06 December 2012

HARI KETIGA DI MEKAH- 15/10/12

Hari ini, kami join rombongan ziarah ke udaibiah, ladang unta, kilang jahit kelambu kaaabah. bayaran dikenakan seorang 25 riyal. pukul 7.30 pagi bas mula bertolak. seronok juga boleh tengok sambil mengambil gambar.

bentuk rumah di mekah


kaknab bergambar kenangan dengan unta

kawan kaknab rasuna said

kawan kaknab

boleh beli susu unta sebotol 5 riyal

sedang menjahit ayat kelambu

semua dijahit dengan tangan

hanya pekerja lelaki sahaja



kaknab dengan emak
ini ialah rumput kering makanan unta
Dalam perjalanan balik kami singgah di mesjid hudaibiah, mesjid. di sini kami sembahyang sunat tahyatul mesjid, sembahyang, Hudaibiah adalah miqat untuk niat umrah kaknab dan rasuna tidak melepaskan peluang lalu niat di miqat untuk mengerjakan umrah. dah niat kami di dalam ihram, tak mau tunggu lama2 dalam ihram, pagi 16/10/12 pukul 1.30 pagi kami pi tawaf dan saie dan tahalul - kami selesai dah nak  dekat subuh, masuk subuh,  solat, lepas tu balik ke hotel tidur lah apa lagi,

Hari kedua di mekah - 14/10/12

Hari ni, hari kedua, dah pandai cari tempat yang selesa untuk solat  tingkat 2, selepas solat buat tawaf sunat di tingkat ini, lebih selesa, orang tak berapa ramai, tak payah bertolak2 atau jumpa group pak pak lang, tapi mak oi jauh la pula, ambil masa lebih kurang sejam kalau langkah besar, kalau terkedek2 mau sejam lebih. Tak kisah lah tu, sebab kaknab dah biasa jalan jauh2 masa kat penang sebelum ke mekah, jadi jalan sejauh tu tak terasa apa lah, kalau jarang2 buat mau kejang kaki. Dari atas kita boleh lihat pemandangan orang bertawaf di tigkat bawah lebih clear.




hari perrtama di mekah - 13/10/12

Kami jemaah KT 87 bertolak dari penang 12/10/12 pada pukul 12.00 tengahari waktu malaysia, sampai ke jedah pukul 3 petang. sampai di jedah, rehat dulu, tunggu bas untuk membawa kami ke hotel mekah. Kami sempat sembahyang maghrib dan isya kat airpot jedah, Tiba masa menaiki bas, kaknab dan group kaknab naik bas no. 7. paspot kami di ambil, oleh orang muasasah, setelah beg2 di angkat ke atas bumbung, bas kami pun bertolak dalam pukul 9 malam. lebih kurang pukul 12.30 kami pun sampai di hotel penginapan di mekah iaitu hotel Al Olayan.

Bagasi kami di bawa ke bilik berperringkat2, kaknab dengan 5 orang satu group ditempat kan di bilik 1133 di tingkat 11. dengan keletihan kami semua tidor lena, esok pagi 13/10/12, selepas solat subuh di bilik masing2 kami di minta berhimpun di lobby hotel  pada pukul 6.30 pagi  untuk pergi ke mesjidil haram untuk melakukan umrah bagi yang buat haji tamatuk dan tawaf qudum bagi yang buat haji ifrad.Oleh kerana baru saja sampai  dan tidak tahu, selok belok mesjid kami akan dibawa oleh mutawif. tapi tunggu punya tunggu hingga pukul 7.25 tak sampai2 mutawif, orag yang menunggu lama masing2 pergi sendiri ke mesjid,. kaknab pun pegang tangan mak kaknab ikut sekali dengan depa yang biasa datang ke mekah sebelum ini. banyak yang muda2 tenntu jalan agak cepat, mak kaknab yang tua sudah tentu jalan perlahan2 tiba2 kaknab tertinggal dengan mak saja, dibelakang apabila sampai ke perkarangan mesjid, semua kawan2 dan orang yang bersama2 sudah hilang, kaknab yang tak biasa ke sana, tawakal menuju ke pintu abdul aziz pintu pertama. terus masuk ke dalam mesjid, dan sampai ke kaabah,

