumat

panaskan minyak tumis bahan yang ditumbuk hingga garing, masukkan air, garam, serai, lengkuas, tempoyak dan 1 keping asam keping, Biar ia mendidih kemudian masukkan ikan tilapia, masak sekejap di atas api yang perlahan.

30 December 2012

di Madinah 8 hari

16/11/12 - Walaupun letih kerana sampai di hotel alharam madinah, agak lewat, kaknab bangun, mandi untuk p sembahyang subuh di mesjid, kaknab ajak rasuna nak p ke tak, dia kata letih lagi, jadi kaknab yang siap awal sebelum azan, tengok mak kaknab pun tidur lagi, agaknya letih sangat, kaknab pun turun sorang untuk ke mesjid nabawi, wpun kaknab tak biasa dan bukan tau pun nak p kut mana, tapi dekat lift memang ada orang ramai yang dah tinggal di madinah beberapa hari, boleh lah kaknab tumpang ikut sekali. Dekatnya hotel dengan mesjid, kaknab masuk pintu apa pun tak tengok pun, terus letak selipar dekat rak kasut, masuk dan sembahyang sunat tahyatul mesjid, dan sembahyang subuh, bila dah selesai, sudah, pintu mana kaknab masuk tadi, kasut kaknab letak kat rak kasut mana, tak ingat lagi dah, lalu kaknab pulang ke hotel dengan setokin di kaki tanpa kasut, sampai di bilik, kawan kaknab rasuna dan romlah, pun p sembahyang di mesjid, tapi sembahyang kat luar sebab orang ramai, depa tak bagi masuk lagi, mak kaknab dengann kak sal, sembahyang di bilik hotel, sebab kaknab dah tinggal mak kaknab dia pun tak berani turun tanpa kaknab. Ingat dia letih sangat tak mau p mesjid, tak apa lah, nanti mak buat sembahyang fardzu kat mesjid ada lagi 8 hari, boleh lah cukup 40 waktu sembahyang di mesjid nabawi.\

Kaknab bawa mak kaknab p makan sarapan pagi kat hotel, kami dapat makan percuma selama 2 hari sebab baru sampai di madinah, hari yang ketiga kenalah cari sarapan sendiri, lepas makan nasi lemak dengan teh, kaknab bawa mak kaknab ronda2 dekat mesjid sambil menjamu mata,


mak kaknab depan mesjid. jalan menuju ke hotel kami

Berangkat ke Madinah

Lama kaknab tak update DIARY PERJALANAN HAJI, sementara masih ingat dan fresh lagi, jum kaknab sambung, perjalanan ke Madinah pula.

15/11/12 - Hari ini hari terakhir kami di Mekah, 
mula2 kami dapat arahan bawa turun bagasi  besar pada pukul 11 pagi. Tiba2 tak sampai 2 jam,
keluar pula arahan beg bagasi besar mesti turun ke lobby lepas subuh, ini final
so, sebelum p mesjid solat subuh, kami semua bawa turun ke lobby.

bagasi dah diturunkan di lobby


Jadi hari ini kami kena buat tawaf wada' lepas solat zohor, dan perlu menaiki bas pada pukul
4 petang. Ramai yang p solat zohor kat mesjid, terus buat tawaf wada, tapi kaknab kena solat kat hotel, sebab mak kaknab kena tunggu kat hotel orang tolak dia dengan kerusi roda, Lepas solat zohor, kaknab dengan mak tunggu Azman, seorang jemaah, yang tolak sebagai part time income, dia jemput mak kaknab dalam pukul 1.30 ptg, Dia tolak mak kaknab di atas tingkat 2, kaknab pula pi sorang2 buat tawaf di bawah, panas terik, tengah hari mau tak panas, tapi orang tak lah sesak, kaknab boleh tawaf tepi kaabah, lagi pun sorang, senang kita nak mencelah, kalau ada kumpulan pak pak lang, yang kadang2 tolak kita sebab takut depa terlepas dengan kumpulan depa, kaknab mengambil masa setengah jam saja untuk selesai 7 pusingan, lepas sembahyang sunat tawaf, kaknab berdoa untuk kali yang terakhir dengan kusuk sekali, merenung kaabah sekian kali yang terakhir, tak tau bila kaknab boleh sampai lagi di sini, dengan penuh sayu terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kaabah, Insya Allah kaknab akan datang lagi tahun hadapan untuk umrah, jika diizinkan Allah umur panjang dan ongkos yang cukup.


