30 September 2020

Nasi arab chef ammar

Lama dah teringin nk makan nasi arab masakan orang arab sendiri. So anak bawa pi makan kat restaurant chef ammar kat usj kl. Sedap nasi arab dia. Ada banyak jenis nasi arab ni. 

Kaknab order nasi kamsah ayam. Nasi mandy pun anak order juga. Kambang Bakar bungkus lembut dan sedap.

Yang best dapat bergambar dengan pak arab chef ammar tauke kedai tu. 










Ni la chef ammar


20 September 2020

Koleksi telekung

Macam mana kaknab jahit baju selalu, macam tu juga kaknab jahit telekung. Kerana kaknab pakai telekung, tiap tiap hari tukar, so jahit selalu buat koleksi. 

Ni telekung terbaru,baru siap jahit 



Kisah oghang pompuan

Ni la kisah oghang pompuan, bukan kaknab saja, ada juga oghang yang macam kaknab, baju penuh almari, masih dok kata, I xdak baju nak pakai kenduri. Pada hal kalau xbasuh 3 bulan pun masih boleh bertukar baju. 

Bab tudung pula nak pakai kena match dengan baju pula, kalau baju biru mau tudung biru juga, pada hal kalau pakai warna lain yang tak match bukan oghang kisah pun. Saja jahat nak juga bagi warna sama hihi. Jadi kalau baju 100 pasang tudung pun ada 100 helai. Sama banyak dengan baju.


Anak tudung pun macam tu, sama banyak dengan tudung. Nasib baik kaknab jahit baju, tudung, tak payah beli yg dah siap.   Kalau nak upah baju, tudung bagai mau suami dapat semput jantung. Hihi

Sebahagian dari tudung

Sebahagian dari tudung

Sebahagian dari koleksi baju



16 September 2020

Cok keria gula melaka.

Kaknab pi melaka minggu sudah, masa pi makan asam pedas pak man kat bukit katil, ada orang jual kuih keria (cok keria, kami panggil), suami beli 5 biji rm4.50 maknanya sebiji 9 kupang - 0.90 sen lah. Ubi pun xlenyek habis ada ketul2 lagi.

Kebetulan masa suami isi minyak kat stesen ada orang jual ubi keledek murah dan ubi fresh lagi.
Kaknab pun ada beli gula melaka kat serkam masa on the way nak balik spetani. 

Balik ja terus buat cok keria gula melaka. Puas makan, lagi sedap dari beli kat melaka







Kasut jadi haus (huih bahasa utara)

Kasut akan jadi haus (huih, kata orang utara).
Ia akan menjadi haus mengikut cara kita berjalan. Masa kaknab cuci kasut2 kaknab di rak, baru kaknab perasan kasut kaknab akan huih belah belah belakang tepi kanan, maknanya kalau kaknab berjalan, kaknab akan letak bahagian tapak belakang dulu sebab tu dia cepat haus. Anda bagaimana.





Kaknab ambik gambar 3 pasang kasut kalau nak ambik gambar semua kasut penuh la dalam ni hihi.

Lauk belangkas dimelaka

Boring dok rumah, kaknab dan husband pi melaka. Tujuan nak makan lauk belangkas kat Kuala Linggi Melaka. Suami google cari tempat jual belanhkas selain dari kota tinggi tempat selalu kaknab pi. 

Nama kedai citarasa belangkas.
Ok juga lauk belangkas kita boleh pilih nak masakan cabai atau masak lemak cili api. Sekor belangkas rm20. Kaknab order sebelah belangkas masak cabai sebelah lagi masak lemak cili api.







JJCM RIVERSIDE JANDA BAIK PAHANG