26 December 2011

IBADAT HAJI

1. IBADAT HAJJ DAN UMRAH
1.1 Pengertian Hajj Dan Umrah
1.2 Syarat Wajib Hajj Dan Umrah
1.3 Syarat-Syarat Wakil Atau Orang Yang Mengambil Upah Haji (Badal Haji)
1.4 Rukun Dan Wajib Haji
1.4.1 Rukun Haji
1.4.2 Wajib Haji
1.5 Rukun Dan W Ajib Umrah
1.5.1 Rukun Umrah
1.5.2 Wajib Umrah
1.6 Perbezaan Rukun Dan Wajib Hajj Dan Umrah

2. HURAIAN RUKUN HAJI DAN UMRAH
2.1 NIAT IHRAM
A. Cara-cara mengerjakan haji:
B. Memakai Pakaian Ihram:
C. Sebahagian daripada sunat-sunat sebelum berihram ialah:
D. Perkara-perkara yang dilarang semasa berihram


********************************************************
PENGERTIAN HAJJ DAN UMRAH

Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah al-Haram dalam bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sa'iedan wuquf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah al­Haram kerana mengerjakan tawaf, sa'ie dengan menurut syarat -syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

Haji diwajibkan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka, berkuasa sama ada lelaki atau perempuan. Begitu juga dengan hukum umrah adalah wajib sama seperti hukum haji.

SYARAT WAJIB HAJJ DAN UMRAH
Syarat wajib haji dan umrah adalah sama, iaitu:
Islam - tidak wajib dan tidak sah ke atas orang kafir dan murtad wal'iyazubillah).
Baligh (cukup umur ) tidak diwajibkan mengerjakan haji ke atas kanak -kanak dan jika ia mengerjakannya adalah sah tetapi tidak rnenggugurkan haji fardhunya.
Berakal - tidak wajib ke atas orang gila dan tidak sah hajinya jika dilakukan.
Merdeka - hamba abdi tidak diwajibkan rnenger­jakan haji, tetapi, sah dan rnendapat pahala jika dilakukan.
Berkuasa rnengerjakan haji dan umrah, ia terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama: Berkuasa dengan sendirinya iaitu:
1. Berkuasa membayar tambang-menambang dan segala perbelanjaan bagi rnengerjakan haji hingga selesai dan balik ke ternpatnya.
2. Mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
3. Ada kenderaan pergi dan balik.
4. Aman di dalam perjalanan pergi dan balik seperti tidak ada peperangan, perompak, penyamun dan rnusuh yang rnengancarn keselarnatan diri atau hartanya, atau tidak ada penyakit yang berjangkit yang rnernbahayakan tubuh badan.
5. Sihat tubuh badan.
6. Berkesempatan rnasa untuk mengerjakan haji dan umrah.

Bagi wanita ditambah dua syarat lagi;

Dengan izin suami atau wali

Hendaklah ia ditemani oleh suami atau mahramnya (orang yang haram nikah dengannya) atau yang thiqat (perempuan yang dipercayai).

Mahram dalam Ibadat Haji Sunat atau Umrah Sunat

Haram bagi seorang perempuan menunaikan Haji Sunat atau Umrah Sunat tanpa ditemani mahram dengan syarat-syarat tertentu mengikut Qaul Muqabilul Asah. Di antara syarat-syaratnya:

a. Memastikan tidak adanya fitnah dan keselamatan diri terjamin.

b. Sekiranya bemazar, bukan mengada-adakan alas an nazar untuk menunaikan haji. *

Kedua: Berkuasa dengan pertolongan orang lain adalah: Bagi mereka yang sudah mencukupi syarat-syarat dari segi kewangan untuk menunaikan fardu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya sendiri disebabkan oleh uzur dan sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua umumya, yang telah putus asa tidak dapat pergi menunaikan fardhu haji maka bolehlah digantikan dengan orang lain untuk mengerjakan haji itu bagi dirinya, dengan upah yang berpatutan atau dengan sukarela. Begitu juga dengan orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hayatnya tetapi tidak mengeIjakan haji maka terhutanglah fardu haji ke atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menyelenggarakan hutang hajinya itu dengan upah yang berpatutan atau sukarela (Badal haji).

* Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH/Pusat Islam) II 1422 Hijrah pada 16 April 2001 .

SYARAT-SYARAT WAKIL ATAU ORANG YANG MENGAMBIL UPAH HAJI (BADAL HAJI)

1. Ia telah pun menunaikan fardu haji untuk dirinya sendiri dengan sempumanya.

2. Hendaklah melakukan ibadat haji untuk seorang sahaja bagi satu musim.

3. Ia mestilah berihram pada miqat orang yang dihajikannya atau pada tempat yang sarna jauhnya dengan miqat itu. Jika ditentukan kepadanya sesuatli miqat hendaklah ia berihram pada miqat yang ditentukan itu, jika tidak ditentukan mana-mana miqat maka hams bagi orang yang mengambil upah itu­ berihram pada miqat yang dilaluinya. .

Bagi orang yang berada di Makkah mengambil upah haji maka wajib ia keluar ke miqat yang dihajikannya, atau boleh juga pada mana-mana miqat yang lebih hampir kepadanya. Maka sekiranya ia berihram daripada miqatnya (di Makkah) nescaya berdosa dan wajib dikenakan dam, inilah Qaul yang muktamad oleh Syeikh Ibni Hajar dan Ramli.

Tetapi pada pendapat AI-Jamalul Tabari adalah diharuskan berihram di Makkah dengan tiada dikenakan dam dan tidak dikurangkan upahnya.

4. Ia hendaklah seorang yang cukup keahliannya bagi mengerjakan ibadat haji itu dengan menyempurnakan­nya seperti ia mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.

Adapun dalil yang membolehkan mengerjakan haji untuk orang lain di antaranya yang bermaksud: Daripada Laqit bin Amir , bahawa ia telah mengadap Rasulullah SAW dan berkata, "Bahawa bapa hamba seorang yang telah tua, tidak berdaya menunaikan haji dan umrah dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk mengerjakan haji atau umrah. Sabda Rasulullah SAW: "Tunaikanlah haji untuk bapamu dan umrahnya. "

(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi)
RUKUN DAN WAJIB HAJI
Rukun Haji:
1. Niat Ihrarn
2. Wuquf di Arafah.
3. Tawaf
4. Sa'ie
5. Bercukur atau bergunting
6. Tertib pada kebanyakan rukun.

Wajib Haji:
1. Niat Ihrarn di Miqat
2. Bermalarn di Muzdalifah
3. Melontar Jamrah Al-Aqabah
4. Bermalarn di Mina
5. Melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari Tasyrik, (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
6. Meninggalkan perkara-perkara larangan dalam masa ihram.

RUKUN DAN W AJIB UMRAH
Rukun Umrah:
I. Niat Ihrarn
2. Tawaf
3. Sa'ie
4. Bercukur atau bergunting
5. Tertib

Wajib Umrah :
1. Niat ihrarn di Miqat
2. Meninggalkan perkara-perkara larangan dalam masa ihram.

PERBEZAAN RUKUN DAN WAJIB HAJJ DAN UMRAH

Rukun haji dari umrah itu adalah pekerjaan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan haji dan umrah, (sekiranya salah satu daripada rukun haji dan umrah itu tidak dikerjakan sarna ada sengaja atau terlupa maka ibadat haji dan umrahnya tidak sah).

Adapun perkara-perkara wajib haji dan umrah itu ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan kedua­dua ibadat itu, sebaliknya jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya maka haji dan umrah itu sah tetapi wajib ke atasnya darn serta berdosa jika ditinggalkan yang wajib itu dengan sengaja.
************************************************
2. HURAIAN RUKUN HAJI DAN UMRAH
NIAT IHRAM
Iaitu niat masuk mengerjakan haji atau umrah atau kedua-duanya sekali. Sesiapa yang berbuat demikian maka ia dianggap sudah berihram dan haramlah ke atasnya melakukan setengah-setengah perkara yang sebelum ihramnya diharuskan, seperti memakai pakaian bersarung bagi lelaki, menutup muka dan dua tapak tangan (pergelangan tangan) bagi perempuan, memakai bau­bauan, bersetubuh, berburu binatang, menebang atau mencabut pokok di Tanah Hararn dan lain-lain daripada perkara pantang larang dalarn ihram.
Niat Ihram Haji tertakhluk kepada Cara haji yang akan dikerjakan.