kaknab terus balik ke hotel, untuk packing apa yang belum siap final touch, lebih kurang pukul 2.30 sampai di bilik, mak kaknab sampai lebih awal lagi, kawan kaknab yang tinggal satu floor dengan kaknab bawa dia ke bilik, pukul 3 petang kami pun turun dengan beg kecil 5 kgs untuk menaiki bas no 7, kata saja pukul 4 naik bas, pukul 3 dah penuh atas bas tapi, depa tak jalan pun kena tunggu orang penuh, check passport satu persatu, takut ada yang tertinggal bas. Lebih kurang pukul 5 petang bas pun bertolak ke Madinah, sampai di Hotel Al Haram dalam pukul 1.30 pagi.

bilik kami hotel Alharam, rasuna sedang landing testing tilam empok

mak kaknab berehat hilangkan letih 7 jam atas bas dari mekah ke madinah

jangan ambik moktan (rambutan) bapaku

Ini adalah satu peristiwa semasa kaknab kecik kecik iaitu tahun 1969, kaknab dalam remove class, sekolah sesi petang. oleh kerana pada hari jumaat sekolah petang masuk 2.45 jadi lambat lah sikit pi sekolah. so buat apa, baling rambutan pokok pakdin. pokok rambutan terletak di atas bukit, dekat rumah kaknab. buah rambutan ni pun bukanlah yang sedap sangat rambutan kampung , xlekang langsung, tapi suka juga baling dan kira curi lah tu. kaknab bersama kawan kawan kaknab, Idah, Lah mak timah, Noriah, Pawancik dan abang kaknab Latif. dah dapat banyak tangkai juga, ambik rambutan tu pi lah bagi dekat Saparbi Paknamad, kebetulan Saparbi, mengandung, mungkin badan dia lemah kut, habis saja dia makan tiba tiba dia menjerit menjerit macam kena rasuk hantu, kecut perut kami sebab takut, pak Putih iaitu pak saudara Saparbi pi panggil mak Mah Khalid, mai tengok, mak Mah ni memang pandai lah juga, entah apa dia buat, Saparbi, sambil jegil kat kami semua, mata dia perhati sorang sorang dekat kami, kebetulan ada kat situ, dalam takut takut pun nak tengok juga apa terjadi seterusnya. tengok apa mak Mah cakap

mak mah: hang mai mana, kacau anak cucu kami, pasai apa kacau anak cucu kami
saparbi: depa curi buah motan bapa aku.
mak mah: sapa bapa hang,
saparbi: pak din bapa aku.
mak mah: balik rumah hang, tempat asai hang, jgn kacau anak cucu kami.
saparbi: aku memang nak balik ni, (sambil menjerit adui adui adui, sebab mak mah kepit lada
hitam kat ibu jari nya)

apa yang mak mah baca lepas saparbi jatuh pingsan, mak mah sapu air kat muka dia, baru dia sedar. rupa rupanya belaan pakdin telah masuk ke dalam badan saparbi, apa lagi kami semua kena marah lah. mak mah berleter pok pek pok pek, tengah hari rembang baling rambutan, marah lah hantu dia. kira setia sungguh hantu dia jaga kebun pak din. kami stop sat baling rambutan dalam 2 minggu gitu, pastu buatlah semula, budak budak mana tahu serik. ekekekeke

sampai sekarang kaknab masih ingat peristiwa tu, anak Saparbi yang dalam kandungan dia masa tu dah dekat 42 tahun umur dia sekarang.

