ads

31 December 2008

BIJI GAJUS


Dulu masa kaknab kecik2 ambik upah belah biji gajus, di rumah cina di tanjong tokong.
belah dengan kacit, pastu isinya dikorek dengan pengorek , jemor dan digoreng. biji gajus, memang panas, bukan nak pegang panas tetapi getahnya akan buat tangan kita melecup, nak mengerjakannya kena menggunakan kapor sirih, lumur pada tangan dulu sebelum belahnya. kalau x nanti getahnya boleh buat kulit kita melecup macam kena api, walaupun guna kapor pun akan lekat jadi juga macam lapisan merah dekat kulit, tapi xlah sakit cuma xsedap mata memandang mengambil masa juga untuk menghilangnya. . bila dah habis belah semua getah yang lekat dekat tangan kena basuh dengan minyak tanah pula, kalau x payah nak keluar. Kalau xmau lekat lepisan yang merah tu, kami gunakan sarong tangan. kalau xguna sarong tangan, jari dibalut dengan kain, memang menyusahkan, tapi apa boleh nak cari duit sekupang dua.

1 comment:

  1. Saya suka bakar atas tudung tin. Bila terbakar api akan biru macam api dapur gas. Lepas tu baunya......aduuuuuuh semerbak. Satu kampung boleh tahu yang kita sedangh bakar biji janggus.

    ReplyDelete