22 January 2022

Seluar jeans

Sekarang ni mak nab dok gila jahit seluar jeans. Tapi bukan yang ketat ketat macam di jual punya. Sesuai dengan umur mak nab, tentu la jahit seluar yang longgar2. 

Mak nab beli kain kat shopee atau lazada. Kain denim cotton kat shopee semeter rm15. Tapi kalau beli lebih dari 10 meter dapat dengan harga 14.00 semeter.

Mula beli 6 meter dapat 4 helai seluar. Tapi seluar yang ke 4 sambung bahagian atas, dan poket pun tak ada, sebab kain dah habis potong. Bahagian yang sambung tu kat atas jadi kalau mak nab pakai baju Labuh tak nampak la bahagian yang sambung. 

Seluar buat sendiri lebih sedap dipakai sebab memang kita jahit ikut ukuran badan kita.

Kali kedua mak nab order, 12 meter kain denim cotton. Dapat seluar cucu untuk dua orang, 4 helai, sorang dua helai tiap seorang.  Seluar suami sehelai, seluar mak nab 4 helai. Ni dok plan nak beli kain lagi.

Kisah orang perempuan

Orang pompuan ni kalau bab shopping menyoping memang nombor 1. Contohnya aku la. Bedak muka saja ada lebih 10 belum lagi foundation kalau ada pun mesti lebih dari 10 juga. 

Lipstick lagi mau dekat 30. Macam mana para suami suami dalam dunia tak semput. Barang dah ada beli lagi, la ni ada order on line shopee la lazada la lagi la mudah xpayah keluar rumah, kat atas katil ja boleh order macam2.

Belum lagi kasut, beg tangan, bra, panties semua boleh order online. Masks, hand socks, socks. Nasib baik aku save juga. Tudung, anak tudung, telekung, seluar jeans, baju semua aku jahit sendiri. Dah order kain pula. 

Kat rumah aku, boleh kata hari2 shopee dan lazada hantar barang. Aku order, suami pun order. Bila sampai ja, zainab rejab atau zainal abdullah. Yang zainal abdullah pula order bab spare part moto, segala mak nenek ada. 😆😆😆😆😆

05 January 2022

Dose ke 3 pfizer

Hari ni 16/11/21, maknab cucuk vaccine penggalak (booster dose) dose ketiga. Kali pfizer pula. Yang dua dose mula sinovac. Dah campur aduk.
Suami yang sepatutnya kena cucuk pada 19/11/21, dia pun minta cucuk 16/11/21 sama sehari dengan kaknab.

Masa cucuk sinovac dulu langsung tak ada lenguh2, tak sakit kat tempat cucuk, tak demam langsung.

Tapi pfizer ni selepas 12 jam tempat cucuk keras sedikit dan lengan rasa lenguh, badan pun macam nak demam saja. Tapi maknab tak la sampai kena makan penadol. Kuat juga pfizer ni. 

Suami pun rasa sakit2 satu badan macam nak demam




JJCM RIVERSIDE JANDA BAIK PAHANG