nasi lemak kopi O

nasi lemak kopi O

Pagi ni kaknab buat nasi lemak, sambal ikan bilis dan sambal  udang, Senang masak nasi lemak ni, masak tengah hari lambat sikit pun tak apa, sebab perut dah kenyang, oleh kerana ramai yang tahu masak sambal tumis, tak payah kaknab nak bagi resepi, kaknab cuma nak bagi petua untuk membuat sambal tumis sedap. kalau nak buat sambal ikan bilis, masa nak mesin cabai, masukkan bawang besar 2 labu , bawang putih 2 ulas cukup, masukkan juga belacan dan sedikit ikan bilis, supaya ikan bilis ni boleh mesra dengan cabai, mesin semua. masak nak menumis pula, potong bawang 2 labu dan tumiskan dengan ikan bilis hingga garing, baru masukkan cabai yang sudah dimesin, masak dengan api perlahan, sehingga garing dan pecah minyak, baru masukkan air asam jawa, tambah air, supaya ada kuah, masak dengan api yang perlahan sehingga sambal tadi pekat, masukkan garam dan gula,  biar sekejap semua gula dan garam mesra, masak dengan api yang perlahan, lambat sikit tak apa. itu lah petua sambal tumis kaknab, suami dan anak2 memang suka sambal kaknab, sebab tu kaknab tak pernah beli nasi lemak kat luar, sambal yang tak sama dengan kaknab, suami lagi tak minat, cerewet sikit tekak dia hehehe.

Untuk sambal tumis udang, tumis bawang besar dengan udang hingga garing, kaut dulu dalam pinggan, minyak yang baki dalam kuali, masukkan cabai yang dimesin, masak macam sambal ikan bilis juga, bila cabai dah pecah minyak, baru masukkan air asam jawa, biar cabai dgn api yang perlahan kacau selalu supaya tidak hangit, baru masukkan udang dan bawang goreng tadi. masak
biar sekejap baru masukkan gula.

29 December 2012

TV punya cerita

Kaknab ni jenis yang tak suka menonton tv, kalau sorang dalam rumah, alamat sehari suntuk lah, tv tu tak dibukanya, anak2 kaknab ada lagi satu tv dalam bilik depa, TV anak kaknab yang ketiga, Amiruddin, jadi yang tengok tv kat ruang tamu, suami kaknab je lah, tahu tak kenapa kaknab tak suka tengok tv, sebab kaknab tak suka tengok gambar yang ada orang jahat, orang dengkikan orang, orang yang berkasar2 pendek kata kaknab mau gambaq lawak saja, supaya kaknab blh gelak , suami selalu kata, awak buat lah drama sendiri, yang tak ada orang jahat, semuanya baik, dia kata gambaq cartoon pun ada orang jahat. Sekarang rumah kaknab pun dah potong Astro, suami menyampah, gambaq dalam tv Astro asyik berulang2, jadi sebab tak ada Astro, tv cuma guna areal antenna, cuma dapat 2 channel, tv7 dengan tv3, lawak betui, jadi macam zaman kaknab kecik2 dulu, tahu 60'an yang ada tv1 dan tv2. Dulu masa ada astro, kaknab sendiri pun tak tahu nak tekan channel mana, bila anak balik ada gambaq yang baguih2, kaknab tanya channel mana ni, dia nanti merungut, mak ni, astro dah lama masuk pun tak tau nak buka channel. dah tak minat, tak buka lah kan. yang kaknab tau hari2 melayari intenet, facebook, blog kaknab, flickr kaknab, photobucket kaknab, buka info itu info ini, kalau sehari suntuk boleh dok depan internet ni, tapi dont worry, kerja rumah tetap beres, masak 4 menu selalu siap, memancing sempat lagi hehehe.

