salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
31 December 2008
BIJI janggus @ gajus
Dulu masa kaknab kecik2 ambik upah belah biji janggus di rumah cina di tanjong tokong.
belah dengan kacit, pastu isinya dikorek dengan pengorek , jemur dan digoreng. biji janggus, memang panas, bukan nak pegang panas tetapi getahnya akan buat tangan kita melecup, nak mengerjakannya kena menggunakan kapor sirih, lumur pada tangan dulu sebelum belahnya. kalau tak nanti getahnya boleh buat kulit kita melecup macam kena api, walaupun guna kapor pun akan lekat jadi juga macam lapisan merah dekat kulit, tapi taklah sakit cuma tak sedap mata memandang mengambil masa juga untuk menghilangnya. . bila dah habis belah semua getah yang lekat dekat tangan kena basuh dengan minyak tanah pula, kalau tak payah nak keluar. Kalau tak mau lekat lepisan yang merah tu, kami gunakan sarong tangan. kalau tak guna sarong tangan, jari dibalut dengan kain, memang menyusahkan, tapi apa boleh nak cari duit sekupang dua.
Semua hanya tinggal kenangan.
30 December 2008
BUAH KERIANG
buah keriang adalah buah yang hampir pupus. Ada yang belum pernah tengok buah ni. ianya warna hitam kalau masak.memang sedap dimakan, pokoknya besar, banyak terdapat di utara semenanjung di tepi laut. ada 2 jenis buah ni, keriang lada, keriang aceh, teringat masa kecik2 dulurumah pak karim dekat dengan sekolah kami, sek keb tanjongtokong, kalau musim keriang, pak karim akan panjat danjual, satu kelongsong 5 sen. nak banyak sikit 10 sen. awas makankalau tidak berhati2 habis baju kena warna biru gelap memangxboleh keluar warnanya.
resepi CHAR HOR FAN
ni aalah resepi kegemaran keluarga kaknab, jomlah share bersama
1 kati hor fan (1 kilo rm2.50)
sedikit bihun (rendam dulu) - xmau boh pun xape, tapi kalau campor sedap sikit xlah jemu makan hor fan.
sawi
udang (kepala jgn buang blender ambik airnya)
sotong
isi ayam
bawang putih - cincang
kicap masin
sedikit tepung jagung
sos tiram
serbuk lada
1 cube ayam
air
2 biji telur (pukul dulu)
kalau mau pedas sedikit masukkan 2-3 biji cili api (tumbuk halus)
1. campor kan hor fan dan bihun. masuk kan kicap masin rata kan keduanya. masak minyak dalam kuali, masak sekejap kedua2 bahan ini. angkat.
untuk kuahnya.
1. panaskan minyak, tumis bawang putih, masukan udang, sotong, isi ayam.masukkan air udang anggaran 4-5 cawan. masukkan sos tiram, serbuk lada, bila dah mendidih masukkan sawi, masukkan telor, sedikit demi sedikit sambil kacau, akhir sekali masukkan tepung jagong yang sudah dicampur dgn air.
untuk menghidang, baru bubuh kuahnya keatas hor fan itu.
p/s oleh kerana sos tiram agak masin jgn boh garam lagi rasa dulu kalau xberapa masin baru tambah garam. seeloknya kuahnya pekat sikit baru sedap kalau kurang pekat camporkan tepong jagong. tapi jgn pekat sangat tau.
cubalah
27 December 2008
condo regency klang
19 December 2008
Tudung
06 December 2008
04 December 2008
PATTERN TUDUNG
01 December 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
Assakamualaikum semua, dah pergi pasar ke? Masak lauk apa hari ni. Kaknab dah p market, beli ikan baji, 3 ekor 2 kilo rege rm15/- dah ada...