JOM MENARI SIKIT BAGI KELUAQ PELUH
salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
28 July 2010
27 July 2010
08 July 2010
bunga kantan
Nama botani: Phaeomeria speciosa Koord
Famili: Zingeberaceae
Pengenalan
Herba hidup semusim. Pokok herba monokot yang berasal dari Malaysia ini ditanam di sekitar rumah untuk jambak bunganya dengan menggunakan rizomnya untuk pembiakan.
Daun yang agak panjang dan juga rizom di dalam tanah manakala jambak bunganya besar dan mempunyai involuker braktea berwarna steril. Jambak bunganya juga mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal tunas daun menyebabkan ia kelihatan cantik dan unik.
Selalunya jambak bunga kantan yang masih muda dan belum mengembang merupakan perencah utama untuk membuat kuah laksa utara. Laksa dan kantan sememangnya tidak dapat dipisahkan.
Khasiat dan kegunaan
Bagi suku kaum Mandailing, bunga kantan menjadi ramuan terpenting untuk masakan pucuk ubi tumbuk yang digoreng bersama serai racik, ikan bilis dan terung rembang.
Ramuan untuk lauk asam pedas dan tomyam. Bau bunga kantan yang harum dan unik menjadikan masakan lebih menyelerakan. Selain bunga kantan, buahnya juga boleh digunakan sebagai perasa makanan, malah di sesetengah tempat buah kantan yang telah ranum juga dimakan begitu saja.
Kantan juga berkhasiat untuk mengubati sakit telinga dan membersihkan luka.
Sakit telinga boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan buah kantan.
Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga.
Jika diamalkan selalu, ia bukan saja melegakan kesakitan akibat bengkak malah boleh mengatasi masalah telinga berair. Bagi mencuci luka di badan, air rebusan daun kantan yang masih suam digunakan dengan melumurkannya ke seluruh bahagian luka.

(Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin)
kaknab pula, kalau pi market xdak orang jual bunga kantan maka niat nak buat laksa terus cancel, kerana tanpa bunga kantan kuah laksa akan kureng sedap. ia di masukkan di dalam kuah juga di potong mentah ke atas laksa bersama daun salad dan daun pudina, bawang besar, timun dan cili api. buat kerabu nenas dengan kantan pun sedap juga, cincang2 nenas kecil2 bunga kantan di potong kecil ,tumbuk cabai merah, belacan sikit, potong dadu atau hiris nipis bawang besar, gula dan garam, campur semua, jadilah kerabu nenas orang kedah hahahaha, memang sedap. cubalah
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
Assakamualaikum semua, dah pergi pasar ke? Masak lauk apa hari ni. Kaknab dah p market, beli ikan baji, 3 ekor 2 kilo rege rm15/- dah ada...