kecik2 dah pandai nak report polis

2-3 hari sudah, ada kaknab p memancing pagi, pukul 9.00 masih ada di tepi parit, menunggu ikan makan umpan mata kail kaknab, tiba2 lalu seorang budak lelaki lebih kurang 6 tahun gitu, laju je jalannya, kerana parit yang kaknab mancing, tepi jalan raya, dia lalu depan kaknab, lalu kaknab tanya dia,

"nak p mana dik laju je jalan" kaknab tanya

"nak p balai polis" jawabnya ringkas

kaknab tanya "nak p rumah kawan ke, sapa kawan adik, nama apa? dok block mana? sebab mak cik pun memang dok kat berek polis."

"bukan nak p rumah kawan, tapi nak p report polis, sebab kawan saya pukui saya," confident dia jawab.

kaknab kata. "mai lah dulu singgah sembang dengan makcik, boleh temankan makcik mancing sekali".

kaknab tanya, "ni nak p balai polis, mak tau kah?

"kakak tau lah. mak tak tau". jawabnya

"adik dah sekolah ke?., kaknab tanya

"dah, tadika" jawabnya

Dalam hati kaknab kata 6 tahun budak ni.


Dia pun berhenti dan tengok kaknab memancing,

kaknab tanya, "awat nak p report polis, reti ke report kat polis,"

"reti, nanti saya cerita polis tu tulis lah" jawabnya.

Dalam hati kaknab berkata, amboi pandai budak ni, kecik2 dah tau nak report polis. Dalam dok sembang2 dia pun ralit terus tak p balai, tak sampai 15 minit, dia pun minta diri dulu

"nak balik lah makcik, nanti makcik balik mak cik tolong habaq kat polis, kawan saya pukui saya kuat dekat kepala, suruh polis mai tangkap dia.." sambil berjalan dia habaq lagi "makcik jangan lupa tau, bagi tau polis".

kaknab xjawab apa cuma tersenyum saja.

Begitu lah ceritanya, dari rumah dia quarters PBA nak p balai polis agak jauh juga lah, kalau nak jalan kaki, lebih kurang 10 minit macam tu, apa lah budak2 besaq tu paham, sikit sikit nak report, lawak betui

ikan tilapia masak cabai

assalamualaikum semua, kaknab baru je masak, dah lewat, sebab pagi makan nasi goreng, jadi masuk dapur lambat sikit, ikan tilapia yang pancing dah pun disiang, kata suami masak cabai bubuh daun kunyit tentu sedap, good idea, masak pun senang je.



8 ekor ikan tilapia, goreng dengan garam dan kunyit
1 mangkuk kecil cabai mesin dengan sedikit belacan,
1 batang serai, sedikit je halia, sedikit je lengkuas, 3 ulas bawang kecil, 2 ulas bawang putih ( tumbuk lumat)
minyak,
garam,
1 cambesar gula
1 helai daun kunyit - potong kecil2
1 mangkuk kecil air asam jawa


panaskan minyak masukkan bahan yang ditumbuk, biar garing dan wangi, kemudian masukkan cabai mesin, masak hingga wangi dan garing, kacau selalu, supaya tidak hangit, masukkan air asam jawa, kacau lagi, masukkan garam dan gula, masak sampai kuahnya agak kering, masukkan daun kunyit, kemudian akhir sekali masukkan ikan, biar ia bersalut dengan cabai. okay siap.



