Ni resepi kuah rojak, dulu kaknab jual rojak buah dan calit sengkuang. cubalah
1 cawan kicap pekat
500 gm gula merah atau gula melaka
10-12 cili kering (kalau nak pedas boleh tambah lagi) digoreng dan tumbuk dengan belacan
1 inci belacan bakar
4 camca besar otak udang (petis orang selatan panggil)
kacang tanah (goreng dan tumbuk)
cili sauce 1 cawan (ini cuma optional, kalau xbubuh pun xape)
4-5 camca cabai makau (kalau xade pun xape, setengah tempat payah nak cari, kat penang memang rata2 kedai cina jual.)
gula pasir
300 gm biskut merrie (hancurkan bagi jadi serbuk, ini untuk memekatkan kuah)
sedikit garam
masak gula merah dengan kicap sampai hancur, masukkan bahan2 lain seperti, cabai, cili sauce,
otak udang, cabai makau, gula pasir, garam masaklah biar lama sedikit, akhir sekali masukkan serbuk biskut merrie kacau sampai dia sebati dengan kuah, masak biar betul2 pekat, boleh masukkan kacang kalau suka, atau boleh campurkan kacang semasa membuat rojak.
salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
Assakamualaikum semua, dah pergi pasar ke? Masak lauk apa hari ni. Kaknab dah p market, beli ikan baji, 3 ekor 2 kilo rege rm15/- dah ada...
No comments:
Post a Comment