18 April 2022

31 March 2022

Gulai udang dengan buah janggus

Pernah tak makan gulai udang dengan buah janggus (gajus). Sedap sekali. Manis2 udang + manis janggus memang sedap. Buah janggus yang masak ranum tau. Buah janggus yang muda tak berapa sedap.



25 March 2022

Baju renda


Sekarang aku suka balik baju renda. Dari dulu aku suka, tapi harga dia mak oi mahai sangat last aku beli masa eni nk kawin tahun 2017. Beli kat jakel shah alam, masa tu semeter 35.00 beli juga dua meter kolor cokelat muda lagi satu hijau terang. Masih elok lagi. 

Aku selalu pakai baju baru dalam rumah. Mana yang aku buat aku tak simpan. Hari hari pakai kalau nak masak aku pakai apron. Kalau nak tunggu jalan baru pakai baju elok, dok kat rumah pakai baju lusuh pun tak guna juga sebab baju aku selalu aku jait, kalau tak pakai hari hari bila pula nak pakai.dua almari pun dah penuh jenuh berhimpit baju baju aku tu.

Kalau tengah masak, suami kata jom keluar beli barang ka nak pi bank ka, aku cari tudung nak pakai ja. Baju tak payah tukar sebab memang pakai baju elok pun 

So, sekarang start order baju renda dari indonesia, murah yang amat. Kain yang sama aku beli kat jakel semeter 35.00 kat shopee aku beli semeter 15.00 saja. Dua meter plus postage baru 34.50. 

sepasang kuning dah siap mustard yellow my favaurite colour.  Colour maroon on the way dah siap potong hari ni jahit la. Lagi dua helai colour biru muda dan colour dustpink akan menyusul minggu depan boleh dapat kut. Crazy me. Tak apa kain pun murah baju pula jahit sendiri.  Memang jimat kan





08 February 2022

Cholesterol

Jom cerita cholesterol maknab

January ambik ujian darah, cholesterol maknab 6.2. kata doctor, makcik makan ubat Statin setengah biji sehari, bagi turun kolesrol. So maknab pun mkn la. Lepas makan masa nk solat subuh selalu sakit urat kat peha, genting kaki. Ait pasai apa dok sakit urat pula ni.

Mkn dlm dua minggu macam tu, pun sakit urat, sebelum ni tak dak pun sakit2 urat walaupun umur dah 66.

So maknab pun stop makan statin. Sakit urat pun hilang. Tau la maknab oooh statin yg menyebabkan side effect iaitu sakit urat. 

La ni maknab control sendiri, kurangkan makan makanan berminyak, banyak makan sayur dan buah. Pastu pagi2 try makan rolled oats walaupun memamg tak berapa suka sangat oat ni.  Tunggu bulan jun nak kena ambil ujian darah tengok ada turun tak kolesrol maknab


Jogging