27 December 2012

gulai ikan tilapia

Ikan tilapia yang kaknab pancing pagi ni, sudah pun masuk dalam periuk, ikan diparit asam didalam mangkuk dalam periuk bertemu juga, hehehe. Tudia, ikan darat kalau buat rempah sendiri lagi sedap, jadi kaknab pun pulun lah, blender rempah sendiri, sebab batu giling tak ada, kalau ada memang giling punya, lagi sedap, dulu2 kalau nak buat gulai memang kena giling, pasal giling kaknab memanglah pakar, tapi zaman dah berubah, masuk blender je, mudah dan cepat, tak berpeluh2 nak makan gulai. Tapi kaknab buat gulai dua versi, satu periuk ikan tilapia, satu periuk lagi ikan kembong, sebab dalam rumah ada yang tak makan ikan darat, huhuhu, kena buat 2 macam lah, sapa tak makan ikan darat bolehlah makan ikan laut, tak lah terkulat2 tengok nasi tak ada kuah kan.


jum kita tengok bahan2 yang kaknab guna untuk membuat rempahnya.

A - bahan2 untuk dikisar halus

3 camcabesar rempah biji
15 biji cili kering
1 camcateh jintan putih
1 camcateh lada hitam
1 inci kunyit hidup
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

B
10 ulas bawang kecil - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
minyak masak
garam
3 biji tomato
10 biji bendi
satu mangkuk air asam jawa
air mengikut kuahnya

panaskan minyak, tumiskan bawang kecil dan bawang putih sehingga garing, masukkan bahan A biar ia masak sehingga pecah minyak, masukkan air asam jawa, masak lagi sambil mengacau sehingga kuahnya betul2 pekatnya dan pecah minyak, baru masukkan air, kalau tak mau air, boleh masukkan santan sebagai ganti, tapi kaknab jarang menggunakan santan, garam, bila mendidih baru masukkan bendi, biar sekejap baru masukkan  ikan tilapia, tomato, biar ia mendidih dan ikan masak.

24 December 2012

kenapa siput babi jalan sangat perlahan

Berbual dengan suami kaknab, dia tanya kaknab, "Nab tahu tak kenapa siput babi jalan tersangatlah perlahan", kaknab memang tak tahu, jawab "entah" . Dia kata "siput babi jalan perlahan dan lambat sebab dalam kepala dia dok fikir sorang2, "aku ni siput ke babi" yang mana satu betul, pening kepala siput babi dok fikir sampai nak jalan laju pun tak dapat. siannya.


tegok siput babi ni besar, hampir besar dengan tangan kaknab




Tawaf Sunat

kaknab tinggalkan mak kaknab dengan kak Sal, roommate kita kat hotel, mak tentu tak larat nak jalan banyak, jadi kaknab p dengan kawan kaknab Rasuna, banyak kali juga buat tawaf sunat dengan dia, sambil mengambil gambar untuk kenangan. kaknab pun ada buat tawaf seorang diri, sebab hotel tak berapa jauh. tapi kalau buat sendiri tak ada lah rakam gambar kaknab di kaabah. kalau p dengan rasuna, dia boleh lah ambik gambar.







ini gambar orang tengah cuci mesjid dengan menggunakan crane, 








Lautan manusia di Mesjidil Haram

Kalau kita tengok dalam video atau tv gambar orang sedang tawaf di kaabah, lautan manusia, beribu2 manusia, kita macam rasa takut, ramainya, boleh kah aku buat kalau aku di sana nanti, semua itu terbukti boleh dan dengan mudah kita melakukan tawaf walaupun dalam ribuan manusia, itu adalah kurniaan Allah, semuanya dipermudahkan, kaknab pun tak sangka, boleh dan buat tawaf 7 keliling dengan mudah, Alhamdulillah, rasa macam nak p lagi, buat tawaf sunat, di bawah iaitu di lantai kaabah, atau ditingkat 2 atau atas sekali, tidak rasa penat malah, tenaga yang Allah bagi dan semangat nak beribadat buat kita begitu gigih melakukannya.








22 December 2012

PULUT WAJIK aka PULUT KACAU punya cerita

Hari ini kaknab buat pulut wajik, beras pulut yang suami beli ada banyak lagi, nak buat ketupat daun palas pun tak dak, jadi buat pulut kacau lah jawabnya tak payah pakai daun, pagi2 lagi pi market beli santan dan gula merah, balik punya lah pulun buat.

