Rasa dia memang sama. Tak payah lah maknab pi penang makan. Dah la jauh, la ni mahai pula tu. Maknab masak sendiri lagi save dan lagi sedap. Jom kita tengok resepi dia.
Bahan A
Untuk kuahnya atau stock
Ikan bilis 30 gm saja. Untuk 2 litre air
Kepala udang
10-15 ekor udang sederhana besar
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis bagi garing dulu pastu masukkan kepala udang, bila ikan bilis dah garing dan wangi tambah air anggaran 2 litre sebab kita kena masak lama dengan api perlahan. Maknab masak satu setengah jam. Kuah nanti jadi kurang sedikit. Bila mendidih masukkan udang
Masak sekejap kemudian angkat udang dan ketepikan. Setelah sejam setengah tapiskan air udang dan bilis tadi.
Bahan B
Bahan yang perlu di kisar
3 batang serai*
Sedikit halia*
Srfikit lengkuas*
Sedikit kunyit hidup*
Sedikit belacan*
4-5 biji buah keras*
20 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Sedikit cabai kering. *
Blender halus yg bertanda*
Satu camca besar rempah kari ayam.
Dua ketul ayam (hari ni maknab tak ada ayam) tadi maknab tak bubuh ayam.
Sedikit Santan pekat ( ikut suka kalau nak lemak boh lebih kalau tak nak lemak sangat kurangkan.
Minyak untuk menumis
Garam
Daun kari
Fish ball
Tahu terapung
Fish cake
Kerang kalau suka
Bahan C
Untuk sambal
Cabai kering
Dua genggam udang kering
10 ulas Bawang kecil
3-4 ulas Bawang putih
Sedikit belacan
(Blender halus semua di atas.
Tumis bahan diatas higga naik bau dan garing.
Bahan D
Mee
Taugeh
Celor sekejap mee dan taugeh berasingan.
Cara memasaknya
Tumiskan bahan B iaitu bahan kisar, masukkan rempah kari daging. Masak hingga naik bau dan pecah minyak. kalau ada ayam masuk kan sekejap bagi ayam masak. Kemudian angkat ayam ketepikan.
Tapi maknab tak ada ayam so maknab tak bubuh hari ni
Bila bahan tumis dah garing masukkan bahan A iaitu stock ikan nilis dan kepala udang.
Biar ia mendidih kemudian masukkan santan. Masukkan fish ball, fish cake, tahu terapung . Kerang kalau ada.
Rasa cukup masin boleh di hidangkan dengan mee yg sudah dicelur.
Serta 1 camca sambal . Sambal dibiarkan dalam camca klu nk makan baru camputkan dengan kuah kari. Ayam yang kita masak sekejap dgn bahan kisar dan rempah kari tadi, bolehlah dirincit rincit letak di atas mee
Sekian
No comments:
Post a Comment