Pertama kali ke sini, mungkin kaknab dan emak boleh buat tawaf 7 pusingan tapi nak ke tempat saie, nak p kut mana pula? dalam dok tanya dalam hati, tiba2 datang seorang budak arab dengan kerusi roda, tanya kalau2 mau menggunakan servisnya, kaknab tanyak mak, nak jalan ke nak naik kerus roda, lalu mak kaknab setuju, tanya berapa upahnya, dia kata 300 riyal, tapi kaknab kata, jangan laju sangat, sebab kaknab nak ikut sama, dia pun setuju, macam ayam cakap dengan itik, bahasa inggeris pun dia tak paham, bahasa arab kaknab tak paham, lalu, dia pun tolak mak kaknab 7 pusingan, kemudian dia bawa ke tempat saie, safa dan marwah, lega lah sikit, sekurang2 kaknab dah tahu, setelah selesai tahalul dan bergunting, selesailah, umrah kaknab dan mak kaknab. setelah bayar upahnya. kami pun berehat dulu dalam mesjid, mak kaknab rasa nak buang air, kat mana pula nak cari toilet ni, jadi kaknab jalan jumpa saja polis ke pekerja ke tanya kat mana toilet, rupanya toilet diluar mesjid, jenuh juga nak mencarinya, tambah pula kita yang baru sampai, macam rusa masuk kampung lah jadinya, tapi polis dan pekerja mesjid memang suka orang malaysia, memanjang depa kata malaysia good. Akhirnya jumpa toilet, bawah tanah, dengan escalator, lepas tu cari jalan keluar mesjid untuk menuju ke hotel Olayan. kaknab cam jalannya, sampai terus ke hotel alhamdulillah. tak sesat, sebab hotel kami tak jauh dari mesjid.

perjalanan dari hotel menuju ke mesjid

600 meter dari hotel ke mesjid

Kembali ke Malaysia

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kerana kaknab sudah pun kembali ke tanah air pada 26/11/12 dengan selamat dan sihat walafiat, cuma ibu kaknab masih ada batuk2 sikit. batuk kaknab dah hilang. ramai juga yang bawa pulang sakit batuk tu, kata doktor balik malaysia baru baik. Berbagai2 pengalaman yang manis2 semasa berada di tanah suci, nanti kaknab akan cerita satu persatu, maklumlah, semua peristiwa tak ada record kat mana2 cuma ingat2 saja, mana yang ingat masukkan dulu dalam blog, mana yang lupa tak dapat lah nak cerita kan. Keseluruhan kerja2 Haji berjalan lancar dan tidak ada masaalah, kerana tiap2 kali solat kaknab minta doa. Robbiyassir, wala tu'assir, robbi atmibilghoir. ya Allah, permudahkan segala urusan, memang mujarab doa ni.

PENGINAPAN SEMASA 38 HARI DI MEKAH

Terima kasih kepada Tabung Haji, melalui pekej yang termurah, iaitu pakeg muasassah, kata orang mahasusah, tetapi tidak sebenarnya, segalanya berjalan lancar, sekelian pujian kepada Tabung Haji yang dapat memberi khidmat yang cemerlang, wpun ada sikit2 yang kurang memuaskan, namun dapat menutup yang terbaik keseluruhannya. Yang paling best kami semua KT 87 Maktab 95 ditempatkan Hotel Al Olayan, hotel yang paling dekat untuk jemaah tabung haji, kira2 600 meter saja dari mesjidil haram, bahkan boleh balik buang air di hotel, pergi semula ke mesjid, dekatkan.
al olayan
hotel di mekah
depan hotel al olayan
pintu masuk hotel
lift hotel

INI LAH BILIK KAMI
INI IALAH CAFE, SARAPAN PAGI DIJUAL DI SINI

cuci mesjidil haram

Ini pula video yang kaknab rakam sendiri, selesai, tawaf sunat, kaknab dengan kawan rasuna ronda2 pusing2 mesjidil haram, ternampak crane tinggi, langut punya langut, tudia ada orang tengah cuci mesjidil haram, terus ambik video wpun tinggi mana pun, kerja2 mencuci masih tetap dijalankan, demi menjaga kebersihan mesjidil haram

cuci lantai mesjidil haram

Ini pula video yang kaknab rakam sendiri semasa kaknab menunaikan haji baru2 ni. masa kaknab tengah tawaf pusingan ke tujuh, tiba2 menjadi sesak, kaknab kan kecik tak nampak apa yang terjadi yang kaknab tahu oranng ramai berhimpit2 macam nak pecah perut, rupanya, pekerja dan regangkan tali merah buat ruang untuk mencuci lantai, patut lah terhimpit2 masing2. selesai saja, 7 pusingan kaknab pun cepat2 rakam video ni. Walaupun orang berrjuta tapi mereka masih dapat mencuci dengan sempurna dan kerja2 mereka cukup pantas sebab pekerja yang ramai.

04 October 2012

cuci mesjidil haram

jum kita tengok video yang kaknab ambik dari you tube, macam mana depa cuci mesjidil haram


Me the latest