Alkisah cerita pulut ni sentiasa di ingatan kaknab, dulu masa kaknab kecik2 tahun 1966, kaknab jual pulut kacau tapi kaknab jaja pulut manis, kaknab junjung dengan talam, pulut manis di buat bulat, satu lima sen.
Satu hari masa menjual pulut tu kaknab terjumpa telur itik atas pasir, nak ambik telur tu, satu talam pulut kacau habis jatuh atas pasir. Balik terus kepada tuan pulut tu, sian dia rugi hari tu, kaknab pun tak dapat upah, sebab semua pulut rosak. semua tinggal kenangan.



1 kilo beras pulut (rendam selama 2 jam - toskan)
kemudian kukus hingga masak.

500 gm santan

500 gm gula melaka)
500 gm gula merah  ) masak dengan 2 cawan air - tapiskan

300 gula pasir (boleh dikurangkan kalau tak mau manis sangat)
daun pandan
1/2 suduteh garam

gula merah yang sudah ditapiskan + gula pasir + santan masak dengan api yang perlahan kacau kerap supaya tidak meruap, hingga ia bertali, masukkan pulut kacau hingga pulut bersalut dengan gula, angkat dan tuang ke dalam loyang. siap untuk dimakan.











21 December 2012

Tapai ubikayu



Ni tapai yang suami beli kat kelantan, sedapnya tapai ni, tambah pula simpan dalam peti ais, ubinya lembut macam makan ais cream. kaknab tak biasa pun buat tapai ubi kayu lagi. nanti bila2 nak try buat lah.

cucuq cempedak



Selepas makan malam, anak tanya macam bau cempedak je, memang pun ada cempedak, suami kaknab beli masa dia balik dari kelantan petang tadi,  goreng pun malam lepas isya' baru boleh makan. Sepatutnya minum petang cucuq cempedak ni. tapi suami pun balik agak lewat dekat dekat nak maghrib baru sampai, kaknab goreng sebab anak nak makan. Cucuq cempedak, memang sedap pekena dengan kopi  O panas.

TANDA TANDA SEORANG YANG AKAN MATI


TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


20 December 2012

NIAT DI MIQAT - TANAIM - 3/11/12 07.00 am

Sambung balik Diary Perjalan Haji - 3/11/12

Hari ni kaknab, Rasuna, Romlah, Maznah kami 4 orang pi Tanaim untuk niat di miqat sebab nak buat umrah sunat. pi naik van, pak arab tu sembelih kami sampai 15 riyal sorang, dah lah himpit, pastu tengah jalan dia ambik orang lagi, tu lah sekali orang naik van dia, pastu dia nganga kat depan hotel, sapa pun tak mau naik, padan muka dia pak arab oi. Balik dari Tanaim kami tak pi tawaf dan saie terus, tapi balik hotel dulu, malam sat lagi dalam pukul 1.30 pagi baru kami pi buat umrah, kira kena dalam ihram satu hari lah. Saja pi tawaf pagi sebab sejuk, lagi pun orang tak berapa ramai sangat.

kat mesjid tanaim


Romlah dan Maznah


Masa ni dah habis tawaf, dan selesai solat sunat tawaf baru boleh snap gambar

19 December 2012

asam rebus a.k.a. pindang keli

ada orang panggil pindang, ada orang panggil asam rebus, apa pun panggilannya, rasanya memang serupa. Ikan keli yang suami dapat masa memacing 3 hari yang lalu, sudah pun masuk dalam periuk. pindang keli, memang sedap, rasa masam, masin dan pedas, wangi serai, lengkuas dan bunga kantan, tambah pula ikan keli bendang, isinya yang lembut dan manis. Sejak gila memancing kaknab tak pernah beli lagi ikan keli kat pasar, sebab ikan keli kat pasar banyak yang bela, ikan keli yang pancing, ikan keli bendang, rasa isinya lebih lembut dan sedap, dan tidak hanyir.



