31 May 2023

Awning tudung kain velintino

Dok fikir nak buat apa kain velentino yang maknab terorder 15 kolor pula tu. Tersilap tengok, dok ingat kain scuba. Belilah 1/2 meter tiap2 satu kolor. Dah tersilap dok bayangkan nak buat apa nanti. Boleh buat jubah bertingkat flare nanti kut.

Bila kain dah sampai, kain velintino memang cantik, lembut  ja kain dia, kilat kilat lembut, maknab besa beli kain ni kat jackle buat baju melayu husband. Kolor pun cantik2 pula. So maknab try buat awning tudung maknab nak test tengok. Boleh juga, ia terletak juga bentuknya apabila kita pakai.















30 May 2023

Mee curry style nyonya

Kelmarin maknab try buat mee curry style nyonya. Macam maknab selalu pi makan dekat penang. Kedai yang depan ipk penang.

Rasa dia memang sama. Tak payah lah maknab pi penang makan. Dah la jauh, la ni mahai pula tu. Maknab masak sendiri lagi save dan lagi sedap. Jom kita tengok resepi dia.

Bahan A

Untuk kuahnya atau stock

Ikan bilis 30 gm saja. Untuk 2 litre air
Kepala udang
10-15 ekor udang sederhana besar

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis bagi garing dulu pastu masukkan kepala udang, bila ikan bilis dah garing dan wangi tambah air anggaran 2 litre sebab kita kena masak lama dengan api perlahan. Maknab masak satu setengah jam. Kuah nanti jadi kurang sedikit. Bila mendidih masukkan udang
 Masak sekejap kemudian angkat udang dan ketepikan. Setelah sejam setengah tapiskan air udang dan bilis tadi. 


Bahan B
Bahan yang perlu di kisar

3 batang serai*
Sedikit halia*
Srfikit lengkuas*
Sedikit kunyit hidup*
Sedikit belacan*
4-5 biji buah keras*
20 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Sedikit cabai kering. *
Blender halus yg bertanda*

Satu camca besar rempah kari ayam.
Dua ketul ayam (hari ni maknab tak ada ayam) tadi maknab tak bubuh ayam.

Sedikit Santan pekat ( ikut suka kalau nak lemak boh lebih kalau tak nak lemak sangat kurangkan.
Minyak untuk menumis
Garam
Daun kari
Fish ball
Tahu terapung
Fish cake
Kerang kalau suka

Bahan C
Untuk sambal

Cabai kering
Dua genggam udang kering
10 ulas Bawang kecil
3-4 ulas Bawang putih
Sedikit belacan
(Blender halus semua di atas.
Tumis bahan diatas higga naik bau dan garing.

Bahan D
Mee
Taugeh
Celor sekejap mee dan taugeh berasingan.






Cara memasaknya

Tumiskan bahan B iaitu bahan kisar, masukkan rempah kari daging. Masak hingga naik bau dan pecah minyak. kalau ada ayam masuk kan sekejap bagi ayam masak. Kemudian angkat ayam ketepikan. 
Tapi maknab tak ada ayam so maknab tak bubuh hari ni 

Bila bahan tumis dah garing masukkan bahan A iaitu stock ikan nilis dan kepala udang.
 Biar ia mendidih kemudian masukkan santan. Masukkan fish ball, fish cake, tahu terapung .  Kerang kalau ada.

Rasa cukup masin boleh di hidangkan dengan mee yg sudah dicelur. 
Serta 1 camca sambal . Sambal dibiarkan dalam camca klu nk makan baru camputkan dengan kuah kari. Ayam yang kita masak sekejap dgn bahan kisar dan rempah kari tadi, bolehlah dirincit rincit letak di atas mee

Sekian



Gambar gambar tentang jahitan simpan sini

Ucapan terima kasih kepada tuan punya gambar ni. Di ambil dari google, fb, you tube dll.












































buat live di tik tok