13 July 2022

Peristiwa jeti sultan abdul halim pulau pinang1988

Tadi mak maknab yang berumur 91 sembang dengan maknab, dia tanya 'Nab jeti yang runtuh masa tu pasai apa orang ramai, mai dari mana manusia.'' . Dia ingat lagi wpun dah 90 lebih. Masa peristiwa tu, tahun 1988,  mak dengan bapa naik ferry nak balik alor setar. Tapi mak/bapa terlepas dari jeti runtuh tu. Depa dah sampai dekat bus stand tunggu bas kat station bas butterworth. nak naik bas ke alor setar apabila depa dengar riuh rendah jeti runtuh.

Memang dia ingat kerana kebetulan masa dia dari rumah maknab  kat balai central, carnavon street, nk balik alor setar.  Masa tu bas pun tak jalan, sebab rata rata jam, orang ramai berpusu2 ke penang kerana ada perayaan berarak tokong,  dekat padang kota lama pula ada perarakan kereta berhias.


Dikatakan orang cina dari merata tempat mai tengok tokong berarak. Mau tak ramai atas jeti tu

Mak dengan bapa maknab terpaksa jalan kaki dari rumah maknab ke jeti nak naik ferry. Rumah maknab kat balai central memang pun tak jauh nak ke jeti, tapi kalau ada bas memang la tak jalan kaki pun. Disebabkan jam sana sini bas pun tak jalan.

Maknab di rumah tak tahu juga kisah jeti runtuh pun. Pukul 7 malam  maknab pun bawa anak maknab yang 3 orang pi tengok kereta berhias yang lalu kat chulia street. Dari rumah maknab ke chulia street tak jauh sangat.

Balik dari tengok kereta berhias bila tengok berita pukul 8.00 ada hebahkan jeti runtuh. Maknab dengan husband dok fikir mak dengan bapa macam mana naik ferry. masa tu tak ada guna handphone lagi. nak talipon mak pun rumah mak kat kampung tak ada talepon. So tunggu cuti hujung minggu baru balik aloq setaq baru tanya mak. Mak cerita ramai la orang kat jeti, nak lalu pun kena berhimpit himpit, pastu dia cerita dia dengar riuh rendah orang cakap jeti runtuh. kebetulan bas pun nak jalan. Jadi dia tak tahu lepas tu, maknab balik kampong baru tahu bila mak maknab cerita segalanya..

07 July 2022

kucing maknab

Ini ialah 3 ekor anak kucing yang ibunya maknab dok bagi makan, maknya hanya kucing jalanan, dah bagi makan dia selalu dok di luar rumah maknab, lama juga dia menghilangkan diri, kadang kadang saja ibunya balik. bila termengandung, pandai pula mai beranak rumah maknab.

dah sebulan umur anak kucing kucing ni. dah pandai berak, so berak kencing merata2. jenuh lah suami maknab cuci hari2. berak pula rata2. Nak buang kesian, nasib baik kawan maknab ambil.  Dia bagi dekat satu group yang bela kucing dan bagi dekat orang yang ingin membela kucing. Alhamdulillah sekurangnya kalau ada orang ambil bela tidaklah menjadi kucing gelandangan.

maknab simpan gambar depa di sini untuk kenangan




laptop

Order laptop fujitsu kat shoppee on 2/7/22, rm755 incl postage. Received laptop 3/7/22. Start guna 4/7/22. 




Orang mesti hairan kenapa maknab baru beli laptop sedangkan maknab dah tua, umur maknab 66 tahun. Tetapi masih suka menggunakan laptop. Pertama, maknab nak transfer gambar dalam camera ke laptop. kalau ambil gambar banyak pun kalau tak ada pc atau laptop tak boleh simpan kecuali kita cuci gambar dan simpan dalam album,

Kedua maknab memang suka menaip. maknab dulu bekerja sebagai telex operator, kerja maknab menaip seharian. berpuluh2 message yang maknab taip dan hantar melalui lease line dengan menggunakan telex tape. Orang yang biasa buat kerja menggunakan teleprinter atau telex tau kerja ni. typing speed maknab 80 perkataan satu minit. Jadi tangan maknab macam ketagih nak menaip hahaha.


ni la telex tape code

kaknab guna tape ni la untuk menghantar message.

kalau nak tau boleh goole telex tape. macam macam nanti keluar. teleprinter, lease line dan sebagainya.

Bila office dah fully guna computer masing2 staff boleh hantar email melalui pc masing2, maknab tak buat telex lagi maknab bekerja di account department. Jadi bila dapat semula keyboard macam orang mengantuk disurungkan bantal. apa lagi menaip la


Tidur yang cukup untuk kesihatan


Kita perlukan tidur yang cukup supaya bangun pagi esok sihat sejahtera. Sekurang2 6-7 jam untuk orang dewasa. Dalam 6-7 tu kita perlukan tidur yang betul2 nyenyak atau deep sleep. 

04 July 2022

Keyboard fujitsu

Maknab baru beli laptop fujitsu brand. Murah ja 755.00 kata husband recon. Xkisah recon ka apa janji maknab blh transfer photo yang ambik dengan camera. Laptop yg ada dua dua rosak.  Bila dah order kat shoppee awat order yg ada boleh pi hantaq repair. Baru nak cakap nak repair. Bertahun2 kat situ tak hantaq pi repair pun.

Keyboard laptop fujitsu ni pula written in japanese. Jenuh nak paham. So google ja. 
Simpan sini. Kut kut lupa pula. 

Keyboard fujitsu laptop


RUPANYA NAK DAPATKAN @ SIGN KENA PRESS SHIFT+2. 

Baru tau jenuh dok pening mau xpening email mesti ada @. 😆😆😆😆😆😆

26 June 2022

Kuih patongko aka kuih cakui



Mai maknab bagi resepi kuih patongko arau kuih cakoi atau kayu keramat kata orang trengganu. Resepi ni kuih rangup di luar rongga di dalam.

1/2 kg tepung
1 senduk minyak masak. Senduk yang kita cedok gulai.

5 camca besar gula, (sbb maknab suka manis makan macam tu saja,  kuih manis tak payah cecah kuah manis atau kuah kacang. )
Gula bancuh dengan air bagi hancur.

1/2 bungkus yeast maripan
1 camca besar baking powder
1 biji telur
Secubit garam

Air secukup 

Campor bahan kering, tepung, yeast, baking powder, garam. Adun bagi rata. Masukkan minyak masak, telur. Kacau bagi rata. Tambah air secukupnya untuk mendapat adunan yang lembut. Perap dalam masa sejam atau lebih. Bila tepung dah naik double uli sekejap buangkan angin. Perap lagi 10 minit. Canai dan bentuk macam patongko goreng dalam minyak yang betul2 panas.

Selamat mencuba,


Me the latest