Bahan2nya

1 ekor ikan keli di potong empat
3 biji cili merah       )
2 ulas bawang kecil)
sedikit kunyit hidup)
sedikit belacan      ) tumbuk lumat semua bahan ini

3 keping asam gelugor
1 bunga kantan - belah 2
3 batang serai - diketuk
sedikit lengkuas
garam
air - agak2 nak banyak mana kuahnya.

masukkan semua bahan2 di atas kecuali ikan. biar ia mendidih, kemudian masukkan ikan. senang kan.
bila ikan sudah masak boleh lah dihidangkan.

Resepi yang paling mudah in the world.

18 December 2012

asam pedas ikan ayam ayam

Pernah makan tak ikan ayam ayam? tahu kenapa orang panggil ikan ayam ayam. sebab isinya macam isi ayam rasanya pun seakan2 rasa ayam.







BAHAN BAHANNYA

A

IKAN AYAM2 POTONG
25 CABAI KERING - mesin dengan belacan dan bawang besar
1 LABU BAWANG BESAR
ASAM JAWA - ambil airnya
SEDIKIT BELACAN
SEDIKIT HALBA
AIR
GARAM
MINYAK
TERUNG (OPTIONAL)
SEDIKIT HALBA

B
bahan untuk di tumbuk lumat:-
10 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit hidup

Cara memasak

Panaskan miyak tumiskan bahan tumbuk tadi, hingga garing dan wangi, masukkan cabai mesin, biar ia masak hingga garing dan wangi, masukkan air asam jawa, garam, halba, biar ia mendidih agak lama sedikit, baru masukkan terung, biar terung agak layu sedikit baru masukkan ikan. sebab kaknab nak terung betul2 empok, suami suka terung empok, kalau tak nak empok sangat boleh lah masuk bersama2 ikan, kalau ada daun kesom boleh masukkan, kaknab tak ada daun kesom jadi tak bubuh lah untuk asam pedas kali ni. Boleh juga bubuh sayur jeruk, kaknab jarang bubuh sayur jeruk, kadang2 je kalau teringat beli kat market, selalunya lupa je.

17 December 2012

sambal tumis telur

terdelete pula post ni, sib baik boleh copy and paste.


Assalamualaikum semua, kaknab dok pikiaq apa lah nak masak hari ini, dah pukul 11 pun tak buat apa lagi, telur yang beli semalam belum basuh dan masuk peti ais lagi. sambil basuh dan toskan, dok ingat masak sambal tumis pun sedap juga. nak gu dengan sambal tumis yang tak berapa berkuah, masak je ikan kayu masak kicap, sayur bayam yang seringgit ada lagi, keledek pun ada. boleh lah tumis air. cukup lah menu hari ini. sambal tumis telur, ikan kayu masak kicap, bayam dengan keledek. aiseh man, sedap tu


senang dan ringkas lauk sambal ni.

20 biji cili kering)    )
sedikit belacan        ) semua ni di mesin
3 ulas bawang kecil )
2 ulas bawang putih )

air asam jawa
garam
gula
minyak
2 labu bawang besar (dimayag kut bulat)
telur 6 biji

panaskan minyak, tumis bawang besar hingga garing, masukkan bahan mesin biar ia masak sambil kacau hingga naik minyak, kaknab selalu memang masak lama, dengan api yang perlahan. masukkan air asam jawa, garam, masak lagi sampai kering, masukkan gula. kuah kering tadi, kena tambah air lagi, biar ia cair sikit, biar ia mendidih baru pecahkan telur sebiji demi sebiji, tutup periuk atau kuali, biar telur masak dengan api yang perlahan, jangan kacau lagi, tunggu sampai telur betul2 sebiji2 tidak pecah, alihkan telur tadi, biar masak lagii sebelah. tutup periuk, bila telur sudah betul2 masak dan kuah agak kering, boleh lah dihidangkan.


note: kak nab pure penang mari, kadang2 tulis resepi pun macam cakap penang juga, harap kawan2 yang baca boleh faham okay.