A. Cara-cara mengerjakan haji:
Para ulamak bersependapat bahawa cara mengerjakan haji itu ada tiga iaitu: Haji Ifrad, Haji Tarnattu' dan Haji Qiran.

1. Haji Ifrad - mengerjakan haji dahulu dalarn bulan­ bulan haji* kemudian.mengerjakan umrah.
* Bulan-bulan haji bermula dari 1 Syawal hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.

2. Haji Tamattu' - mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan-bulan haji. Kemudian dikerjakan haji dalam tahun itu juga. Cara ini dikehendaki seorang itu berniat ihram umrah sahaja dan ditunaikan segala rukun-rukun serta wajib-wajibnya. Apabila tiba waktu haji hendaklah ia berihram haji pula. Cara ini dikenakan dam mengikut syarat-syaratnya.

3. Haji Qiran - Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan-bulan haji dengan mengerjakan amalan-amalan haji sahaja atau berniat mengerjakan umrah sahaja tetapi sebelum tawaf ia berniat mengerjakan haji.

Peringatan:

1. Mengikut pendapat Mazhab Syafi'ie Haji Ifrad adalah lebih afdal dengan syarat hendaklah dikerjakan umrah di dalam tahun itu juga.

2. Terdapat setengah bakal-bakal haji berniat ihram haji (Haji Urad) tetapi mengikut perbuatan orang yang berniat ihram umrah seperti ia bercukur atau bertahallul selepas Sa'ie sebagaimana orang yang mengerjakan umrah. Ini hendaklah dijaga dan diambil perhatian supaya jangan sampai ibadat hajinya tidak sempuma.
B. Memakai Pakaian Ihram:
Sebelum seseorang itu berniat ihram di Miqat hendaklah ia memakai pakaian ihram.

Bagi lelaki ialah dua helai kain lepas (tidak bercantum) sehelai dipakai untuk menutupkan auratnya di antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang. Disunatkan berwarna putih.

Pakaian ihrarn bagi perempuan pula hendaklah menutup semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan
C. Sebahagian daripada sunat-sunat sebelum berihram ialah:
1. Mengerat kuku
2. Menanggalkan bulu ketiak, ari-ari, mengandam misai, janggut dan rambut.
3. Mandi sunat ihram.
4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan.
5. Memakai pakaian ihram berwarna putih.
6. Sembahyang sunat ihram.
7. Membanyakkan bacaan talbiah selepas berniat. Setelah sempurna memakai pakaian ihram bolehlah berniat untuk mengerjakan haji atau umrah atau kedua­duanya sekali bagi orang yang mengerjakan Haji Qiran

Perhatian:
Perempuan yang di dalam haid atau nifas boleh berniat haji atau umrah atau kedua-duanya.

D. Perkara-perkara yang dilarang semasa berihram
Sebaik sahaja seseorang itu berniat haji atau umrah maka wajiblah menjaga pantang larang ihram seperti berikut:
1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya, seperti memakai songkok, serban dan sebagainya . tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah batang pokok atau payung (bagi lelaki).
2. Memakai pakaian bersarong sarna ada berjahit atau sebagainya seperti seluar, baju kemeja, sarong kaki (bagi lelaki).
3. Menutup muka (bagi wanita).
4. Memakai sarong tangan (bagi lelaki dan wanita).
5. Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menyedutnya ke dalam hidung (bagi lelaki dan wanita).
6. Memakai minyak pada kepala atau janggut (bagi lelaki dan wanita).
7. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana­-mana bulu dianggota badan.(bagi lelaki dan wanita)
8. Mengerat atau membuang kuku (bagi lelaki dan wanita).
9. Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di Tanah Hararn (bagi lelaki dan wanita).
10. Membunuh binatang yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal (bagi lelaki dan wanita).
11. Bersetubuh.
12. Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium,berkucup-kucupan atau berpeluk yang menaikkan nafsu syahwat.
13. Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.

No comments:

Post a Comment

Ada beza tak