Bayam tumis air dengan keledek

Jum sambung balik menu lunch hari ini, resepi sambal tumis telur dah masukkan, ni nak post sayur bayam tumis air, kaknab kalau masak bayam tak masuk keledek tak sah, sebab dia manis2 gitu, kaknab masak sayur tak guna ajinomoto, jadi ubi ni yang memaniskan kuahnya.


bahan2nya

seringgit bayam
seketul keledek (potong cube)
satu cili merah
4 ulas bawang putih (cincangkan)
minyak untuk menumis
sedikit serbuk seasoning lada ajishio

cara memasak

panaskan minyak tumiskan bawang putih hingga garing, masukkan cili yang dipotong dua, dan keledek, air, untuk empokkan keledek. garam dan seasoning bila ubi sudah empok baru masukkan bayam, kacau hingga bayan layu. siap hidangkan, jeng jeng jeng, inilah sayur yang paling mudah dalam dunia hahaha

16 December 2012

Masak lomak siput belitung dengan keladi



bahan2nya.

600 gm siput belitung (potong ekornya gunakan, ragum atau plier)
rm1.00 pati santan
satu ubi keladi (dipotong dadu, rebus hingga empuk, toskan)
10 biji cili padi          )
1 ulas bawang besar ) tumbuk lumat
1 inci kunyit hidup    )
2 batang serai diketuk

panaskan sedikit minyak tumiskan serai dan bahan tumbuk kacau hingga naik bau, masukkan siput kacau sekejap, masukkan ubi keladi yang sudah direbus, santan, garam, kacau selalu supaya tidak berketul, siap bolehlah dihidangkan. 
kari ikan kayu putih (tuna)


Assalamualaikum semua,Makan tegahhari hari ini kaknab masak kari ikan tuna (ada yang panggil kayu putih, sebenar ini ikan tuna) isinya lebih lembut dan sedap dari kayu biasa, masak lemak siput belitung dengan ubi keladi, kerabu bunga betik, goreng ikan bilis. 

Berselera betul suami kaknab makan hari ini, sejak kaknab balik dari mekah, hari2 dia makan berselera betul, kalau macam ni, bertambah naik lah badan dia, masa kaknab tinggal dia 45 hari, dia makan nasi mamak je, sian dia, kini isteri dah balik boleh makan masakan isteri.

Petua nak bagi kari ikan sedap, cuma lebihkan  bawang, tak kiralah bawang merah, ke bawang besar ke,
rempah pula biar masak lama supaya hilang bau rempah. Jangan sekali2 bubuh aji no moto, hilang rasa rempah yang pure itu.

jum kita tengok resepi kari ikan kaknab


bahan-bahannya

8 ulas bawang merah)
2 ulas bawang besar )
4 ulas bawang putih  ) mayang nipis2 macam gambar B
A

B

2 bungkus rempah kari alagapas (bancuh dengan air panas supaya hilang bau rempah)
2 tangkai daun kari
1 1/2 tomato besar (1/2 dipotong baji. yang lagi 1 dibelah 4)
1 mangkuk kecil air aisam jawa
minyak, garam
1 ringgit santan
bendi

cara memasaknya

Panaskan minyak, tumiskan bahan B hingga garing seperti dalam gambar dibawah


kemudian masukkan tomato yang dipotong baji, daun kari, rempah kari. masak sampai ia garing dan pecah minyak begini


masukkan air asam jawa, kacau lagi supaya tidak berkerak, masukkan garam, santan, bendi, bila mendidih menggelegak baru masukkan ikan kayu dan tomato yang dibelah 4.

Biar ia mendidih sambil kacau perlahan2 hingga ikan dan bendi empok dan lembut. 



dah siap pun kari ikan penang mari. bolehlah dihidangkan